Friday, August 31, 2012

Merdeka 55 tahun

Salam sejahtera semua

tahun ini,
31 Ogos 2012 diraikan kali ke 55.
bermakna telah 55 tahun negara kita bebas.
Bebas daripada penjajahan
Bebas memerintah mengikut acuan kita sendiri
Bebas mengamalkan gaya demokrasi
Namun negara unik ini
bebas bermasyarakat majmuk
unik juga pada makanannya
Islam agama rasmi
Bahasa Melayu bahasa rasmi

Semoga negara Malaysia yang dicintai ini kekal aman damai selamanya...



Wednesday, August 29, 2012

Izham n Fadzreez

Salam sejahtera semua

Izham dan sepupunya Fadzreez..
anak saya bersama anak adik lelaki saya

Usia fadreez baru 3 tahun ++
tapi badannya... aduhai..
Gambar ni diambil kat dataran kuala kangsar
lepas makan laksa n cendol..

Peperiksaan Percubaan SPM ~ semoga berjaya

Salam sejahtera semua

Bermula Selasa 28.8.2012  sehinggalah Khamis minggu hadapan,
pelajar saya menjalani peperiksaan percubaan SPM.
Setiap kali peperiksaan, saya sebagai guru memang sentiasa mendoakan kejayaan anak didik saya.

Semoga semuanya berjaya, InsyaAllah..


Monday, August 27, 2012

Aktiviti cuti raya ~ mandi Sg Jahang

Salam sejahtera semua

Setiap kali balik kampung saya di Gopeng, anak-anak memang akan merengek nak mandi sungai.
Kalau bukan di Sg Jahang, kat mana lagi??
Lebih-lebih lagi sepupu; anak-anak along ada sekali..

Masa cuti raya aidil fitri baru ni, kami dah bercadang nak pegi hari Rabu. Dah siap beli KFC, tapi sampai kat situ, hari hujan. memang tak sesuai nak mandi sungai time hujan.
Masing-masing dah tunjuk muka tak puas hati...
Apa lagi, pulun makan kfc kat gerai yg sedia ada..
terus balik..
janji akan datang lagi.

Setelah tertangguh bebeerapa hari, petang jumaat tu kami sempat berkunjung lagi. Bukannya jauh sangat dari rumah mak..

Mandi sakan..

 suka betul izham dapat mandi

 zubaidi (anak adik) dah kesejukkan

 yana (anak along)

siap buat kolam..
senang berendam..

Selepas semua dah puas mandi,
pekena roti canai teh tarik kat gng rapat..
amekkawww..

Salam Aidil Fitri 1433H

Salam sejahtera semua

rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf zahir batin.

Thursday, August 16, 2012

Balik kampung

Salam sejahtera semua

Hari ini bermula cuti sekolah pertengahan penggal ke dua.
Kenapa mula hari Khamis?
Sebenarnya hari ini dan esok adalah cuti berganti bagi sekolah.
Cuti berganti sempena hari raya aidil fitri.

Kami sekeluarga memang merancang untuk berhariraya di kampung. 
Sejak saya berkahwin 17 tahun lalu, setiap kali raya kami akan beraya bersama emak ayah di kampung.
sudah semestinya bergilir-gilir.

Tahun ni giliran kampung suami. Beraya di manapun sama sahaja.Juadah hari raya tetap saya sediakan.
Selesai bersolat sunat aidilfitri, menjamah juadah, bergambar dan menziarah pusara yang tiada.. kami akan berkunjung ke rumah saudara mara.

Saya sangat bernasib baik ketika balik kampung kerana tidak menempuh "traffic jamm".. Kami selalunya menyongsang arus.Lebih selesa bertolak pada sebelah pagi. Kalau boleh pada waktu masih siang. Risau jika apa-apa berlaku jika memandu waktu malam.

Paling penting baca doa naik kenderaan....

Semoga  Allah melindungi kita semua...

Wednesday, August 15, 2012

Tak habis lagi menjahit

Salam sejahtera semua

Hari raya dah semakin hampir..
Saat akhir ramadhan...
kalau boleh tak nak berpisah dengan ramadhan
banyak sangat fadhilat yang tersembunyi..

dalam pada sibuk beramal ibadat mencari pahala dan redho Allah,
persiapan raya nak di ambil kira juga..

Selain baju raya, juadah raya... duit raya
dan pelbagai lagi..
kalau boleh biar bersederhana

 saya beli je kuih raya..
beli yang pasti sedap...

tapi saya jahit sendiri baju raya..
tu yang dah masuk 26 ramadhan, saya tak habis lagi menjahit sebab saya tak banyak masa..
Sayakan kakitangan kerajaan...
hehehe..
Tapi.. malam raya mesti siap..
InsyaAllah..

satu-satunya kad raya untuk tahun 1433H

Salam sejahtera semua

Semalam sebelum balik dari kerja, saya perasan ada kad raya dalam pigeon hole saya.
Ermmm.. kad yang saya nanti.
Saya dah tahu dari siapa..

