Thursday, June 28, 2012

Persiapan karnival olahraga KVSM 2012

Salam sejahtera semua

Dua tiga hari kebelakangan ni memang agak sibuk dengan sukan.
Banyak sekolah dah bersukan pada minggu pertama buka sekolah selepas cuti penggal pertama dulu.

Sekolah kami akan melangsungkan sukan esok.
Jumaat 29/6/2012
esok sebenarnya cuti peristiwa. maka kami penuhkan dengan mengadakan sukan.
Harap semuanya berjalan lancar.

... dan kami masing-masing sibuk dengan persiapan akhir...
good luck semua..
semoga ruma Beta menang
hehehe..

 

Tuesday, June 26, 2012

26.6 hari lahir arwah abah..

Salam sejahtera semua

hari ini 26 haribulan June
adalah hari lahir arwah abah yang sangat aku sayang...
Sofian Nazri..
nama unik yang diberikan arwah atuk (emak arwah abah)
rasanya tiada nama seindah itu di dunia ini..
walau aku sendiri tidak pasti akan maksudnya..
arwah abah dilahirkan di Kg Gunung Mesah Hilir Gopeng,
Sewaktu lahirnya ke dunia..
ayahnya telah meninggal dunia
tanpa sempat menatap dirinya..

walau arwah abah telah lama meninggal,
25 Julai 2012 ini genap 10 tahun..
tetapi kenangan bersamanya tetap terpahat di ingatan.
Walau sedih, sebak dan terharu
Alfatihah tetap kutitipkan buatmu abah
Semoga abah tenang di sana..


Potret arwah abah sewaktu berusia 25 tahun
Gambar yang diambil pada 16Dec1964
di Kota Bharu Kelantan

Indah Ciptaan Ilahi

Salam sejahtera semua,

Allah maha pencipta
mencipta sesuatu yang sangat indah

tengok langit seawal pagi yang sempat saya rakamkan sekitar seri manjung
masa ni saya nak hantar anak saya ke taska
cantik sungguh awan yang terbentuk tu
elok saja susunannya...

Allah maha besar!

Monday, June 25, 2012

Menggunting kain untuk baju kurung pesak ...

Salam sejahtera semua

Saya memang suka menjahit baju. 
Walaupun hanya pandai menjahit baju kurung pesak,
pandai menjahit mesti seiring dengan mood untuk menjahit
(bermula dari memilih fabrik, menggunting, mencantum dan mengkelim...)

semalam memang mood menjahit saya datang tiba-tiba
sempat saya menggunting 5 pasang kain
untuk baju raya?
untuk baju kerja?
hehehe

yang kelakarnya masa saya menggunting tu..
anak dara saya siap sound saya
"mak! dasar baju mak tu guna kertas surat khabar je ke?"
"okay sangatla tu"
"kenapa mak tak gunakan kertas minyak?"
"kertas minyak kan dah bagi kat nurul, projek KH?"
:)

guna dasar baju ni sangat mudah
dan cepat
sebelum tu saya biasa lukis atas kain,
tapi
lambat..
lagipun ukuran badan saya sama je..
tak berubah..


Friday, June 22, 2012

Lebuh raya pantai timur

Salam sejahtera semua

cuti sekolah yang lalu, kami ke Terengganu. 
Masa nak memulakan perjalanan dan setting gps,
nampaknya kami kena melalui cameron highland, gua musang
1. Jalan Gua Musang - Cameron Highlands sejauh 471 km, memakan masa 7 jam 57 min
2.  Jalan Grik - Pasir Puteh, 517 km, memakan masa 8 jam 39 min
3. Lebuhraua utara selatan terus lebuhraya pantai timur, 676 km, masa 8 jam 50 min



maka, lebiih baik melalui tanjung malim, rasa, genting sempah dan terus ke terengganu..
banyak juga kenderaan sebab hari siang..

Selepas melepaskan hajat di bulatan genting highland,
kami memasuki lebuh raya pantai timur bermla karak.



