Wednesday, July 30, 2008

Israk Mikraj......tanda kebesaran Allah swt


Saudaraku yang dirahmati Allah,Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa. Marilah kita hayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w yang penuh dengan keihsanan dan kesejahteraan. Moga-moga dengan kita mengenal Baginda Rasulullah serta keperibadiannya dapat kita mengambil iktibar dan pengajaran darinya.
Saudaraku,
Hari ini ,Rabu 30 Julai 2008 bersamaan 27 Rejab 1429 merupakan satu tarikh yang penuh bersejarah untuk umat Islam. Tarikh 27 Rejab akan mengingatkan kita pada satu kejadian yang istimewa ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Kejadian ini merupakan ujian untuk menetukan keteguhan iman umat Islam pada ketika itu.

Peristiwa israk dan mikraj merupakan suatu tanda kebesaran Allah s.w.t. Saban tahun kita diingatkan dengan peristiwa agung ini yang pernah dilalui Rasulullah s.a.w. Kerana ianya mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar buat kehidupan kita.

Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al Israk ayat 1:Yang bermaksud: "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."Kisah israk dan mikraj adalah sebuah kisah yang benar-benar berlaku ke atas Rasulullah s.a.w. Ianya merupakan suatu peristiwa yang sukar difahami dan diterima kebenarannya oleh masyarakat yang hidup pada zaman tersebut.



Perjalanan ke Baitul maqdis daripada kota Mekah, yang biasanya memakan masa lebih sebulan lamanya telah dapat dipendekkan dan berlaku dalam masa satu malam. Bagaimanakah agaknya penerimaan masyarakat ketika itu?Sudah tentu mereka susah hendak menerima kebenaran cerita Rasulullah s.a.w. Kaum musyrikin yang memang tidak percayakan ajaran Baginda, makin yakin bahawa Baginda sudah gila. Mereka makin lantang mencemuh dan mengejek Baginda. Sebahagian orang-orang Islam yang tidak kuat imannya, mula menyoalkan kebenaran Rasulullah s.a.w. Sehingga diriwayatkan ada beberapa orang yang murtad setelah mendengar kisah ini.

Tetapi di dalam keadaan yang membingungkan seperti itu, Abu Bakar merupakan orang pertama yang membenarkan kisah Rasulullah s.a.w. Dia tampil kehadapan dan menyatakan kepercayaannya kepada kebenaran kisah Baginda. Di atas sebab itu beliau digelarkan As Siddiq yakni yang membenarkan. Kepercayaan Abu Bakar ra terhadap Rasulullah merupakan suatu yang harus kita jadikan iktibar dan pengajaran. Beliau tidak ragu-ragu membenarkan kisah Baginda. Walaupun kisah tersebut merupakan kisah yang ajaib dan di luar bayangan manusia pada zaman itu. Beliau tidak menghiraukan cemuhan dan ejekan yang dilemparkan terhadap Baginda malah menyokong Baginda. Inilah dia prinsip yang ditunjukkan oleh Sayidina Abu Bakar.
Sejarah membuktikan kesetiaan dan kejujuran Saiyidina Abu Bakar terhadap perjuangan Rasulullah s.a.w, dan keyakinannya bahawa Rasulullah adalah utusan Allah. Maka layaklah Saiyidina Abu Bakar digelar oleh Rasulullah s.a.w dengan gelaran As-Siddiq, yang membenarkan.

Dan dengan kenyataan Rasulullah s.a.w itu tadi, Saiyidina Abu Bakar berhak pula mempunyai sanjungan dari Allah Ta’ala, sebagaimana dinyatakan di dalam firmannya dalam surah Az-Zumar Ayat 33 :Yang bermaksud: "Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya , mereka itulah orang-orang yang bertaqwa"

Saudara ku,
Begitu keimanan para sahabat terhadap Baginda Rasulullah s.a.w sedangkan pada ketika itu pemikiran mereka tidak dapat menjangkau keajaiban yang berlaku dalam peristiwa israk dan mikraj. Bagaimana pula keimanan kita?

Pada hari ini kisah Israk dan mikraj tidak lagi menjadi keraguan kepada kita. Dengan mudah kita percaya kebenaran peristiwa ini kerana kita telah nampak dan ketahui betapa cepatnya seseorang dapat belayar dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Manusia juga telah dapat berjaya menembusi langit dan mampu terbang ke angkasa lepas.

Dengan penemuan-penemuan baru melalui sains dan teknologi ia bukan sahaja memudahkan kehidupan seharian kita, malah ia telah membantu untuk lebih meyakinkan kita terhadap keajaiban-keajaiban yang diterangkan di dalam Al-Quran.

