Salam sejahtera semua
Pada Khamis, 24/4/2014 yang lalu, seramai 7 orang pemantau wakil dari BPTV, JPN Perak dan JPN Kedah telah datang ke Kolej Vokasional Seri Manjung bagi tujuan Pemantauan bersepadu KVSM.
Bermula dengan taklimat kepada Pengarah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jabatan dan Ketua Unit sehinggalah sesi menyemak semua fail yang berkaitan dengan Akademik, Prasarana, Pentadbiran, Kokurikulum dan Pentaksiran. Pengurusan Asrama juga tidak terkecuali.
Alhamdulillah sehingga jam 4:30 petang, setelah selesai Makan tengah hari dan sesi rumusan pemantauan, banyak yang dapat dikongsikan dan penambahbaikan dapat dilakukan bersama.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.