 Keadaan lebuhraya yang agak sunyi..
nasib baik siang dan tak hujan


Selepas hampir 8 jam kami sampai di Cukai...
Hampir 10 jam perjalanan.. baru sampai ke kuala Terengganu..

Wednesday, June 20, 2012

Nasi Goreng pataya

Salam sejahtera semua

Suami saya memang suka makan nasi goreng pataya. 
jarang sekali kalau makan di luar dia order makanan selain nasi goreng pataya..

jom tengok bagaimana nasi goreng ni disediakan..


Tuesday, June 19, 2012

Saya, nasi dan sambal ikan masin

Salam sejahtera semua

Sejak sekolah penggal kedua ni dibuka, 
saya dah kehilangan idea apa yang nak dihidangkan untuk keluarga saya.
Setiap hari saya membeli lauk di kedai dan hingga hilang punca,
nasi ayam atau McD..

tetiba semalam, tekak saya terasa nak makan
nasi dan sambal tumis ikan masin..
saya mencongak-congak apa yang ada dalam peti sejuk..
ada ikan duri masin , bawang blended, cili kering blended dan beras baru je beli hari minggu yang lalu..
hahaha

cukup la..
seawal 5 pagi saya dah berada di dapur kesayangan saya..
masak nasi, buat sambal tumis, buat roti telur untuk anak n suami sarapan..
dan 
inilah hasilnya
 
simple tapi menyelerakan...


Tutorial jahit manik

Salam sejahtera semua

Saya memang suka menjahit baju. saya hanya tahu jahit baju kurung pesak je..
maka bila pandai menjahit fesyen tu je..
maka saya suka nak menjahit manik
sebab
nak juga nampak cantik di baju tu..
tapi menjahit manik ni sebenarnya kena sabar..

senang je kalau tak pandai..
saya belajar tengok video je..
jom!
 

Sorak Goool bersama Aaron Aziz dan fasha Sandha

Salam sejahtera semua

Demam bola euro 2012 memang sedang melanda rakyat seluruh dunia
sebagaimana hebat jerebu melanda..

jom tengok video ni
enjoy..


Monday, June 18, 2012

Asyik tak sempat

Salam sejahtera semua

Sibuk sangat mengalahkan boss..
di hati tetap ingat,
namun tetap tak sempat nak mencoret sesuatu 

apa-apapun,
tetap cuba meng"update"

jangan marah ye..

Friday, June 15, 2012

Bermula sukan..

Salam sejahtera semua

sukan tahunan bermula.
semalam latihan fasa 1 telah bermula..

walau cuaca agak berjerebu
kami tetap bersukan


Wednesday, June 13, 2012

Saya sangat berkecil hati

Salam sejahtera semua

saya tak kenal awak..
saya tak pernah jumpa awak..
saya tak tau awak siapa
tetapi 
saya tak sangka awak sanggup buat saya begitu..
saya sangat berkecil hati..
apa salah saya?


Tuesday, June 12, 2012

Laksa terengganu

Salam sejahtera semua

Cuti pertengahan penggal baru ni kami pergi jalan-jalan ke terengganu

anak-anak kata;
sakit bontot duduk dalam kereta sepuluh jam!

kami bergerak dari seri manjung perak melalui rasa, batang kali dan genting sempah 
terus kuantan dan terengganu...
memang lama..

menarik,
saya dapat merasa laksa terengganu..

rasa kuahnya macam laksam kelantan
laksanya seperti laksa penang..
tang sambal belacannya yang saya tak tahan..
boleh resdung!

Monday, June 11, 2012

Awak suka saya tak?

Salam sejahtera semua..

Awak suka saya tak?
Ni xihuan wo ma?
hahaha



novel karya Melur Jelita ni sangat besttt
sedutan?
sinopsis?
ok, saya minta izin
untuk copy paste je
dari page 'dia' kat fb
__________________________________________

Sedutan bab 27

"AWAK SUKA SAYA TAK? Lebih sopan....lebih manis....untuk kita yang belum ada apa-apa ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru saya cakap I Love You."

