Wednesday, May 19, 2010

Pilih berus gigi yang sesuai

hehehe.. mesti kita gunakan benda ni hari-hari... berus ni untuk digunakan untuk memberus gigi kita setiap kali bangun tidur. Agak-agak ada tak yang pernah guna berus untuk mencuci gigi? manalah tahu kot kot guna kayu sugi ke??? atau guna batu ke ? hehehe...


Kita disyorkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Agaknya kalau sekali sehari, adakah gigi kita berpeluang "hilang" seperti ini?




Beberapa saranan untuk memilih berus gigi di pasaran supaya ianya sesuai dengan kita...
Jom layannnnnzzz..
Petua memilih berus gigi..
~Cari berus yang mempunyai pemegang yang selesa dan hujungnya bulat supaya tidak melukai tangan anda.

~Batang berus mesti sesuai dengan umur dan ukuran tangan anda. Berus gigi selalunya mempunyai tiga sari iaitu untuk kanak-kanak di bawah 10 tahun, remaja dan dewasa.
~Bulu berus juga perlu diperhatikan. Jika terlalu sedikit mungkin ia tidak dapat memberus dengan bersih. Paling sedikit setiap berus gigi mempunyai 3 x 4 susunan bulu berus di atas batang berus gigi.

~Setiap orang mesti mempunyai berusnya sendiri. Kita tidak boleh berkongsi berus gigi kerana di dalam mulut terdapat banyak kuman. Dengan mempunyai berus gigi sendiri ia boleh mencegah sebarang jangkitan kuman daripada terjadi.

~Ganti berus gigi apabila sudah lusuh. Bulu berus yang lusuh tidak dapat membersihkan gigi dengan berkesan.
tochei Cik Google kerana info itu...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...