Tuesday, April 27, 2010

library @ home..


memang suka membalut buku.
semua buku yg aku beli, mesti aku balut..
sayang....
takut rosak..



ini cuma satu bahagian dari rak yang ada...
bila la library @ home ni nk jadi kenyataan???
takkan nak tunggu pencen???


Sunday, April 25, 2010

bercinta dengan kerja...


mengajar adalah profesionku. menjadi seorang guru pada mulanya hanya mengisi ruang masa mendapatkan kerja yang lebih baik.. "system analyst".. huhuhu.. namun aku sedar, hatiku bukan ke arah itu. telah dua kali aku menghadapi temuduga sebagai "system analyst".. tp aku berkata pada diriku sendiri.. itu bukan yang terbaik untukku...

lantas, antara rasa ragu, aku mengisi borang KPLI dan Diploma pendidikan sekaligus (yg pd masa tu memang diasingkan.. KPLI di maktab perguruan dan Dip Ed. di univ.)
menghadiri temuduga KPLI menjadikan aku seperti kanak-kanak sekolah... buat karangan dan terangkan mengapa anda nak jd cikgu..
menghadiri temuduga Dip Ed menjadikan aku seperti masuk ke univ. turun pangkat kerana aku dh ada ijazah masa tu... (seperti yg arwah abah sebut "dah ada ijazah, tetiba nak undur balik ambik diploma???" - maaf abah.. abah memang tak akan faham!)


dan akhirnya aku berjaya menurut kata hati.. menjadi cikgu!
berbekalkan pengalaman menjadi guru ganti dan guru sandaran, aku akhirnya dihantar ke daerah manjung yg aku hanya tahu ianya sinonim dengan "Pesta Lumut"

aku bercinta dengan kerjayaku... cikgu maths.. cikgu add maths! mengajar pelajar vokasional yg 17 tahun lalu sangat fobia dengan maths apatah lagi add maths!
kekadang tersentuh hati melihat anak bangsaku sendiri yang bersungguh-sungguh mencintai subjek yg ku ajar, walaupun setiap kali mendapat keputusan mengecewakan! sehinggakn mereka pernah bertanya...
"Cikgu, lepas sekolah.. masa kerja nanti ada ke kita guna formula maths ni?"
aku diam tidak menjawab ... sebaliknya menyuruh mereka berfikir sendiri... berfikir jauh jauh dan diluar kotak fikiran mereka... akhirnya mereka senyum sendiri...


dan kini selepas 17 tahun juga aku bercinta dengan kerjayaku... masih lagi... walau bukan lg cikgu maths, aku dh jatuh cinta dengan kerjaya cikgu fop!!!! ya.. cikgu mengajar programming.. arghhh aku tidak boleh lari dari "kepandaian"ku sendiri.. sesungguhnya aku redha dengan kenikmatan yg dianugerahkan kepadaku...
Aku cinta kamu..

Collen-Kawaii's special Giveaway 2010

malam-malam suka no jalan-jalan...
terjumpa satu blog
yg bermurah hati buat projek giveaway
tima kacihla cik Zida..

ada syarat nak join contest ni .. senang je...

Dan syarat itu wajib!

1. Sila jadi follower saya – sama ada di blog, Twitter atau Facebook

2. Buat satu entry pasal giveaway ni (bantai jela nak cerita apa pun, janji letak link contest ni) Dan pastikan anda capture ‘your lucky number’

3. Copy banner di bawah dan letak saje di mana-mana dalam blog anda, sama ada di sidebar atau dalam entry.



okay..
klik
sini
utk yg nak join ....


tau-tau baru baca dah dapat capture no yg dia syaratkan..
hehehe
memang bertuah..



klik gambor utk tumbesaran....

thanks again...

Saturday, April 24, 2010

nak tayang hadiah..




dah lama tak jalan-jalan ke rumah kengkawan...
bila buka blog ternampak mesej kat chatterbox
"sila amik hadiah" kat sini
maka
cepat-cepat pegi rumah azatie..
thanks ..
i loike it..
cantik!!





pas tu nak tayang jugak hadiah besday dari kelab guru sekolah..
besdaynya bulan januari..
dah nak masuk bulan mei, baru dapat hadiah..
tak pe lah
sedap jugak coklatnya..


poyonya.. inipun nak masuk blog..
ntah..
mcm dah tak ada idea nak tulis apa kat blog ni sejak dua menjak ni...

Wednesday, April 21, 2010

kek gula hangus





dah lama tak masak memasak kat sini. rindu pulak rasanya . sejak dua menjak ni penyakit m.... menyerang... kat rumahpun, masak simple je .. sekadar nasi goreng or cukup menu "satu lauk, satu sayur"...


kali ni nak share resepi kek gula hangus yg paling simple.



Bahan-bahan


  • 1 cwn gula pasir

  • 1 cwn air

  • 4 sudu margerin

  • 4 biji telur - grade A

  • 1 cwn tepung gandum

  • 2 sk rata bicarbonate of soda

  • 4 sudu susu pekat manis

(guna je cawan minum teh tu..)


Cara-cara
  1. masakkan gula pasir hingga keperangan dan tuangkan air dan masak hingga mendidih dan masukkan margerin dan sejukkan. Ketepikan.
  2. Telur dipukul sekejap dan masukkan tepung dan susu pekat. gaul dan ratakan.
  3. Tuang gula hangus tadi ke adunan tepung kacau sebati dan masukkan soda .
  4. bakar atau kukus...


Thursday, April 8, 2010

terima kasih semua

diam tak diam, dah ramai yg jd follower blog ni...
(eleh... org lain punya lg ramai.. tak hebohpun)

rasa syahdu hati ini kerana anda semua sudi jd follower saya..

agaknya sbb saya juga sgt suka jd follower, maka anda juga suka jd follower saya..

tiada hadiah mahal yg mampu saya beri..
sekadar mengucapkan terima kasih..

moga ikatan ikhlas ini kekal selama-lamanya...

Monday, April 5, 2010

kecintaanku...



cinta lama berputik kembali....
aku suka
aku asyik
... ermmm

Thursday, April 1, 2010

entry yang ke 400....









bila tengok entry blog dah 399, konon nak create someting special for this blog... tukar tamplete ke.. tukar background ke.. tukar header ke....tp skrg ni tak berapa sempat... byk sgt keje nak disettlekn..

bukak folder family foto, terjumpa gambor ni.. dh lama dah..
time ni anak bongsu aku sibuk gila kaler mengaler ni.
dia copy paste gambar dari dictionary, so jadilah apa yg dia nak kaler ..
hehehe..

proud of him dgn hasil kerjanya
walaupun comot comat..
at least boleh pakai...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...