Saturday, October 17, 2015

18 oktober

Salam sejahtera semua.

Lama sangat saya tidak update blog ni. Setiap kali update.. itu saja ayat saya. Rindu sebenarnya nak menulis sesuatu di blog ... sejak ada medium lain.. fb.. WApps.. Telegram.. twitter..instagram... blog ni seakan dipinggirkan.

Oh! Terima kasih kepada yg masih sudi menyinggah di sini. Terharu rasanya. Juga kepada yg mungkin mencari sesuatu di sini.. kalau ada info yang berguna.. share saja... kata orang.. sharing is caring. InshaAllah saya izinkn.

Saya respect pd rakan2 blogger yg masih aktif berblog... saling bertukar idea dan ada juga yg bergather-gather... bagus juga dapat mengeratkn  persahabatn. Bukan sekadar di alam maya saja.

Apa juga aktiviti yg kita buat.. buatlah dengan ikhlas dan pastikan ianya original. Jangan sekadar copy paste.. at least mintak izin dulu. Barulah berkat.

Moga kita berjumpa lagi.
Salam sayang buat semua.

Thursday, August 20, 2015

Aku, kolej dan pelajar

Salam sejahtera semua.

hari ni dah 20 Ogos 2015
bermakna dah 9 minggu pengajian bagi sesi 2 untuk tahun 2015.

anak-anak didik tetap seperti biasa. datang kuliah.. ada yang memang dah bersedia awal dan ada juga yang dah 30 minit bermula kuliah, baru nak nampak muka.

hairan juga kerana masih ada yang kekal ponteng.. agaknya kalau ada anugerah pelajar ponteng paling lama... memang "dia" boleh dapat anugerah tu dengan cemerlangnya...

nak cari sampai lubang cacing? tak perlulah rasanya... Masing-masing dah dewasa. Sepatutnya dah boleh berfikir dengan waras dan sedar diri... tugas pelajar... datang kuliah dan buat semua arahan/kerja yang disuruh pensyarah.. Ambil penilaian akhir dan hantar semua tugasan yang diarahkan pensyarah. InsyaaAllah lulus with flying colours!

Tapi kalau dah memang memang ada penyakit M all the time... nak diapakan? Berbuih mulut bercakap tapi kalau buat muka tak ada sen???
ermmmppp..



ok..jumpa lagi di lain entry.

Wednesday, August 5, 2015

Jualan Ikea 2015

Salam sejahtera semua..

sambil tengok blog yang dah bersawang... jumpa pulak iklan ni

owhhh... hari ni 5 Ogos..
dah boleh prepare untuk bershopping..
malam ni dah boleh tengok2 apa yang boleh dibeli...
JOM KLIK KLIK IKEA..


Menderma, bersedekah, berzakat

Salam sejahtera...

Banyak takrifan yang kita boleh buat dengan tiga perkataan di atas.

menurut kamus dewan edisi ke empat:

1. DERMA
~ bantuan yg berupa wang (kpd per­kumpulan dll), pemberian yg ikhlas, sedekah (kpd orang miskin dll): pertunjukan amal itu ialah utk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir; ~ bakti bantuan yg dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan; ~ kilat derma yg dipungut dgn serta-merta utk sesuatu bantuan ke­cemasan; berderma, menderma memberi derma: Wan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit; mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: dia telah ~ sebahagian drpd gajinya utk anak-anak yatim; pendermaan perihal atau perbuatan men­dermakan: surat itu mengesahkan ~ yg telah diterima oleh pihak perkumpulan itu; penderma orang yg menderma.

2. SEDEKAH
~ apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas.

3. ZAKAT
~ menurut Kamus Dewan ialah rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya seperti fakir miskin, mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Perkataan zakat atau al-zakah (الزكاة) dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Zakat bermaksud suci, rahmat, berkembang, subur, pintar, bertambah, baik, damai dan terpuji. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.

Friday, July 24, 2015

Pencerapan guru

Salam sejahtera..