 Sengaja saya buat alamat tempat bekerja sebab kalau alamat rumah,
takut hilang ...

 Saya jangkakan inilah satu-satunya kad raya yang akan saya dapat untuk tahun ini.
Nak harapkan anak murid saya???
hrmmmmm...

 Klik untuk gambor yang lebih besor, jelas dan nyata..
hehe
:)

Terima kasih saya ucapkan kepada pengacara MH TV3
saudara M. Zulkifli
sebab bg saya kad ni.
Terima kasih..
nanti saya balas.


Monday, August 13, 2012

Penutup Olimpik London

Salam sejahtera semua

LONDON - Sukan Olimpik 2012, temasya kali ke-30, melabuhkan tirai di Stadium Olimpik di sini, dengan Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai johan.

Temasya seterusnya akan berlangsung di Brazil pada 2016.

Putera Harry menghadiri majlis penutup bagi mewakili Ratu Elizabeth II. Britain menjadi tuan rumah buat kali ketiga, sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri dari segi prestasi atlet dan juga persembahan majlis penutup dan perasmian,

Sebagaimana majlis perasmian yang menyaksikan sajian persembahan hiburan dengan kemunculan pelakon dan selebriti James Bond dan Mr Bean, majlis penutup hampir tiga jam, yang direka oleh Kim Gavin, menyatukan semula kumpulan Spice Girls.




Pada jam 11.27 malam (waktu London), bendera rasmi Sukan Olimpik diturunkan dan diserahkan kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge oleh Datuk Bandar London, Boris Johnson.

Satu minit kemudian bendera Brazil dan Greek dinaikkan di stadium menandakan dunia akan 'menuju' ke benua Latin Amerika dalam empat tahun lagi.

Pada temasya kali ini, AS memperoleh 46 pingat emas untuk muncul johan. Johan Sukan Olimpik Beijing 2008, China berada di tangga kedua dengan 38 pingat.

Pasukan tuan rumah mengutip 29 pingat emas.

Malaysia yang memperoleh dua pingat masing-masing satu perak (Badminton- Datuk Lee Chong Wei) dan satu gangsa (Terjun 10m Platform-Pandelela Rinong) menduduki tempat ke-63.




Murtabak

Salam sejahtera semua

Murtabak..
antara hidangan wajib waktu bulan Ramadhan.
Saya dan keluarga memang sangat suka makan murtabak.
Biasa dijual walaupun bukan di bulan puasa..

Saya suka makan bersama bawang cuka..
Boleh dikatakan setiap hari mesti beli. Nak buat sendiri.. boleh.
Tapi bila ada penyakit M....


Thursday, August 9, 2012

Nilai Cinta Mu ~ Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Salam sejahtera semua

Tetiba pulak teringat lagu ni...
Layan je lah..

Sudirman

Nilai Cinta Mu

Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu

( 1 )
Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama
Kuharap dikau pun
Begitu jua

( korus )
Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

( ulang 1 saja )

( korus )
Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...

Wednesday, August 8, 2012

Mengecat rumah ~ alkisahnya

Salam sejahtera semua

Hari ini Rabu 8-8-2012 bersamaan 19 Ramadhan 1433..
bila saya belek-belek fail foto yang dah menimbun dalam lappy saya
saya ternampak  foto al kisah mengecat rumah ni..
Sebelum puasa sagi saya dah pesan pada suami..
kalau nak cat rumah, jangan tunggu bulan puasa
tapi nampaknya..
ermmm..


Sebaik bersahur hari pertama Ramadhan,
suami saya tak sabar tunggu hari siang..
nak pegi beli cat sebab katanya roh mengecat tu dah datang
hahaha..
dia suruh pilih warna, saya kata biru muda..
tapi dia kata nanti warna lama nampak...
"terpulang...."

 menunggu warna cat dicampurkan...


 setelah dicat, dinding yang asalnya hijau muda..
dah jadi oren pekat gelap...
 bila pasang lampu, okay lagi..
bila off???
gelap gelita..
rasa rumah saya sempit..
tapi saya kata mula-mula aja.. tp lama-lama ok la...


tapi suami saya tak puas hati..
esoknya dia terus pegi beli cat lain..


inilah hasilnya...
biru..

dan yang kelakarnya rumah saya dah jadi macam tadika sebab

very colourful...
saya tak kesah..
ada orang yang terlalu tegar dengan pilihan warna
bagi saya, rumahku syurgaku...

Tuesday, August 7, 2012

Duit dan sampul raya

Salam sejahtera semua

Selain dari baju dan biskut raya,
duit raya pasti tidak dilupakan.



Semestinya ramai yang menganggap duit raya tu suatu nostalgia..
Masa kecik kecik dulu, bila ziarah rumah orang
bukannya nak makan sangat. Minum dan tunggu tuan rumah beri duit raya.
Dulu, duit raya 10 sen je.. kalau tuan rumah bagi 50 sen, dah dikira kaya..
Bila zaman dah berubah,
duit seringgit diberi dan dari situ mungkin timbul idea untuk beri sampul raya..

