Salam sejahtera semua
Pada Khamis, 24/4/2014 yang lalu, seramai 7 orang pemantau wakil dari BPTV, JPN Perak dan JPN Kedah telah datang ke Kolej Vokasional Seri Manjung bagi tujuan Pemantauan bersepadu KVSM.
Bermula dengan taklimat kepada Pengarah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jabatan dan Ketua Unit sehinggalah sesi menyemak semua fail yang berkaitan dengan Akademik, Prasarana, Pentadbiran, Kokurikulum dan Pentaksiran. Pengurusan Asrama juga tidak terkecuali.
Alhamdulillah sehingga jam 4:30 petang, setelah selesai Makan tengah hari dan sesi rumusan pemantauan, banyak yang dapat dikongsikan dan penambahbaikan dapat dilakukan bersama.InsyaAllah.
Monday, April 28, 2014
Obama datang Malaysia
Salam sejahtera semua.
Barrack Obama datang Malaysia!
Siapa pulak Pak Barrack tu?
Ooooo... presiden Amerika Syarikat.
Apa tujuan lawatannya?
Presiden ke dua selepas LB Johnson yg datang ke Malaysia pada 1966.
Selepas 48 tahun..
May be DS Najib knows...

Bersama DYMM YDPA Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Bersama DS Najib Tun Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia.
Lawatan bermula 26 April, berakhir 28 April 2014 dan meneruskan lawatannya ke Filipina.
Friday, April 25, 2014
Anak dara pemalu..
Salam sejahtera semua
Hari jumaat.. dah petang jumaat.
tapi masih bekerja..
kalau cikgu lain dah lama terbongkang atas katil.. tdo..
Tapi hari ni..
petang jumaat ni saya sangat beruntung
ditemani oleh anak dara saya yang sangat pemalu..
ok la tu..
boleh tolong saya buat kerja..
hahaha
siap juga tugas menanda kertas...

Thursday, April 24, 2014
Semak Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2014/2015
Salam sejahtera semua..
Anak-anak dan adik-adik yang menunggu keputusan permohonan ke Matrikulasi bagi kemasukan sesi 2014/2015 bolehlah pergi ke laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau klik saja http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/.
Masukkan saja nombor kad pengenalan.
Atau boleh juga gunakan khidmat SMS

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
- Taipkan MOE
MAT dan hantarkan ke 15888NO. KP - Contoh : MOE MAT 920605051542
Wednesday, April 23, 2014
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Salam Sejahtera semua
novel yang sangat saya suka. telah diadaptasi kepada drama..
Cinta
itu hadir kerana perkenalan...
Bersemi kerana perhatian...
Bertahan
kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur
Kerana satu kebohongan...
novel yang sangat saya suka. telah diadaptasi kepada drama..
Tuesday, April 22, 2014
All the best...
Salam sejahtera semua
Hari ni tajuk entry macam lain je..
Buka nak berbahasa Inggeris sepenuhnyapun..
Tapi hanya ucapan berupa doa buat anak didik yang mengulang paper Matematik Semester 4..
Soalan sama macam soalan asal.
Tapi.. macam biasa..
soalan 1 pun dah tak tau buat.
Kalau dah tak minat, dan tiada jati diri untuk memajukan diri, berdikari..
Hantar kertas kosong ajalah....
Apa juga alasan, saya tetap doakan yang terbaik buat mereka.

Monday, April 21, 2014
Mesyuarat Penilaian Akhir KV
Salam sejahtera
Bila pengajian Kolej Vokasional dah masuk minggu ke 15.. apa yang nak difikirkan lagi... peperiksaan laaa...
Secara langsung tugas mengawas dan memeriksa akan dilaksanakan dengan penuh integriti dan tanggungjawab...
Tahun ni kena jadi ketua Pengawas dan ketua Pemeriksa... nasib la kan...

P1 wimax saya yang macam.@#$#@&!
Salam sejahtera semua..
bila kita dah biasa hidup dengan kemudahan dunia tanpa sempadan...
tiba-tiba kemudahan itu tidak seperti yang kita harapkan..
maka ..
macam-macam lah yang akan mengganggu hidup dan kebiasaan kita..
bak kata orang sekarang ...APTB..
hahaha
saya geram betul dengan line p1 saya ni. bayar mahal. tapi line asyik kejap ada, lamaaaa takada..
apa kes?
nak terminate, ter"perangkap" dengan kontrak..
minta maaf la kalau saya tidak bersyukur. tetapi dalam hal yang menggunakan rm ni.. saya agak sensitif sedikit. saya memang perlukan perkhidmatan ini ...

