Wednesday, August 5, 2015

Menderma, bersedekah, berzakat

Salam sejahtera...

Banyak takrifan yang kita boleh buat dengan tiga perkataan di atas.

menurut kamus dewan edisi ke empat:

1. DERMA
~ bantuan yg berupa wang (kpd per­kumpulan dll), pemberian yg ikhlas, sedekah (kpd orang miskin dll): pertunjukan amal itu ialah utk memungut ~ bagi membantu mangsa banjir; ~ bakti bantuan yg dihulurkan demi sesuatu tujuan kebajikan; ~ kilat derma yg dipungut dgn serta-merta utk sesuatu bantuan ke­cemasan; berderma, menderma memberi derma: Wan Intan telah ~ tenaganya merawat orang-orang sakit; mendermakan memberikan sesuatu dgn ikhlas: dia telah ~ sebahagian drpd gajinya utk anak-anak yatim; pendermaan perihal atau perbuatan men­dermakan: surat itu mengesahkan ~ yg telah diterima oleh pihak perkumpulan itu; penderma orang yg menderma.

2. SEDEKAH
~ apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas.

3. ZAKAT
~ menurut Kamus Dewan ialah rukun Islam yang keempat yang mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang yang berhak menerimanya seperti fakir miskin, mengikut syarat-syarat yang ditentukan.
Perkataan zakat atau al-zakah (الزكاة) dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Zakat bermaksud suci, rahmat, berkembang, subur, pintar, bertambah, baik, damai dan terpuji. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...