Sekarang, masih lagi menjadi budaya masyarakat Melayu memberi duit raya..
Paling sedikit ialah RM1...
kalau anak saudara.. paling kurangpun RM10...
Tahun ni dah ada not RM20.. mungkin boleh upgrade pulak... hehehehe

Sampul raya cantik-cantik..
Kalau nak free, pergi tukar duit kat bank. Banyak la dapat..
Boleh juga dibeli..
Ada juga yang menjadikan hobi mengumpul sampul duit raya..

Apa-apapun, kita perlu tahu erti sebenar berhari raya..
Yang penting biarlah bersederhana..

Monday, August 6, 2012

Cuti Nuzul Quran

Salam sejahtera semua

hari ini 17 Ramadhan 1433H bersamaan 6 Ogos 2012M

Kami bercuti sempena Nuzul Quran.

banyak sejarah, kelebihan dan fadhilatnya
tentang al Quran..

sedikit perkongsian ilmu tentang Nuzul Quran...

 

Nuzul Al-Quran

 Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Friday, August 3, 2012

Tat Blueberry

Salam sejahtera semua

Hari ni dah masuk Ramadhan ke-14...
Bermakna tinggal lagi 15 hari berpuasa dan Ramadhan akan meninggalkan kita
Syawal pula menjelma..
InsyaAllah.

Seperti kebiasaan..
selain beramal, mencari dan menambah pahala,
suasana berhari raya tidak dilupakan.
Semestinya kuih raya akan disediakan..'
sama ada buat, tempah atau beli saja...

Saya teruja untuk menempah tat blueberry ni bila seorang kawan membawakan sample seminggu sebelum berpuasa. Memang sedap. Saya memang suka biskut tat. Biasanya tat nenas. Tapi yang ni lain sikit. 
Bila tempahan tiba seminggu selepas berpuasa..
godaannya sukar ditepis... Melihat warnanya, lebih-lebih lagi rasanya yg sedap sangat..
aduhaiiii...

Maka selesailah sebekas tat selepas dua minggu puasa...
Bila nak order lagi..
hehehe
"Sori kak! tempahan dah tutup."

Ermmm.. tak ada rezeki..





Thursday, August 2, 2012

Jerebu di Manjung

Salam sejahtera semua

kenapalah agaknya manjung ni asyik kena jerebu sahaja.
Mungkin juga sebab  manjung ni dekat sangat dengan kawasan pembakaran di negara jiran.

Pagi tadi saya keluar bekerja,
tengok langit putih berjerebu..
saya yang dah berumur ni pun rasa sesak nafas..
kesian pulak pada anak-anak kecil dan pelajar sekolah.
Mereka tu lagi senang terdedah pada penyakit
Kalau dah kena asma..
susah la..

Harap-harap dalam masa terdekat ni Allah turunkan hujan..
hujan rahmat ...


Nasi beriani


Salam sejahtera semua

Saya tak pandai nak masak nasi beriani ni..
Terima kasih kepada en gugel sebab "tolong" saya masak.


nasi beriani saya..
saya tak letak pewarna
original guna rempah faiza je..
saya masak beras basmati pack sekilo


dalca ayam


ayam masak merah.
sorry ye sebab qualiti qambar tak cantik
guna hfon cap ayam je...










Pecal

Salam sejahtera semua

bulan puasa ni mesti ramai yang suka makan pecal.
sedap dan menyelerakan...

Masa saya kecik dulu, biasanya mak saya buat  kuah pecal  sendiri.
Tapi saya beli je paste kuah pecal tu 
dan saya tumiskan bawang dan cili dulu, baru masukkan paste kacangnya..
oh ya, saya tambahkan gula melaka dan garam untuk menambah perisa.

bahan sayur dan lain-lain:
kangkung
kacang panjang
taugeh
timun
tauhu
crab filamen

gaulkan semua sayuran (yg telah dicelur) bersama hirisan timun dan tauhu + crab filamen tu

sedia untuk dimakan..


Wednesday, August 1, 2012

Alhamdulillah, murah rezeki

Salam sejahtera semua

Bulan Ramadhan ni bulan penuh berkat.
Selain beramal ibadat, juadah banyak disediakan..

Ramai yang bersedekah..
Ganjaran pahala pasti menanti..
Itu janji Allah..

 semalam.. dapat kurma...

hari ini bubur, nasi dan ayam..

terima kasih daun keladi
kalau ada bagi la lagi..
hehe

 

Welcome August

Salam sejahtera semua




Bulan berganti terlalu cepat sekarang ni..
Tujuh bulan 2012 telah meninggalkan kita
Semoga kita lebih bermuhasabah diri
Menambahbanyak amalan
Menambahbaik kekurangan diri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...