Amatilah firman Allah surah Ar-Rahman ayat 55:Yang bermaksud: "Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan."Dengan ilmu yang manusia ada seharusnya membantu meningkatkan iman kita mengenai kebenaran Al-Quran dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Namun masih banyak lagi ilmu yang perlu kita kuasai untuk mengetahui mengenai keajaiban dan rahsia Allah s.w.t. Sudah pasti terdapat hikmah mengapa sebahagian perkara masih dirahsiakan daripada pengetahuan manusia.Justeru itu kita perlu terus hidupkan dan tanamkan minat untuk mencari ilmu pengetahuan. Kerana dengan ilmu pengetahuan sahaja akan mengukuhkan lagi keimanan kita pada Allah swt dan membuktikan kepada kita akan kebenaran Al-Quran.

Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah fussilat ayat 53:Yang bermaksud: "Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"

Semoga melalui peristiwa israk mikraj yang penuh dengan keajaiban ini mendorong kita untuk terus meneroka akan keajaiban ciptaan Allah s.w.t. Semoga dengan sikap mencari dan meneroka akan mengukuhkan lagi iman pada Allah dan Rasulnya dan menjadikan kita sebuah masyarakat yang cinta pada ilmu dan menyumbang pada kesejahteraan agama, nusa dan bangsa.

Reference:
khutbah Jumaat

Tuesday, July 29, 2008

Saling mengingatkan.....

ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN SOLAT:
Subuh:
Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhur:
Tidak diberikan berkat dalam rezekinya
Asar:
Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib:
Tidak dihormati oleh anak-anaknya
Isyak:
Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Artikel ini aku petik dari sebuah majalah. Sekadar berkongsi sesama kita.

Kenduri Berzanji













Ahad 27/7/2008 Suhana (adik) buat majlis cukur rambut dan berzanji anak sulungnya Muhd Zahir Fitri. Ramai yang datang. Mak ngah, mak teh, makcik Izan, mamak (panggilan mesra orang Rawa untuk pakcik) Salleh, Pak Kutar, Che Jeton dan ramai lagi. Adik beradik sumer ada kecuali Ikin. Mula-mula buat tahlil untuk arwah abah lepas tu baru berzanji. Best menu tgh: nasi putih & daging masak hitam, ayam goreng, gulai nenas ikan masin, ulam timun dan sambal tempoyak + belacan. Ada buah durian. Tengokla gambar yang yang tengah makan durian tu. Masa kenduri ni la nak jumpa sedare mare. Jumpa Kak Edut... member dah nak jadi wakil rakyat. Cayalah....


Monday, July 28, 2008

Birthday boy




27 Julai 2008 hari lahir Izham yang ke-5. my third child. Cutekan. Actually kami tak la sambut sangat. Just buy a cake (this year Am nak strawberry cake) and makan-makan sesama kami je. Bg hadiah mainan je. Am pun tak mintak macam-macam.

a hectic day

memang satu hari yang sibuk dan memenatkan. pagi ni pergi sekolah ada dua waktu dengan 5pke6 (waktu ke-3 dan ke-4). Tengah syok ngajor graph of function, kak Hjh Salmah datang.
"Lin free ke lepas ni?"
"Free sampai pukul 12.30"
"Jom kita pegi order hadiah"
"ok."
"Alamak.... kita tak buat lagi wording untuk cina tu tempek kat plak"
"tak ape. kita try buat. siap kita pi"

Maka, mulai dari itu akupun menaipla.... bendanya senang je. Tapi hari ni aku tak bawa lap top. Berebut pulak desktop dgn cikgu kat bilik guru. Masing-masing nak key in markah ujian setara 2. Thumbdrive pun tinggal kat rumah. (kes bertukar-tukar handbag). Nak balik ambik, handfonpun tinggal. Camner nak koling2 abang syg.

Sudahnya dekat kol 12.00 pegi beli lauk untuk santapan waris2ku balik dari sekolah. Tak sedar dah 2.15...ahh balik la. Sambung buat keje kat ghumah. Ingatkan nak jahit baju batik baru. Tp tak kesampaian. Nak tengok blog lagi. Okayla nanti aku sambung. Sebenarnya nak sent cerita masa kenduri kat Gopeng hari Sabtu tu. Tak apala.nanti.

Friday, July 25, 2008

Adat berjijak tanah ....suatu yang diwarisi




Izham masa berjijak


Berjijak tanah adalah satu adat yang diwarisi oleh keluargaku dari sebelah emak.Keturunan sebelah emak memang mengamalkan adat ini. Emak adalah pewaris ketiga..maknanya anakku adalah keturunan ke lima. Adat ini adalah satu dari adat yang diamalkan oleh keturunanku sejak lama. Adat berjijak tanah ini akan diadakan selepas kanak-kanak pandai berjalan dan melepasi umur 13 bulan. Itulah yang dilakukan terhadap ketiga-tiga cahayamataku.