Sunday, April 20, 2014
terima kasih en. nuffnang
salam sejahtera semua..
Saya mula berblog pada 16 July 2008. Maknanya tahun ni dah masuk tahun ke 7 saya berblog. Dengan 1119 posting yang telah dipublished, saya kira itu sudah sangat baik. Kekangan yang saya selalu tertinggal update adalah disebabkan malas. bukan tak ada idea.. tapi.. malas... rasanya tak perlu berjela-jela menulis di blog. sekadar menampal sekeping gambar juga sudah mencukupi.
Saya berblog sekadar suka.. bukan menjadikannya untuk mencari duit lebih... tapi bila kita blokwalking blog lain.. jelous juga bila masing-masing ada "iklan"..
Kebanyakannya guna pak nuffnang.. saya juga tak terkecuali..
tapi blog saya bukan blog redspot.. berebutrebut orang cari. tapi alhamdulillah...
Inilah hasilnya. Saya berterima kasih kepada pak nuffnang. Duit sebanyak itu saya belum terfikir nak buat apa. Ada yang cadangkan saya beli buku cerita. ok jugak kan???
kepada bloggerblogger baru.. boleh la tempek pak nuffnang kat blog masing-masing..

Lesen "mati"
Assalamualaikum semua..
Lesen matipun nak kecoh..
hahaha
tapi itulah hakikatnya..
saya biasa "renew" lesen memandu tiga tahun sekali. tu kira ok la.. kalau 10 tahun sekali..???
sepatutnya masa birthday saya, January dulu dah boleh renew... tak apalah kan..
nanti Isnin saya pergi. Pejabat JPJ tu depan rumah saya je..
hehe

Saturday, April 19, 2014
Cuti Sabtu Ahad
Salam sejahtera semua...
sejak dari semalam, Jumaat.. saya nak update blog ni. tapi tersangatla sibuknya dan buat buat sibuk kot..
Bila dah masuk minggu 14 semester 1, maka "pensyarah" macam saya ni mulalah sibuk dengan markah pelajar.. nak dikumpul.. nak di"edit".. nak di"key-in" segala bagai.. mesyuarat nak kena hadir jugak. Rasa macam nak pitam dibuatnya duduk lama-lama dalam bilik mesyuarat..
[perggghhh... macam super duper woman!]
Dalam kalut-kalut.. letih....langsung lupa ...
Hari ni, sabtu.. biasalah... cuti.. tapi cuti dari mengajar di kolej..
kat rumah.. tiada istilah cuti.
Hari ni terlebih rajin.. masak bihun tomyam.. simple je menunya...
ingatkan petang nak update blog.. line internet pulak macam siput sedut...
tunggu malam.. baru line clear sikit..
adoiyya...
ok.. chow chin chow... jumpa lagi..
Thursday, April 17, 2014
Hari ini "Karpal Singh" memang trending!
Hari ini seawal pagi dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, Gopeng.
Kemalangan antara kereta yang dinaikinya dengan sebuah lori muatan simen dan besi itu, meragut nyawanya bersama dengan pembantu peribadinya..Micheal Cornandez.
Tuesday, April 15, 2014
Berhenti Berharap
Aku ingin sekali..
berhenti dari berharap
pada sesuatu yang tidak pasti..
tetapi terkadang..
harapan itu seolah masih ada sinar di hujungnya..
sedarlah wahai insan..
sedarlah tentang masa depan mu..
jika aku ada harapan..
pastinya juga dirimu berharap..
namun..
adakah harapanku kecundang?
aku ingin membantumu..
membahagiakanmu
tidakkah kau ingin mengecap kejayaan?
apakah kau sudah berhenti berharap?
entah lah...
Monday, April 14, 2014
14.4.14 Buat sahabat...
Salam sejahtera semua
14.4.14
susunan nombor yang cantik..
bertarikh hari ini
lebih manis lagi hari ini jika mengingati sahabat kita
di mana mereka berada
mendoakan mereka
mendoakan kebahagiaan mereka..
kerna mereka ..
adalah sahabat..