Alhamdulillah.
Itu perkataan yang pastinya mudah diucapkan dan mendapat pahala Allah swt.
Aidilfitri menjelma sudah dan dapat diraikan dengan penuh kesederhanaan. Cutipun sekejap je.

Habis cuti, bekerja semula dan memulakn tugas yang tertangguh...
Mencerap guru... dah lama saya lakukan. Jika dulu mencerap bakal guru... sekarang mencerap guru lama.. hehe

Pada saya.. apa juga tugas yang diberi selain mengajar... mesti dilakukn sebaik mungkin. Barulah kepuasan bekerja tu kita nikmati dan gaji yang kita dapat itu berkat...




Mencerap dua daripada 9 orang guru memerlukan masa dan pandaipandailah untuk mengagihkan masa yang ada. Mengajar nak kena juga.

Namun sekarang.. semua instrumen pencerapan telah dibekalkan. Gunapakai sahaja.

Oklah... terasa panjang pulak entri kali ni...
Hingga jumpa lagi.

Thursday, July 2, 2015

jun, julai dan ramadhan

Salam sejahtera.

Alhamdulillah.. Allah masih beri ruang waktu untuk mencoretkan sesuatu di blog yang dah bersawang ni. Seringkali menyalahkan masa sebagai kekangan meluahkan sesuatu. Tiada yang pasti apabila kesibukan melanda. Semua nak dibuat dalam saat yang sama.

Alhamdulillah.. telah dan sedang berada di bulan ramadhan almubarak. Setiap amalan walau sebesar zarah.. dilipatgandakan pahalanya. Amalan wajib dan sunat.. marilah kita garap seadanya... jangan lupa bahagikan masa 24 jam untuk beribadat.. bekerja dan berehat.

Setiap kali ramadhan.. pasti niat dan azam untuk khatam alquran. Namun belum lagi kesampaian. Alangkah indahnya jika dapat khatam walaupun sekali. Istiqomah yang sangat penting. Jika setiap kali solat kita baca 4 mukasurat... darab 5.. maka sehari 20 muka surat. Sebulan dh 60 mukasurat. InshaAllah.. khatam lah ...

Amalan bersedekah juga sangat baik dan digalakkn untuk kita lakukan di bulan mulia ini.

Pastinya jun telah meninggalkan kita. July pula menjelma. Ramadhan akan menghilang di balik tirai syawal. Hidup perlu diteruskan walau apa juga dugaan dan cabaran yang mendatang. Semua itu mendewasakan diri kita.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua. Semoga kita berjumpa di lain entri. Wassalam.

Monday, May 4, 2015

Viral eksiden pajero dan myvi

Salam sejahtera semua.

Hari ni isnin 4mei2015
Means dah 2 hari kejadian kemalangan jalanraya melibatkan sebuah pajero dan dua buah myvi berlalu.
Kemalangan yang meragut nyawa pemandu pajero dan isterinya serta seorang anak perempuan comel mereka yang masih kecil.
Semoga roh mereka dipelihara Allah dan dimasukkan ke jannah.

Saya tidak berniat untuk lebih memviralkan kisah ini di alam maya. Masing-masing punya pendapat sendiri... sama ada berpihak kepada pemandu pajero atau pemandu myvi.

Jika kita memandu apa jenis jua kenderaan, kita mesti memandu mengikut lunas undang-undang yang betul dan pastinya gunakan akal fikiran sebaik mungkin. Bacalah doa naik kenderaan dan mohon kepada Allah supaya perjalanan kita akan baik dari mula hingga kita selamat sampai ke destinasi.

Yang berlaku telah berlaku. Yang pergi telah pergi. Pasti hikmahnya kepada kita yang masih bernafas ini... mainkan peranan masing2 untuk kesejahteraan semua terutama dua orang anak yang telah menjadi yatim piatu.
InshaaAllah jika kita tersilap, berusahalah untuk tidak melakukan kesilapan yang sama keduakalinya...
Wallahualam.

Friday, April 24, 2015

tak sedar hari ni dah gaji

Salam sejahtera semua..

