Salam sejahtera semua
Biasanya saya menulis di blog dan paste saja di facebook. Haaa.. hari ni terbalik kot pulak.. Entry di facebook saya paste di blog saya.. hehe..
Selamat membaca!
Alhamdulillah.. perkataan yang sering di hati walau jarang diluahkan dari bibir...
Sabtu
22/6/2013 telah selamat diadakan majlis tahlil, doa selamat dan sedikit
jamuan untuk keluarga di Gopeng. Walau agak terkilan kerana tidak dapat
sama-sama mengaminkan doa, namun hati dan fikiran tetap teringatkan mak
di kampung juga adik beradik... Sebenarnya kita hanya mampu merancang,
tetapi hanya Allah yang menentukan. Namun begitu, kerana anak-anak ada
program masing-masing tanpa boleh dielakkan, agak petang baru sampai di
kampung. Masih beruntung kerana ada kakak dan adik-adik yang membantu
emak menguruskan majlis tersebut. Terima kasih semua...
Juga
tetap mengucapkan syukur kerana masih diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bersama adik beradik, (walau tidak semua) dan bermanja-manja
dengan mak yang telah sihat meskipun usianya hampir 72 tahun 14 Julai
ni. Melihat anak-anak riang gembira bermain bersama sepupu sepapat...
mengimbau kenangan sewaktu usia kecil kami. Setiap kali balik kg
berjumpa opah, terutama cuti sekolah atau kenduri kahwin, ada saja yang
kami dan sepupu lakukan.
Sempat lagi bersama memasak laksa
untuk hidangan tengahari. Laksa.. hidangan yang sememangnya digemari
kami adik beradik. Anak-anak dan suami/isteri masing-masing pun "kena
suka" makan laksa.. hihi...
Dah lama sangat tak ziarah
pusara arwah abah... Semalam, sempat bersama mak menziarahi"nya"...
Sedar tak sedar dah hampir 11 tahun abah pergi. Al-fatihah untuk abah..
Sayu
hati ini nak meninggalkan emak di kampung sendirian.. Doa sentiasa
dititipkan semoga Allah sentiasa melindungi emak, diberi kesihatan yang
baik untuk emak terus beribadat kepada Allah dan mendokan kesejahteraan
anak-anaknya...
sesungguhnya redha Allah itu bergantung
kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada
marah kedua ibu bapa.
Emak yang melahir dan membesarkan kami semua... maka wajiblah bagi kami membalas semua jasa emak..
Semoga Allah juga tidak membolakbalikkan hati kami dari berbakti kepada emak...
Kami sayang mak...