Proses berjijak tanah ini dimulakan dengan melihat tarikh bulan Islam. Sebaik-baiknya sebelum 15 haribulan Islam (kata orang bulan tegah naik!). Umur kakak-kanak itu mestilah melebihi 13 bulan. Bak kata orang dah betul-betul masak. Malam sebelum upacara berjijak (biasanya dilakukan pada waktu pagi) akan diadakan upacara berinai.Kanak-kanak tersebut akan diinaikan seluruh jari dan tapak tangan serta kaki. Semasa upacara itu gong akan dipalu dan lilin sebanyak 7 batang akan dinyalakan.
Keesokkan harinya, seawal pagi kanak-kanak tersebut akan dipakaikan dengan pakaian baju melayu lengkap (perempuan berbaju kurung) berwarna kuning. Tempat berjejak dipasangkan lelangit dan diikatkan bendera disetiap penjuru. Tukang jijak (Pak Tua Ajih, kalau dulu arwah opahku) akan menyediakan pekakehnya. Bunga (mesti ada bunga gelinggang atau daunnya), tanah liat, cincin emas, kunyit, lilin, bertih, kasai, limau, tepak sirih. Gong akan dipalu dan kanak-kanak itu akan dipayungkan ke tempat berjejak. Maka upacaranyapun bermula. Pak Tua Ajih akan membaca dan meletakkan cincin dan tanah liat ke tangan, kaki dan kepala kanak-kanak tersebut. Seterusnya menjijakkan kaki kanak-kanak ke bunga dan tanah. Selepas tiga kali, akan dimandikan dengan campuran kasai dan limau. Akhir sekali kanak-kanak itu akan diberi makan nasi berlaukkan gulai ayam (semuanya warna kuning). Boreh rondang yang diisi dalam daun pisang berbentuk kon diagih-agihkan pada tetamu yang hadir.
Pak Tua Ajih akan dibekalkan dengan bertih (boreh rondang), pulut kuning dan ayam panggang. Kanak-kanak perlu berpantang 3 hari sebelum bebas bermain di tanah. Pantangnya ampaian kain.


Next episode will be adat berubat hidung....




Thursday, July 24, 2008

Kelas PASTI A ?





waduh....penat betul bila kita datang dengan niat yang suci namun hanya sebahagian sahaja yang hadir. Akupun tak faham apa masalah bebudak tu yang aku rasa tak sepatutnya mereka buat begitu. ahhh, mamabosan la. kalau macam ni lebih baik aku layannnnnn gambar kat atas tu je. Gambar 1 & 2 tu ikan yang abang ku bela namun dah jadi sejarah sbb semua dah mati... ah.. sedih. 2 lagi gambar dari zoo Taiping la.. jangan marah.



Wednesday, July 23, 2008

ajk hadiah MARA 2008



Tadi dah pergi survey kat kedai antara hadiah yang akan di"hadiah"kan untuk majlis MARA yang akan diadakan pada 9 Ogos lagi. Kat kedai tu tak berapa banyak pilihan. Tapi tak rajin la pulak nak pegi survey kat banyak-banyak kedai. Bukan apa, takut rambang mata.
Kalau boleh biarla "hadiah" tu satu tanda ingatan yang kekal sampai bila-bila. Bila kita nak bagi something to another person, it is better to give something that so nice to keep. Sebagai seorang Islam, biar kita memberi yang terbaik. Barula both sides puas hati. Kengkawanpun ada cadangkan berilah yang terbaik. Akan kami usahakan....

Tuesday, July 22, 2008

Elak Berkongsi Masalah Peribadi Dengan Rakan Berlainan Jantina

Sabda baginda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Awaslah kamu berkawan dengan teman yang jahat, nanti kamu jadi jahat." (HR Ibnu Asakir). Tegasnya, kawan itu sangat berpengaruh. Setiap orang perlu prihatin dengan kesan pengaruh kawan. Sebenarnya Islam tidak pernah melarang kita berkawan, bahkan menjadi orang yang sombong bukan anjuran Islam. Kawan bukan sahaja dapat melegakan jiwa dan perasaan, bahkan menjadikan kita matang dan lebih bertanggungjawab.

Aku tertarik dengan artikel yang aku baca kat satu majalah ni. Bila dibaca bolehla aku berkongsi dengan semua. Dalam berkawan kita perlu berhati-hati memilih kawan. Kawan yang baik dapat sama-sama membimbing kita ke arah adab-adab yang mulia dan mendekati agama. Kawan yang sebenar ialah kawan yang menegur kita bila terpesong dan sedia ditegur bila dia melakukan kesilapan. Tegasnya kawan yang baik ialah kawan yang membawa kita ke syurga.

Namun begitu kita dalam sesetengah situasi kita perlu pandai mencari kawan yang boleh kita kongsi masalah atau merujuk masalah kita. Seelok-eloknya biarlah kita berkongsi masalah dengan rakan yang sama jantina supaya niat yang baik itu tidak akan dipesongkan oleh syaitan laknatullah.