Hari ni dah 24hb april.
Seronok kan? Kerja dengan ikhlas dan cukup masa dapat upah atau gaji.
Berapapun gaji yang kita dapat.. semoga berkat dan dapat diguna sebaiknya utk diri sendiri dan tanggungan.

Jika rasa ada lebih... elok juga menambah pahala dengan memberi sedekah.
Tak miskinpun jika bersedekah. Itu janji Allah. Malah dapat menambahkan lagi rezeki.

Ok. Jumpa lagi di lain entry...
Kat dalam bas ni otw balik dari mesy di kl.
Berbelanja secara berhemah...

Friday, April 10, 2015

Catatan April

Salam sejahtera semua..

Baru sempat nak update blog yg dah bersawang.
Tak tau topik apa yang nak disembangkan.
Yang pasti, saya memang sangat sibuk.
Setiap pagi rutin harian saya ialah menghantar anak ke sekolah. Tak sempat nak buat breakfast.. tapi sempat membeli belah utk sarapan on the way ke sekolah anak2. Haha.. memang cukup ringkas.. tapi kena pandai pilih gerai yang bersih.. makanan yang sedap dan harga yang berpatutan. Maklum saja.. kalau sakit perut.. susah juga dibuatnya...

Saya sempat bersarapan sebelum memulakn tugas mengajar. Bersarapan sekenyangnya like a king.!.. kelas saya bermula seawal 930 setiap hari... namun bukan tugas mengajar saja... kertas tugasan perlu disemak. Dibuatkn analisis. Diulang jika markah pelajar tidak memuaskn. Saya bukan mengajar satu kelas.. tetapi tujuh kelas. Darab saja  tujuh dengan tiga puluh... oh! Menitik peluh dibuatnya. Waktu tiada kuliah tumpu pulak pada kerjà2 peperiksaan.

Memang pening bila kita mengambil alih tugas orang. Tapi digagahkan juga. Sudah diamanahkan... terima dengan rasa penuh tanggungjawab. Kadang2 terfikir juga kenapalah kerja2 ni perlu diberi kepada guru. Banyak sangat urusan pengkeraniannya... sehingga menaip surat.. membuat minit mesyuarat... sabarkan saja.Tu belum lagi bab membuat analisis... Anggap semua kerja itu ibadah... niat kerana Allah. Sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa beri kekuatan minda dan fizikal...

Kalau dulu bekerja setakat jam 2 ptg.. skrg tidak lagi. Hari2 8-5.. isnin-jumaat... sabtu dan ahad la ruang masa yg ada utk rumahtangga sepenuhnya. Mujur anak2 dan suami memahami.  Membawabalik kerja sekolah ke rumah menjadikan saya sangat bersalah. Apakan daya...

Saya sentiasa berdoa agar setiap orang faham dengan bidang tugas ini. Juga sentiasa berdoa agar anak didik berusaha sedaya upaya memajukan diri. Bukaan sekadar menjadi cawan kosong... menanti dituangkan air manis dan menjadi tepu.... saya mengharapkan mereka sentiasa proaktif.. inovatif dan kreatif...

Seperti mana anak2 didik .. saya juga mengharapkn anak saya juga cemerlang dlm pelajaran.. cemerlang sebagai anak, pelajar dan hamba Allah yang tidak melupakn tanggungjawab yang wajib...

Oh! Dah banyak saya tulis. Kalau ada masa dan ruang.. saya akan menulis lagi...

Monday, March 16, 2015

Selamat bercuti semua

Salam sejahtera semua

Hari ini Isnin 16.3.2017
Selamat meneruskan percutian buat anak-anak, cikgu-cikgu...
Walau bercuti, anak-anak yang akan mengambil peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR tetap ke sekolah mungkin dua atau tiga hari. Kelas tambahan..
Bagusla begitu.. mungkin susah sangat nak bagi cuti... setakat seminggu... apalah sangat. Waktu sekolahpun dah banyak extra class. Biarla waktu cuti diisi dengan perkara lain pulak.

