Hidup di dunia ini hanya sementara....
Sepatutnya kita lakukan perkara yang mendatangkan kebaikan pada diri kita....
Sepatutnya kita lakukan perkara yang mendatangkan kebaikan pada diri kita....
Namun kenapa mesti manusia menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka.?
Tuhan itu maha adil.
Perasaan benci dalam
diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.
Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya
mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya.
Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya
mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya
atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar
kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua
orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas
tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan
semua orang sebelum tidur?
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah
berinteraksi dengan orang lain dan orang lain
mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus
dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang
(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang,
senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea,
pandangan, sokongan moral dan
doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar.
Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain.
Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa
sayang-menyayangi antara
satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa.
Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan
orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa
dan insyaAllah orang lain akan tertarik
kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci
terhadap orang lain,
terus ingatkan diri kita tentang mati.
Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan
apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian
Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat
kepada orang lain.
Pemberian salam akan mengukuhkan
hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu
yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain
dan sembunyikan
kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah
dengan seseorang dan
iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita,
kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.
Orang yang mengasihi dirinya tidak akan
melakukan sebarang kegiatan
yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya.
Setiap tindak-tanduknya akan
dilakukan secara berhikmah
dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.
Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah
mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.
yg paling susah tu nak cari 144 sebab sblm marah... aduhai, 1 sebab pun dah cukup buat marah....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletelama tak dengor citer..
memang susah. begitu sepatutnya...
kalau line slow pun boleh timbul rasa benci jugak...
ReplyDeleteOneZ, benci + menyampah.... hehehe
ReplyDeletebetul tu kak..
ReplyDeletenak narik phatian org lain kat diri kita payah klu kita sendiri tak cuba nak memperbaiki diri.
nnt cakap tak serupa bikin..
sempurna sungguh klu kita dpt merangsang kehebatan dlm pergaulan seharian kan kak?? klu org dah benci kat kita sedangkn kita tak buat pape pon.hanya berdiam diri tp org maseh nk hentam kita..hmm..tak paham mnusia nih..hanya mampu doakan yg terbaik je utk org yg membenci kita..
yg pntg kita njoy our life kan..
:)
~ntah la mcm byk yg nk ditaip tp tak tertulis la kak..moody betul laa sejak 2 menjak nih..ehee