Thursday, October 29, 2009

musim-musim peperiksaan...


"Dah baca buku?"
"pukul 8 nanti. lepas habis citer katun ni"

"nurul, dah sembahyang? poi baca buku"...
"nak tengok bunian boleh????"
"exam sekolah agama tak habis lagi kan?????"...

baring tengok tv je.... dah study?
"dah... kat sekolah dah buat ulang kaji.."


ayat-ayat cinta anak-anak pabila tiba hujung tahun... mak ayah yg kecut perut bila mengenangkan anak-anak nak ambil periksa...
tapi anak-anak lebih relaks dengan melayan cerita ceriti di tv...

memang anak-anak zaman sekarang, tak boleh dipisahkan dengan tv...
susah nak tengok diorang berkepit dengan buku..
kalau adapun bila ambik peperiksaan yg penting.. upsr, pmr, spm.. itupun dah last minute...

mungkin sekarang ni buku dan anak-anak sekolah dah tak relevan? maklum saja zaman dunia tanpa sempadan ni.. semuanya dihujung jari je...
tekan je keyboard.. keluar segala macam soalan .. ramalan, tips, buat aja soalan... tak perlu baca buku... hafal jawapan je????

namun aku sendiri .... dalam sibuk-sibuk memantau anak nak periksa... anak orangpun nak dipantau jugak...

"mak nak pergi mana?"
"ada kelas tambahan"
"abis tu kitaorang ni...?????"

"emmmm.........."

apa yg aku nak katakan..?
ada tugas yang perlu aku dahulukan... sehinggakan anak-anakku sendiri terpaksa belajar sendiri...

hanya doa yg dapat kupanjatkan semoga semuanya.. anakku dan anak didikku berjaya dalam pelajaran dan hidup...

6 comments:

  1. Salam Kak.....

    Amboih.........macam pernah Gua guna ayat2 Alasan semua itu ketika dahulu......

    Yang taaaaaaaaaaarbaik datang nyer dari rumah Kak...

    Gua teringat Ayah gua smashhhh Gua waktu ulangkaji kat rumah dulu.....berbalur....tangan Gua heheheh

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang..tv dan anak-anak kita tak boleh dipisahkan...hehehe..Saya dulu masa belajar, tv pun tak ada kat rumah.

    ReplyDelete
  3. dah seminggu tv aku rosak saja aku tak nak bela memandangkan musim pepriksaan.

    ReplyDelete
  4. Betul cikgu, Wan Yusaini juga ex-SRKTP. Saya cuba menghubunginya sebelum majlis tp tak dapat. Hantar email pun kena tendang. Harap Cikgu Lin dapat maklumkan hal ini pada Wan... cikgu & kawan2 tanyakan dia pd hari tersebut.

    Terima kasih cikgu.

    p/s kat opis FB diblok... hehehe

    ReplyDelete
  5. This is normal but worrying ya KakLin...namalah jugak kita ni cikgu kat sekolah and cikgu kat rumah. I hope your kids will get through their respective exams easily...and with excellent results.

    Best of luck ya..anak-anak KakLin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...