Cuti kali ni memang agak berbeza kerana kami tidak bercuti dalam erti kata cuti. Ye lah.. anak2 yang ada kat rumah ni dua-dua nak ambil peperiksaan, Seorang SPM seorang lagi UPSR.
Walau apa juga aktiviti di waktu cuti... selamat bercuti buat semua..

Wednesday, March 11, 2015

Aku, en suami dan gastrik

Salam sejahtera buat pengunjung blog saya yang saya sanjungi...

Kekangan masa membuatkan saya agak leka untuk update blog ini. Bukan lupa. Sentiasa di hati.
Hari ni rabu 11.3.2015 saya bercuti.
Cuti rehat khas bagi kakitangan kerajaan bergelar guru. Rehat kerana jaga en. Suami yang tidak sihat. Gastrik yang teruk.
Sebenarnya semalam 10.3.2015 saya dah bawa dia ke emergency hospital. Nasib baik hospital kat sebelah rumah je.
Lepas maghrib en. Suami dah tak tahan menanggung sakit. Tiba di hospital.. terus buat ecg. Kot2 ada masalah jantung. Menunggu lagi slps doktor Taqiuddin memantau, mengambil darah dan memeriksa perut. Disebabkan ini kali kedua nak pergi ER maka saya dah bagi makan en. Suami dan perut saya juga.. hehe..  saya bawak bekal roti, kurma dan air. Macam nak berkelah. Bukan apa.. tak payah saya kelam kabut cari kedai jika en. Suami nak makan atau minum. Haaa.. satu tote bag penuh siap tisu sekali. Sbb lps buat ecg tu.. banayak gel melekat sana sini... kena lap sendiri..

Alhamdulillah slps diberi ubat "kapur" tu.. saya lihat en. Suami lena tidur dan sayapun nak mencari tempat duduk melabuhkan pinggang sebentar selepas hampir 2 jam berdiri. Oh! Saya dah terlena rupanya bila handfon saya berdenting...

"Aku ada kat bilik pemerhatian hari tu"
Teks en. Suami saya baca sambil mengesat mata. Dengan pengalaman yang ada saya dapat melepasi makcik guard hospital ke bilik pemerhatian..

dan macam hari tu juga..
"Abg dah boleh balik. Saya bagi ubat. Jika ada sakit lagi.. datang lagi.."
Alhamdulillah. Cuma gastritis.
Nampaknya saya kena lebih "jaga"  makan en. Suami dan pastikan dia tak stress...
semoga Allah menyembuhkan sakitnya.. Aamiin..


Friday, March 6, 2015

Mac datang lagi

Salam sejahtera buat semua

Istilah penat akan sentiasa ada dalam diri manusia.
Namun.. sebagai manusia yang diberi akal.. semua tu normal.
Letih, bosan, penat, susah.. benci..
Semua tu istilah negatif yang perlu kita hindarkan.

Kenapa bila kita penat.. kita akan menyesali hidup.
"Penat buat kerja, tp yang dapat nama... orang tu jugak."
"Penat je.. tk ada hasil"

Saya tulis tentang penat kerana rasa penat tu datang dari pelbagai sudut
Kita ambil positif setiap yang kita lakukan
Kita buat apa yang kita suka asalkn tidak mengganggu orang lain..
Asalkan tidak merosakkn muka bumi ini.
Asalkan kita bahagia... dah dikira ok.

Mac datang lagi. Bulan yang sangat bermakna dalam hidup saya.
Bulan yang menemukan saya dengan jodoh saya.
Alhamdulillah. Tahun ni 20 tahun saya menjadi isteri. Bukan sedikit tanggungjawabnya.


Wednesday, February 25, 2015

Spegeti dan saya

Salam sejahtera
Malas sangat nak update blog.
Tadi balik dari kolej.. ajak en. Suami pegi beli lace baju yang nak di alter. Warna yang dikehendaki tak match pulak... beli juga yang hampir sama warna.