Saturday, April 12, 2014
Ikhwan dan SMK Seri Manjung
Salam sejahtera semua..
Anak sulung saya ni lahir pada 1996.
Tahun ni dah 18 tahun.
Dah selesai sekolah menengah.
baru je lepas selesai hadir PLKN di White Resort Balik Pulau, Pulau Pinang .
Masih tak tau nak buat apa lepas SPM
dok melepak kat rumah
nak kerja.. saya dan ayahnya tak bagi..
so, sementara tunggu result sambung belajar, belajar bawak kereta, ambik lesen.
what to do?
duk rumah masak nasi...

ikhwan.. dua dari kiri...
Thursday, April 10, 2014
Kek Coklat meleleh....
Salam sejahtera semua,
saya suka makan je kek coklat meleleh ni...
nak buat tak pandai
lepas tu ... malas nak belajar..
malas nak buat..
sebab malas nak beli bahan-bahannya...
suka makan suka beli..
tapi pastikan yang sedap
baru meleleh..
kalau tak sedap ..
jangan harap saya nak beli lagi... huhuhu..
saya sharekan resepi kek coklat kukus..
pokcik gugel punyer foto

Wednesday, April 9, 2014
Misteri MH370
Salam sejahtera semua
Hari ini 9/4/2014
Hari yang ke 33 hilangnya pesawat MAS MH370
Hilangnya pada 8/3/2014 jam 1:40 pagi
bersama 239 penumpang dan anak kapal
Di ruang udara perairan Laut Cina Selatan
Dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing China...
Hingga saat ini..
usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan
di Lautan Hindi
Laut ke3 terbesar di dunia
bagaimana, di mana,
Kita tidak akan melupakannya...
Allah yang maha mengetahui...

Tuesday, April 8, 2014
Permohonan ke IPTA/Politeknik disahkan penerimaan
Salam sejahtera semua
permohonan ke IPTA / Politeknik bagi lepasan SPM 2013 untuk program diploma telah disahkan penerimaannya...
Tarikh tutup permohonan ialah semalam, 7/4/2014.
Anak saya, Ikhwan dah balik dari program PLKN di White Resort, Penang.
Dah mohon belajar..
Tunggu saja lah keputusannya.
Buat masa ini, belajar bawak kereta dulu... ambik lesen...
Salam sayang buat semua..

Monday, April 7, 2014
Pelancaran Program Minggu Inovasi peringkat KVSM 2014
Salam sejahtera semua
Hari ni bersamaan 7/4/2014 berlangsung pelancaran Program Minggu Inovasi peringkat Kolej Vokasional Seri Manjung (KVSM) 2014. Pelancaran pembukaan dirasmikan oleh En. Mohd Lotpi b Razali, Timbalan pengarah Akademik KVSM.
En. Haris b Nordin, Penyelaras Pembudayaan Inovasi KVSM selaku Penyelaras Program ini menerangkan kepada pelajar program yang berlangsung sepanjang minggu. Antaranya ialah Kuiz Inovasi, My Ideation dan Ops! Santai...
Semua pelajar yang menyertai pertandingan ini akan mendapat meningkatkan daya inovasi masing-masing selaras tema program.. "Satu Pelajar Satu Inovasi"

Sunday, April 6, 2014
Mee rebus
Salam sejahtera semua..
Mungkin hari minggu ni dah jemu makan nasi...
Jom kita try mee rebus yang sedap ni.
Mungkin hari minggu ni dah jemu makan nasi...
Jom kita try mee rebus yang sedap ni.
Resepi ?
ada..
jom ke sini
Selamat memasak...
Saturday, April 5, 2014
Kuih cara manis bersantan
Salam sejahtera semua..
petang sabtu baru sempat update blog.
petang hari sabtu ni cuaca kat luar agak mendung dan berangin..
teringatkan kuih cara manis ni..
walau sedikit berkerak... tapi
sedap dimakan bersama air kopi O suam... ermmm
saya tak ingat saya dah post resepi kat sini. tak apalah..
dua kalipun apa salahnya..
Simple aja..
Bahan:
selamat menjamu selera..
#ada yg kata ni kuih bakar.. :)