Diringkaskan...Antara sebab-sebabnya kita perlu menjauhi berkongsi masalah dengan berlainan jantina ialah:
1-Dekat
2-Mudah
3-Kemesraan
4-Bergantung
5-Selalu bersama
6-Persamaan


Monday, July 21, 2008

problem tol la budak tu !!!!!!!!!!!!

dah seminggu aku tak bukak blog ni. sibuk dengan kelas dan pelajar-pelajar. maklumla aku ngajor (slang Perak plak) budak form 5. so dah nak masuk bulan Ogos, mesti makin sibuk dengan latihan.Bebudak ni pun dah banyak kali ajor tak faham-faham jugak.

Dalam ramai-ramai tu ada sorang yang create new problem. Dah agak dah. Lately ni dia cam orang bermasalah je. He wanted to borrow some money. "Buat tambang balik kg..." katanya. Okay la. aku bagi jugak w/pun ada instinct nak kena tipu. Sampai masa untuk bayar hutang , "cikgu, boleh tak saya mintak tangguh?" Ha... memang sah aku kena.... Selidik punya selidik bukan aku je yang kena. Ada dua tiga org lagi. Aku bukannya kisah sgt tentang duit tu tapi budak tu memang dah tipu aku. Dia boleh beli "r#%^&" Aku paling pantang duit aku beli benda tu. Bila aku tazkirah dia, tau pulak sedih. Bukan aku saja nak marah dia tapi nak mengingatkan dia, SPM dah dekat. Sepatutnya dia fokus pada pelajaran. If he has problems, he can share with his teacher or find the counsellor.

Aku harap lepas ni jadi pengajaran pada dia. Tu la jadi cikgu ni bukan setakat ajar subjek je, tapi merangkum semua... sahsiah, sivik, dsb...

Thursday, July 17, 2008

aku.... rawa dari gopeng

cahaya mata ku tercinta


aku.... memang orang rawa bahasakan dirinya aku. lebih mesra. kalau orang lain dengar macam brutal je. Memang mak dengan abah (arwah) pure Rawa. So, sepatuitnyo akupun pandai cakop Rawo.Tapi aku ko merantau ko tompek lain. Poi belaja. Eish malu gak nak cakop Rawo sobob aku indo pandei. Buek digolakkan ughang Rawo jo.

Di Gopeng tu sapo yang indo kona Puti Sahar Banun bt Sutan Arbi (arwah). Itu opah aku. Omak omak aku(Saripah Hidymiah bt Raja Sorah). Aku ko anak ko duo dari onom ughang adeik beradiek. Alamak guna bahasa standard lah. Yang sulung kakak; Noor Mazian, aku, adik Mohd Fazli, Noor Mahani, Noor Suhana dan yang bongsu Noor Asyikin. Arwah abah (Sofian Nazri b Baki) dulu kojo Sojar. Pueh la merantau. Aku sompek la sekolah di Pengkalan Chepa (75-76). Balik Gunung Mesah (Nama kampung aku) aku sambung belaja di SK Kopisan Baru sampai darjah onom. Lopeh tu memang aku tak tinggal lamo di Gunung Mesah....

Aku dapek belaja di MRSM Kuantan (81-85), MRSM Kulim - Matrikulasi (86-87), UKM - First Degree (87-91), UTM - Dip. Ed. (92-93). So kiranya aku ni chekgu la...

Sebonarnyo aku banggo jadi anak rawo. Bahasonyo, gayo hidupnyo terutama makanannyo. ommph... sodap.. Indo buleih lupo konangen mandi sungai masa kocik-kocik dulu. Beghobout buah dughien, mengaik jambu, menjalo udang. Semuo tu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Sekarang abah dah poi menyahut panggilan Ilahi. 25 Julai ni genap 6 tahun abah poi. Tinggal omak sughang-sughang. Adik beradik lain semuonyo kojo & ikut suami. Sesekali ada mak datang ghumah anak-anak. Akupun dah lama tak jumpa mak. Asyik tak berkesempatan je. Bagaimanapun aku tetap rindu dengan semua.

Wednesday, July 16, 2008

try masuk gambar





ala.. ini gambar lama. gambar masa kursus komputer kat sm tok perdana

UPSR trial exam... here it comes...

Today is the second day Ikhwan; my eldest son having his UPSR trial exam. He will sit for Mathematics Paper 1. Yesterday was BM and Math paper 2. I hope he will get the best result. InsyaAllah. Semalam dah pulun buat past year questions. tak tau nak katalah. dah berbuih mulut suruh buat exercises. Tadi ambil dia balik dr sekolah terus report "mak, macam yang kita buat semalam..." haaaa. sebab tu kena rajin buat exercise.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...