Balik tu terus keluarkn popia segera yg mak bagi masa balik kg tu... then naik bilik mandi and lepas tu terus ke dapur goreng popia n masak air..
Sementara tu siapkan bahan untuk spageti. Tak tau la... dua tiga hari ni tekak asyik nak makan spegeti je. Tak kesah la kan.
Eh!kenapa banyak sangat tu? Hahaha

Siap je goreng popia... bancuh kopi.. senduk spegeti dan sosnya... ngapppp! Ermmmm sedap.
Jemput makan semua..



Sunday, February 15, 2015

Hari minggu dan pizza

Salam sejahtera semua

"Mak .  Jom outing..."
"Nak beli apa?"
"Naķ cari petticoat dan track bottom"

At last semua keluar. Pegi makan2.. terus lùpa cari track bottom..
Ramainya manusia kat AEON Manjung.
Maklum aja nak raya.. Cina...

Ok ok.. juz nk tulis sikit2 je.. nk tengok tv sat...

Jumpa lg..

Saturday, February 14, 2015

Basuh kulit telur.

Salam sejahtera semua

Agak lama tidak bersiaran.
Memang rindu.
Namun hari ni tetap mencuri sedikit masa.

Sebenarnya saya baru lepas masak hidangan tengah hari.
Nampak telur ayam masih dalam plastik selepas dibeli en. suami di kedai tadi. Sebelum berhenti bekerja... saya ambil telur2 tu letak dalam sinki dan mula membasuh kulitnya..

"Tak boleh bayangkan dengan adanya $×£! ayam kat kulit telur ni... aku pegang dan dengan tangan tadi pegang hirisan bawang dan tumis... oh! Jijiknya!"

Basuh bersih2. Lap. Masukkan dalam peti ais. Nanti nak guna.... senang...



Saturday, February 7, 2015

Penyakit lama kembali

Januari telah melabuhkan tirainya... lama....
Februari juga begitu... telah berlalu seminggu...
Kesibukan yang melanda diri menhalang diri mengungkapkan sesuatu di blog kesayangan ini..

"Demi masa.. sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali yg berpesan utk kebenaran dan berpesan untuk kesabaran."

Ayat dari alQuran yang sangat memberi kesan buat diri ini.  Sebagai manusia.  semuanya dianugerahkan masa 24 jam sehari
Pasti ada masa walau sedikit utk menulis sesuatu. Tapi kalau penyakit "M" melanda.. sunyi lah blog ni.

insya Allah... mood menulis ni macam angin juga.  Ada ketika macam ribut.  Ada masanya langsung tiada..

jumpa lagi dengan entri menarik!



Monday, January 12, 2015

Tugas pertama di hari pertama sesi pengajian 2015

Salam sejahtera.

Since have no idea to jot down...

Semua orang.... hampir semua tulis ttg my first day at school.
Sayapun nak share juga.

Tahun ni mula bertugas sebagai ketua jabatan penilaian dan pentaksiran.
Tugasnya sama je mcm su peperiksaan kat sekolah. Tapi bila sekolah dah jadi kolej... ruang lingkup tugas makin bertambah.

Tugas ni saya pegang sejak mula jadi guru. Sesekali on and off. Jadi ketua panitia sekejap. Jadi guru kanan sekejap. Hinggalah tahun ni..

Hari ni seawal pagi ... perjumpaan dengan pelajar bermasalah. Bukan masalah disiplin tapi masalah dengan kursus yg diambil... tidak kompeten. Bila tak kompeten.. kena ulang tahun pengajian. Walau apa jua masalah... boleh selesai dgn baik.




Sunday, January 4, 2015

Seminggu sebelum sesi persekolahan 2015 bermula

Salam sejahtera semua..

Selepas pengumuman penangguhan sesi persekolahan 2015.. sempat juga saya menarik nafas lega untuk uruskan hal anak-anak untuk bersekolah. Walau cuti penggal untuk kolej selama 7 minggu yang dikira agak lama... namun cuti kali ni agak kelam kabut kerana suami saya berkursus 2 minggu dan anak bongsu berkatan pulak minggu berikutnya.

