Friday, July 25, 2008

Adat berjijak tanah ....suatu yang diwarisi




Izham masa berjijak


Berjijak tanah adalah satu adat yang diwarisi oleh keluargaku dari sebelah emak.Keturunan sebelah emak memang mengamalkan adat ini. Emak adalah pewaris ketiga..maknanya anakku adalah keturunan ke lima. Adat ini adalah satu dari adat yang diamalkan oleh keturunanku sejak lama. Adat berjijak tanah ini akan diadakan selepas kanak-kanak pandai berjalan dan melepasi umur 13 bulan. Itulah yang dilakukan terhadap ketiga-tiga cahayamataku.

Proses berjijak tanah ini dimulakan dengan melihat tarikh bulan Islam. Sebaik-baiknya sebelum 15 haribulan Islam (kata orang bulan tegah naik!). Umur kakak-kanak itu mestilah melebihi 13 bulan. Bak kata orang dah betul-betul masak. Malam sebelum upacara berjijak (biasanya dilakukan pada waktu pagi) akan diadakan upacara berinai.Kanak-kanak tersebut akan diinaikan seluruh jari dan tapak tangan serta kaki. Semasa upacara itu gong akan dipalu dan lilin sebanyak 7 batang akan dinyalakan.
Keesokkan harinya, seawal pagi kanak-kanak tersebut akan dipakaikan dengan pakaian baju melayu lengkap (perempuan berbaju kurung) berwarna kuning. Tempat berjejak dipasangkan lelangit dan diikatkan bendera disetiap penjuru. Tukang jijak (Pak Tua Ajih, kalau dulu arwah opahku) akan menyediakan pekakehnya. Bunga (mesti ada bunga gelinggang atau daunnya), tanah liat, cincin emas, kunyit, lilin, bertih, kasai, limau, tepak sirih. Gong akan dipalu dan kanak-kanak itu akan dipayungkan ke tempat berjejak. Maka upacaranyapun bermula. Pak Tua Ajih akan membaca dan meletakkan cincin dan tanah liat ke tangan, kaki dan kepala kanak-kanak tersebut. Seterusnya menjijakkan kaki kanak-kanak ke bunga dan tanah. Selepas tiga kali, akan dimandikan dengan campuran kasai dan limau. Akhir sekali kanak-kanak itu akan diberi makan nasi berlaukkan gulai ayam (semuanya warna kuning). Boreh rondang yang diisi dalam daun pisang berbentuk kon diagih-agihkan pada tetamu yang hadir.
Pak Tua Ajih akan dibekalkan dengan bertih (boreh rondang), pulut kuning dan ayam panggang. Kanak-kanak perlu berpantang 3 hari sebelum bebas bermain di tanah. Pantangnya ampaian kain.


Next episode will be adat berubat hidung....




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...