Wednesday, August 24, 2011

Sombong ke?

salam sejahtera semua...


Satu sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah sombong.
Sombong adalah menganggap dirinya besar dan memandang orang lain hina/rendah.
 
kalau orang kata kita sombong..
kita marah tak?
kalau orang tegur/sapa
tapi kita tak balas..
sombong ke kita?

atau kadang-kadang kita tak perasanpun kita ditegur..
atau..
memang kita tak nampak dia sebab kita rabun...???


Saturday, August 20, 2011

ke kl.. pertama kali naik bas

salam sejahtera semua...
 anak-anak zaman sekarang memang sangat beruntung.... ke mana pergi..kalau boleh berhantar berjemput.. naik kereta sendiri.. zaman aku sekolah hinggalah zaman bekerja.. naik bas turun bas... naik keretapi.. ke mana pergi pengankutan paling mudah ialah bas...

weekend baru ni, dengan tidak sabarnya.. bawak izham naik bas. bukan naik bas sekitar manjung.. tapi ke kl.. hehe.. first time.. dari rumah naik teksi ke stesen bas...

 tengok le muka am tu.. kepeningan sebab driver teksi pecut giler.. hehe

 
ini le bas yang kami naik...
mula-mula nak naik bas 2 tingkat.. tak jadi..

 
dah ada dalam bas...
cuak je muka am tu...

 bila bas dah gerak...
dah puas tido..
happy!

semoga pengalaman pertama kali naik bas..
menyeronokkan..
lepas ni boleh share dgn kawan-kawan..



Thursday, August 18, 2011

Mee Rebus yang sedap..

Salam sejahtera semua





semalam cuti.. sempat la nak masak memasak. ikhwan nak merasa mee rebus..
terus ke pasar dan cari bahan-bahan..

2 paket mee kuning
sekeping tauhu
daun sup + daun bawang
cili hijau
asam limau kasturi
telur direbus
bawang goreng

bahan kuah:
1 kg keledek direbus dan dikisar
2 biji tomato dikisar
10 tangkai cili kering
4 sudu serbuk kari ikan
2 paket udang kering
tulang/daging lembu
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
seinci halia dan lengkuas
sebatang serai..
garam
gula merah

untuk masak kuah,
1. tumis bawang, cili, udang kering, serbuk kari, halia/lengkuas/serai sehingga naik minyak, masukkan keledek yg dikisar dan tambahkan air hingga sesuai kepekatannya..
2. masukkan daging yg telah direbus empuk..
3. setelah mendidih, masukkan gula merah dan garam secukup rasa...



Wednesday, August 17, 2011

Right place at the right time

salam sejahtera semua..



kebiasaannya selalu orang mengatakan "wrong place at the wrong time".. tapi bagi saya hari Isnin yang lalu, selepas berjumpa Pn. Boss.. saya singgah sebentar di pusat sumber sekolah sekadar melepaskan penat sebentar.. tujuan sebenar nak cari Pn kamariah untuk urusan peperiksaan...

selepas selesai berurusan, Cik Li Na terus membuka tabung derma anak yatim untuk dikira jumlah wang derma dan saya memang suka bab "mengira" sebab saya pernah menjadi guru matematik.. hehehe... terlepas gian..

thanks Li Na .. for the photo..

membeli belah..

Salam sejahtera semua..
hari ni sempena cuti Nuzul Qur'an.. bersamaan 17 Ramadhan..
pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pergi membeli belah untuk persiapan hari raya Aidil Fitri.. maklum saja.. bagi kakitangan kerajaan, bonus baru je masuk 2 hari lepas..

dalam pada itu..bersederhana dalam berbelanja.. usah membazir..
lepas beli, cepat-cepat blah.. he3.. gurau je tau..


walaupun minggu pertama, dah ramai yang membelibelah...

saya dah "shopping" minggu pertama puasa lagi.. so.. tak perlu bersesak-sesak di saat akhir. Tahun ni semua beli siap je .. tak sempat nak menjahit..

harga barang-barang keperluan dah semakin mahal.. beli yg perlu sahaja.. okay semua.. selamat membeli belah.

Saturday, August 6, 2011

Myvi yang best!

Salam sejahtera semua..
kenapa tak ambik yang elegance? 
.. yang warna purple tu?
...yang ada touch screen tu?
...yang ada tv tu?

banyaknya soalan...
tapi cukup sekadar yang mampu..
yang premium ni pun dah banyak kelebihannya..
setakat boleh bawak pegi sekolah..
pusing-pusing manjung..
okay la kan?




tempoh menunggu tak lama
tak sampai 2 bulan..
rasanya kalau yang warna purple tu..
belum dapat lagi...
hehehe
tapi..
memang best la... :)

**23072011

Thursday, August 4, 2011

Bila projek ni nak siap?

salam sejahtera semua..

 bukan nak tayang pagar..
tapi..
nak tunjuk betapa berabuknya dan berdebunya keadaan rumah aku sekarang...
bukan malas mencuci atau mengelap (ada ke orang lap pagar rumah???)
tapi...


inilah punca sebenarnya...
projek perumahan baru..
projek oleh syarikat Setia&^%#
setiap hari longgokan pasir dan batu serta simen
menambahdebukan kawasan rumah

komplen?
dah banyak kali
tapi 
faham-faham sendiri le..

sabar ajelah...

sabar menunggu projek ni siap..

Wednesday, August 3, 2011

bizibodi??

salam sejahtera semua..

aku bukan orang yang suka "busy body" hal orang lain... senang kata... bab " menjaga tepi kain orang" bukan agenda utama dalam hidup...
kadang-kadang perlu juga "busy body"... untuk menjadi perencah kehidupan...

walau tidak suka "busy body", ada juga orang lain yang suka menggunakan aku sebagai teman "busy body"nya...
abih tu camno?
bila ada krisis... tak pasal-pasal aku yang terlibat sama...

eishhh.. buhsan tau!!!

Hari ke 3 berpuasa

Salam sejahtera semua...
kenapa la tersangat malas nak update blog kesayangan ni???

hari ni dah hari Rabu.. sekejap je dah masuk hari ke 3 Ramadhan..
semoga ibadah puasa yang kita lakukan ini akan mendapat ganjaran setimpal dan paling penting sampai ke waktu berbuka..

tahun ini anak bongsu .. izham bercadang nak berpuasa penuh. Alhamdulillah sehingga semalam, dapat 2 hari. Walau asyik merengek minta berbuka puasa, namun bila dipujuk-pujuk, alhamdulillah... sampai juga waktu berbuka.. tersenyum lebar bila menjamah kurma...

"Mak, esok am nak puasa lagi"
terus terlupa akan peritnya menahan lapar dahaga.. InsyaAllah  Allah sentiasa disisi... mohon doa, usaha dan tawakkal...

Semalam sempat ke pasar Ramadhan di stadium manjung, hanya untuk mencari murtabak...  namun disebabkan dah niat nak buat sandwich sardin, semua juadah lain tu macam tak berselere nak beli.. habis sebuku roti...
"Mak, nanti buat lagi.."

:)



saje je letak gambor ni... manalah tau ada yg bercadang nk masak
petang ni.. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...