Suami tidak sihat sejak balik berkursus. Menjaga yang berkatan lagi. Saya dah macam misi pulak. Menjaga org sakit dan org berpantang sekaligus. Memang agak sukar. Namun redho... Saya banyak berdoa semoga saya terus diberikan Allah sifat sabar dan diberi kudrat untuk menempuh semuanya... Percaturan Allah adalah yg terbaik.

Saya sempat menjahit 4 helai kain sekolah untuk anak dara saya Nurul. Alhamdulillah tanpa gagal... haha..
Masih sempat menyiapkan modul untuk saya mengajar pelajar sem3 diploma vokasional 2015. Walau agak lewat... semuanya dimudahkan Allah swt.
Next mission: nak kena potong kaki seluar izham. Biasa bila beli seluar jenama €@#&&!¥ ni. memang kena potong. Sejak zaman ikhwan lg. Tp kain jenama ni berkualiti...

Minggu depan 12/1/2015 baru nak mula sesi sekolah. Banyak lagi perkara yang akan dilakukan. Semoga semuanya dimudahkan Allah...

Saturday, January 3, 2015

Harga minyak dah turun.... harga barangan?

Salam sejahtera..

Mulai 1 januari 2015 harga petrol ron95 dan ron97 dah turun sebanyak 35 sen masing-masing...  begitu juga harga diesel...

Namun harga barangan terutama makanan... mentah dan masak....  tetap sama...  kenapa harga sekeping roti canai tetap rm1? Kenapa tak turunkan jadi 90 sen? Atau kalau berani.. turunkn jadi 80 sen sekeping...

Tak faham betul... bila harga minyak naik... semua brgn nak naik harga. Kalau tak naik... kurangkn kuantiti..  contohnya kalau karipap seketul boleh 2 kali gigit.. naik harga minyak.. dah boleh sekali sumbat je dalam mulut.. huhu... makin mengecil saiz karipap..

Mungkin rakyat Malaysia ni kaya-kaya semuanya...  Sebab tu tak hairanpun kalau harga minyak turun. Tak hairanpun nak beratur di pam  petrol utk isi minyak. Ada juga yang buat-buat terkejut tengok meter minyak bertambah dua tiga takuk.... walaupun biasa beli rm30 tapi selang dua hari kena isi lagi...

Apa-apapun kuasa membeli di tangan kita...

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

Salam sejahtera semua


Selamat datang 2015.
Semoga Allah sentiasa berikan rahmatNya untuk diri saya, suami, anak-anak, emak saya, bapa mertua saya, adik beradik ipar duai, saudara mara, rakan-rakan dekat dan jauh, guru-guru dan anak didik saya serta semua umat di dunia.

Mengharapkan tahun 2015 akan saya tempuh dengan penuh yakin dan sabar. Mengharapkan diberi kekuatan diri untuk menjadi pendidik yang ikhlas mencurahkan ilmu. Menjadi pekerja yang sentiasa positif dan proaktif dan sanggup menerima tugasan dengan "open minded".

2015 juga akan dihadapi dengan kerja keras untuk mendidik anak-anak buah hati saya yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan SPM. Izham dan Fateha.  Semoga mereka rajin solat, mengaji dan menelaah buku pelajaran. InshaaAllah kejayaan pasti milik mereka.

Saya nak jadi isteri mithali buat suami tercinta. Hanya Allah yang tahu betapa cinta saya pada en. suami tidak bertepi. Saya akan baiki diri untuk jadi yang terbaik.

Saya ingin menjadi anak yang lebih berbakti kepada emak dan ayah mertua. Sementara ada... sesungguhnya tanpa mereka siapalah saya...

Sebagai hambamu ya Allah.. ingin saya sentiasa mendekatkan diri padamu... berazam bersolat awal waktu dengan lebih khusyuk, mengukuhkan amalan wajib dan sunat.. perbanyakkan zikir dan membaca alQuran... sentiasa memohon keampunan darimu...

Semoga harapan dan doa ini kau perkenankan ya Allah...
Aamiin ya rabbal 'aalamin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...