Assalamualaikum..
Mula-mula sekali... SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 52. SATU MALAYSIA....
Pagi-pagi mengadap tv konon nak tengok apa sambutan merdeka di Parlimen....Terkejut jugak dengan sambutan kali ni... tak sampai sejam.. dah habis... Sepatutnya tak payah buat... cukup sekadar baca Yassin dan tahlil.. sedekahkan pada arwah pejuang negara yang sanggup menggadai nyawa demi negara tercinta...
Maka bila jam 8:30 pagi dah tamat acara, akupun dengan semangat waja... terus ke pasar...
Maklum saja dah puas bercuti 7-3-7... maka hari ni masak special untuk anak-anak...
Terlebih rajin....
aku masak nasi himpit kuah kacang.. ada daging rendang minang... masak lemak cili api pucuk paku dan ingatkan nak buat fruit koktel.. tapi muak la pulak...
Sebenarnya dah seminggu cuti dan menjalani ibadah puasa, aku masak je tau.. masak yang senang-senang je.. lebih baik dan jimat... dan gerenti tak sakit perut...
Esok dah nak mula sekolah... masing-masing menggeliat nak pegi sekolah.. lebih-lebih lagi di bulan puasa ni.. kesian jugak mengenangkan anak-anak pasti keletihan pagi ke sekolah kebangsaan dan petang ke sekolah agama... tapi itulah cabaran sebenar...
Apa-apa hal pun, terima kasih pada kawan-kawan yg masih lagi sudi berkunjung. Nak buat n3 resepi... amik gambor rajin tapi time nak download... aduhaiiii...
okay.. tunggu moooooood datang, aku buat n3 banyak-banyak ok....
wassalam.
Monday, August 31, 2009
Masih beraya
Tuesday, August 25, 2009
Exam PTK
Pagi ni jam 9.00 pg hadir ke sekolah untuk ambik exam PTK. Kali ni kali kedua untuk kertas P&P DG44. Kertas Umum dah dapat IV. So, tak perlu study paper Umum. Buku memang banyak. Cuma study je tak banyak. hehe.. sibuk dengan menjahit dan memasak.
Sehingga hari ni tak pernah pegi pasar Ramadhan lagi. Maklum saja cuti sekolah. Next week mungkin gigih ke pasar Ramadhan. So, adalah dua tiga resepi yang biasa-biasa je... nasi biriani... rendang kerang.. mee kari...
tak sempat nak mengentry... lappypun tak berapa nak sentuh...
So, ada 6 hari lagi cuti... nak balik kg pulak... rajin nanti aku post entry ye... soping raya kat KL ... jom....
OK.. to all viewers, bloggers... selamat bersahur, berpuasa, berbuka dan beramal ibadat sebanyak mungkin...
CHOW....
Thursday, August 20, 2009
Allah lebih menyayangimu..
Pagi-pagi dikejutkan dengan berita... "tau tak anak cikgu Sulaimi meninggal?"
terus aku terbayangkan wajah Amirul yang putih bersih manis.... Amirul yang sebaya dengan anakku Ikhwan.. bersahabat baik semasa bersekolah di SKKDSK.
seperti tidak percaya dan menyangka Amirul pergi secepat itu dalam usia 13 tahun....
Walau selaut sayang dan kasihnya ibu dan bapa Amirul terhadapnya, namun Allah lebih lagi menyayanginya.
Doa dan harapan dari kami sekeluarga, semoga roh Amirul tenang di sisiNya. Kepada cikgu Sulaimi dan Asiah, bersabarlah dengan dugaan ini.
Al fatihah untuk Amirul.

Wednesday, August 19, 2009
Puas bercuti
Assalamualaikum untuk semua.
Alhamdulillah, hari ini mula bersekolah kembali selepas seminggu bercuti. Puas sungguh bercuti. Macam-macam aktiviti yg boleh dibuat. Walau tak ke mana, hanya di rumah... bertenetpun aku cuti...
So, hari ni dimulakan dengan sesi mengulangkaji dengan anak didik yg hanya 50% hadir... tengah hari ada mesyuarat pulak di Sitiawan.
sebagai guru, aku sangat bersemangat....
tak tahu lah b/m anak murid ku...

Wednesday, August 12, 2009
Cuti kuarantin...
Mulai hari ini, kami mula bercuti kuarantin seminggu. Semuanya kerana H1N1. Kesian pelajar yg kena jangkit. Cuti sehingga 18.8.2009 tu menjanjikan masa yg banyak untuk diisi... Harapanku agar wabak ni cepat-cepat "nyah".... risau juga sebab anak-anakku pergi sekolah macam biasa....
Walau banyak kerja sekolah yang akan tertangguh, aku rasakan banyak hikmah yang berlaku sebaliknya.... Maklum saja... dah sepanjang 3 minggu Sabtu kami bekerja... ha.. dapat cuti seminggu terus....
Hadiah hari jadi kot?.....

Saturday, August 8, 2009
Bahagianya menjadi seorang ibu...
Semua wanita berkahwin pasti ingin melengkapkan dirinya untuk menjadi seorang ibu. Tatkala telah bercahayamata lelaki, pasti kepingan pulak mendapat zuriat seorang perempuan...... walau telah ramai dikurniakan zuriat lelaki. itu pengorbanan seorang wanita.
Bila telah menjadi ibu, walau sibuk, walau penat... anak-anak tetap dilayan. tetap dimanjakan. tetap diutamakan. hasrat dan masa untuk diri sendiri sanggup diketepikan...
Namun kepenatan dan keperitan bertukar bahagia pabila anak-anak....
... rajin solat
... rajin mengaji Quran
... sentiasa cemerlang di sekolah
... pandai hormat guru dan orang yang lebih tua

Tuesday, August 4, 2009
Merajuk
Rajuk.... menurut kamus dewan edisi keempat, merajuk bermaksud "menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul dll)" "bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati,dll)...."
tentu anda pernah merajuk. Sebab kenapa anda merajuk... hanya anda yang tahu...
Kata orang, merajuk pada yang sayang...
Bila merajuk, mesti nak dipujuk...
kalau orang yang kita merajuk tu pandai memujuk... tak apa jugak. Tapi kalau tak pandai... dia buat dek..... terus merajuk sampai masammmmmmm
Sesekali merajuk tak apa.. tapi kalau selau selalu sangat.. bye..bye lah jawabnya..

Monday, August 3, 2009
Romantik...
Bagi setiap isteri, tentu syiokkkk dapat suami romantik. Romantik ni subjektif sebenarnya.
Alangkah girang gumbiranya jika dapat suami yang sentiasa romantik. Melayan isterinya dengan penuh romantik setiap hari.. setiap saat.
Ada pendapat mengatakan suami yang romantik jika memeluk isterinya 12 kali sehari. Kenapa 12 kali...???? tak tahu pulak... mungkin sehari ada 24 jam... maka setiap 2 jam kena peluk bini... arghhh ... tak jadi kerja le...
Suami romantik jika suka beri hadiah untuk isteri. Selalu buat surprise utk isteri. Tak la kena mintak, baru dapat....
Suami romantik jika suka mengurut isterinya tanpa diminta...
Tapi ada juga suami yang suka berkepit dengan isteri. Romantik ke????
Romantikkah suami anda?????
Atau ... adakah anda lelaki yang romantik????

Subscribe to:
Posts (Atom)