Monday, May 24, 2010

cucur badak

kueh malaysia yang sangat aku gemar!
masa kecik kecik dulu, mak suka sangat buat kueh ni..
sampai pernah ber"bisnes"..

cucur badak,
aku tak pasti kenapa ada perkataan "badak" tu ...
inti kelapa pedas
cucur dibuat daripada ubi keledek..

makan bersama kopi "o" panas
pasti menggamit memori..

nak resepi? boleh g sini, sini atau sini...

selamat mencuba!..

Wednesday, May 19, 2010

Pilih berus gigi yang sesuai

hehehe.. mesti kita gunakan benda ni hari-hari... berus ni untuk digunakan untuk memberus gigi kita setiap kali bangun tidur. Agak-agak ada tak yang pernah guna berus untuk mencuci gigi? manalah tahu kot kot guna kayu sugi ke??? atau guna batu ke ? hehehe...


Kita disyorkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Agaknya kalau sekali sehari, adakah gigi kita berpeluang "hilang" seperti ini?




Beberapa saranan untuk memilih berus gigi di pasaran supaya ianya sesuai dengan kita...
Jom layannnnnzzz..
Petua memilih berus gigi..
~Cari berus yang mempunyai pemegang yang selesa dan hujungnya bulat supaya tidak melukai tangan anda.

~Batang berus mesti sesuai dengan umur dan ukuran tangan anda. Berus gigi selalunya mempunyai tiga sari iaitu untuk kanak-kanak di bawah 10 tahun, remaja dan dewasa.
~Bulu berus juga perlu diperhatikan. Jika terlalu sedikit mungkin ia tidak dapat memberus dengan bersih. Paling sedikit setiap berus gigi mempunyai 3 x 4 susunan bulu berus di atas batang berus gigi.

~Setiap orang mesti mempunyai berusnya sendiri. Kita tidak boleh berkongsi berus gigi kerana di dalam mulut terdapat banyak kuman. Dengan mempunyai berus gigi sendiri ia boleh mencegah sebarang jangkitan kuman daripada terjadi.

~Ganti berus gigi apabila sudah lusuh. Bulu berus yang lusuh tidak dapat membersihkan gigi dengan berkesan.
tochei Cik Google kerana info itu...

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru 2010


Guru Pembina Negara Bangsa...
Masih tema yang sama

Ingin sangat mengucapkan selamat kepada semua guru di Malaysia

kepada semua guru yang mengajarku
SK Dato' Hashim Pengkalan Chepa 1975-1976
SRK Gopeng 1977-1980

MRSM Kuantan 1981-1985

MRSM Kulim 1986-1987


tidak lupa kepada semua
cikgu, pensyarah dan pendidik

juga terima kasih kepada rakan
yang mengingatiku sebagai guru..

dari Hysman


dari Elly


dari anak murid ~ Ummi Syafinaz



dari cikgu siti mariam



dari cikgu Mazlinawati


moga title "cikgu" kekal abadi di hati
pengorbanan dan jasa guru
seperti
pengorbanan dan jasa ibu bapa...

Friday, May 14, 2010

iye ke? tak tau pulak...



aku dah lama tak ke hospital ni terutama ke wad pesakit. Akhir sekali ke sana bila melawat jenazah arwah Amirul (anak cg Sulaimi)..

baru-baru ni (dh hampir 3 minggu jugak la), aku berkesempatan melawat kawan yg sakit, Marini...
ingatkan waktu melawat 4.30 ptg.. rupanya 5.00 ptg... maka menunggulah aku hampir setengah jam..
nasib baik hospital tu dua tiga langkah je dari rumah aku.. hehehe..

nampak sangat aku dah lama tak ke sana..

Sunday, May 9, 2010

selamat hari IBU




Tiada kata lain yg cantik untuk ku ucapkan kepada ibu...

selamat hari ibu..
terima kasih..untuk segalanya

semoga dirimu dilimpahi Allah kesejahteraan..



terima kasih kepada yg sudi wish diriku juga
kerana
aku juga seorang ibu...


untuk semua..
terimalah
lagu jamal ini
enjoy...

Thursday, May 6, 2010

tugas guru.....sungguh dedikasi!!!...


tugas guru bukan setakat mengajar, menerangkan, memberi pemahaman... tp sebagai pemudahcara. bukan sahaja mengalirkan ilmu akademik kepada pelajar supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan, malah turut sama membentuk sahsiah pelajar semoga menjadi ilmuan berakhlak mulia...

berapa lama selama 24 jam sehari seorang "budak sekolah" menghabiskan masa di sekolah, di rumah? di pusat tuisyen? di siber cafe? di masjid? seawal jam 7 pagi telah terpacak di kawasan sekolah sehingga tengah hari.. petang pula ke sekolah agama atau ke pusat tuisyen atau hadir lagi ke sekolah untuk aktiviti ko kurikulum...

selama mana "budak sekolah" berada di sekolah, begitu juga selama itu cikgu menghabiskan masanya di sekolah dengan penuh tanggung jawab... itu belum lagi diambil kira datang ke sekolah untuk kelas tambahan, aktiviti gotong royong, aktiviti rombongan...

16 mei setiap tahun diraikan sebagai "HARI GURU"..

setiap tahun juga aturcaranya seperti putaran jarum waktu melangkau nombor 1 hingga 12 berulangkali... baca perutusan pengarah pelajaran, perutusan menteri pelajaran, nyanyi lagu GURU MALAYSIA (yg dah tak boleh dilupakan liriknya, walau setahun sekali dinyanyikan!), potong kek, jamuan, persembahan pelajar...pentomin, menyanyi, bersajak ....

pasti saat-saat itu paling dinantikan seorang guru yg dedikasi....
apakah tahun ini masih ada lagi ucapan "SELAMAT HARI GURU, cikgu." ?

Sunday, May 2, 2010

blog resepi ??? cari resepi putu mayam???


salam semua.. dah lama tak post n3 kat blog kesayangan ni. bila bukak blog, atometik (apa punya ejaan daaa) mesti nak jengok kat pokcik nuffnang. setiap kali jengok kat keywordnya, mesti ada silent reader yg cari resepi... mcm2 termasukla resepi putu mayam..

blog ni bukan blog resepi mcm myresepi tu... atau mcm blog koleksi resepi 4u...
tapi dulu pernah buat entry pasal putu mayam kat
sini...
saja nak cerita .. sebab baru balik pasar malam beli putu mayam org melayu buat. ada yg biasa (warna putih) dan ada yg warna hijo.. (letak air daun pandan)

so kesian jugak mana2 yg dtg blog ni nak cari resepi putu mayam tp tak jumpa..

mungkin boleh jengok resepi putu mayam berkuah kat sini..

atau resepi simple putu mayam... klik je kat sini...

selamat mencuba pada sesiapa yang rajin masak dan mencuba resepi baru..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...