- 2 cawan tepung gandum
- 3 cawan santan (dari santan RM1.20 ditambah air biasa utk jdkn 3 cawan)
- 2 biji telur
- gula dan garam secukup rasa
- blendkan tepung, santan dan telur dan masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam.
- panaskan acuan cara.. sapukan sedikit minyak kelapa / mentega - guna daun pandan
- tuangkan bahan blend dlam acuan ... bakar hingga masak.
selamat menjamu selera..
#ada yg kata ni kuih bakar.. :)
Friday, April 4, 2014
Kenangan bersama kawankawan sejawat di Kolej Vokasional Seri Manjung yang dulunya SM Tenkik Seri Manjung dan asalnya SM Vokasional Seri Manjung
Salam sejahtera semua..
Haha.. macam pelik je bunyi tajuk tu..
Saja teringat kawan-kawan lama bila tengok gambar lama..
ni gambar masa sambutan Hari guru tahun 2011
Masa ni kami dapat Pengetua baru, Hajah Intan Suhana bt Kamarudin...
Setiap kali sambut hari guru, kami akan pakai baju boria.. hahaha
Yang ni tak ingat tahun bila. Tapi gambar ni diambil di SM Teknik Kuala Kangsar.
Masa tu ada perhimpunan guru Teknik/Vokasional Perak
Yang ni tak ingat event apa. Tapi yang pasti tahun 2011 juga..
Sebenarnya saya dah lama mengajar di sini. Sejak 1993. Dah tiga empat kali bertukar nama.
SM Vokasional Seri Manjung (1991-1995)
SM Teknik Seri Manjung (1996 - 2009)
SM Vokasional Seri Manjung (2010-2011)
Kolej Vokasional Seri Manjung (2012 -
Saya suka bekerja di sini...
~Jumpa lagi..~

Thursday, April 3, 2014
Cinta Hilang Kata ~ Love you in silence ~
Salam sejahtera buat semua..
Saya dalam proses membaca ini... Novel Cinta Hilang Kata... Love You In Silence..
Baru masuk bab 24.. Lambatnya saya nak habiskan...
Bila ada waktu terluang saya curi untuk baca...
Novel ni saya beli terus dari Lily Haslina Nasir...
Watak Utama - NURUL MASMIN + RAIN AKHTAR
Watak sampingan - AMIRUL, SABIRAH, ZAILI
Watak lain - JAH GAYAH, MAHYUN, EZRA, WANIE..
Jom baca..
Jumpa lagi..

Wednesday, April 2, 2014
19 tahun menyulam cinta....
Salam sejahtera semua...
Semoga semua yang sudi menyinggah di blog ini akan dilimpahi rahmat Allah hendaknya...
Tanggal 12.3.2014 yang lalu, sampai sudah 19 tahun usia perkahwinan saya bersama suami.
Tiada yang lebih bahagia di dunia ini apabila dapat berkongsi kasih dan merasai bahagia bersama orang yang tersayang...
Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku suami yang sebaiknya.. menjadi imamku.... menyayangi aku.. membahagiakanku..
mengurniakan 3 orang zuriat buatku .. yang sejuk mata memandang... yang mendengar kata...
Banyak asam garam rumahtangga yang telah dilalui bersama..
terima kasih suamiku ..
faham kerenahku, sabar dengan kedegilanku,
segala kegembiraan dan kesedihan bersama..
akan aku jadikan sebagai bekalan buat menghadapi hari mendatang..
sesungguhnya ucapan syukur dan terima kasih ini juga kutujukan buat ibuku
kerana melahirkan.. menjaga dan merestui jodohku ini..
Oh! Allah .. Kau restuilah jodoh ini..
Kau kekalkanlah jodoh ini hingga ke syurga Jannah Mu..
Amin..
~Sampai bersua lagi...~

Nasi goreng biasa telur mata... mamak style
Salam sejahtera semua..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam...
Agaknya apa menu sarapan hari ni ye?
Apa juga menunya, diharapkan semuanya dapat menikmati sarapan dengan secukupnya... sarapan penting untuk tenaga sepanjang hari..
orang putih kata.. "Breakfast like a king"
kalau tak tau nak sarapan apa... boleh cuba nasi goreng.. walaupun nampak macam "berat", tapi boleh makan dengan kuantiti yang sesuai...
foto atas tu, bukan menu sarapan saya hari ni.. tapi menu tea petang merangkap dinner anak saya weekend baru ni...
telur tu yang tak tahan...
...Jumpa lagi....

Tuesday, April 1, 2014
kembali menulis..
Salam sejahtera semua..
Pagi selasa ni hujan di manjung..
Alhamdulillah dengan rahmat yang Allah kurniakan buat kita..
Saya terpanggil untuk aktif kembali dalam arena blogging ni setelah lama sangat saya tinggalkan..
Kalau dulu, paling tidakpun adalah satu entri untuk sehari.. tahun lepas hanya 50 entri sahaja yang mampu saya coretkan.. tahun ni pulak.. sekali sebulan saja saya update blog.. hahaha.. ketawakan diri sendiri.
Saya tidak pasti sama ada rakan-rakan blogger masih ingat pada saya ataupun tidak. Kebanyakan dah berpindah ke facebook dan twitter. masing-masing dah ada page sendiri di facebook. sayapun ada juga page warisku minangrawa di facebook. tapi yg itupun tak aktif juga..

Sehingga jumpa lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)