-------------------------------------

Sedutan Bab 46

"Don't you ever disobey me! Jangan cabar I. You belum kenal I siapa! Kali ini, sekali you melangkah tinggalkan I, sepuluh langkah I akan tinggalkan you! You tinggalkan I, I akan tinggalkan you terus! You won't see me again!."

-----------------------------------------
bab 32

Hilman mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya, sebentuk cincin.

" Cuba sarungkan…"
Aku ambil dan masukkan ke jari, muat.

" Cincin apa ini?"

" Cincin tunang kita."

Aku hampir tercekik.

‘ Hilman………mana boleh macam ini? Mak ayah saya tak tahu lagi. Ini cara barat. Saya kurang setuju."
Hilman selamba je, sibuk memecahkan telur ke dalam mangkuk.

" Itu cincin tanda. Bagi saya macam tunang la. Tanda yang awak sudah saya ikat. Yang lain – lain tu adat je. Yang ini antara kita berdua. Pasal mak ayah awak, jangan risau. Nanti saya uruskan. Satu – satu . Banyak sangat hal dan masalah yang berlaku."
Lega…..

Aku menghirup teh o panas perlahan – lahan. Hilman tersenyum ,

" Jangan risau…saya akan uruskan segalanya. Saya nak awak minta cuti setahun dari pihak universiti selepas kita kahwin. Nak honeymoon selama setahun."
Aku hampir tersemburrrrrrrr.

" Honeymoon setahun? Honeymoon apa tu? "
Hilman memandang aku pelik,

" Tak cukup ke setahun? Kalau macam tu hari – hari la kita honeymoon……."
Aku dah tercekik, tersembur dan terbatuk – batuk. Cepat – cepat aku tutup mulut dengan napkin. Tolong!

-----------------------------------------------

Sedutan Bab 35

" Awak suka saya tak? Saya hanya mendengarnya sekali ketika di Masjid Wilayah dulu ..itu pun awak tarik balik."

" Saya tak pernah? "

" Ya…tak pernah. Hanya saya …kadang – kadang rasa malu, seperti bertepuk sebelah tangan. Walaupun hidung saya mancung, tetapi tak best pipi tersorong – sorong. Nasib baik, instinct saya kuat…Saya tahu awak suka saya dari mula kita bertemu di KLCC…kemudian perasaan itu semakin subur dan berkembang walau awak cuba menahannya…menafikannya."
Alamak! Hilman nak dengar ungkapan cinta dari mulut aku pula? Ini yang aku lemah ni. Kalau bab bergaduh berperang boleh la. Hilman masih menanti. Aku segan…lebih – lebih lagi mak ada. Walau pun mak sibuk dengan hal dia…tetapi aku rasa tak sedap pula…rasa macam gatal dan tak hormat orang tua.

" Intan…I’m waiting. Masa berjalan…"

" Saya tak pernah ya?"
Aku ulang lagi. Hilman menggelengkan kepalanya.

" Bukan dah pernah?"
Geleng lagi.

" Sekali pun tak pernah?"
Geleng juga. Nampaknya Hilman tak mahu berkompromi. Aku menarik nafas panjang,

" Nanti saya cakap bila tiba masanya."
‘ Inilah masanya."
Beratnya mulut…..aku berbisik.

" Saya suka awak."

" Sorry……"
Aku kuatkan sedikit suara tetapi tetap berhati – hati, malu kalau mak dengar.

" Saya suka awak.’

" Itu saja? "

" Saya suka awak. Kagum dengan awak. Lelaki pertama dan terakhir ….."
Teruknya ayat aku..langsung tak boleh pakai. Kalau mengurat kuda, kuda pun lari.

--------------------------------------
Sedutan bab 38

Amber merenung aku sinis,

" Who said I tak dapat lelaki itu? You should pity yourself..dapat sisa I."

" Bayangnya pun you tak dapat..sisa konon."
Amber gelak..sebiji macam tukang sihir dengan batang penyapu,

" Well..tak sangka…nampak macam tertutup tetapi berbaloikah bertikam lidah kerana seorang Damien….yang terkenal dengan playboynya? "

" Ermm…I tak bertikam lidah, cuma melayan salakan seekor anjing cacat yang confused gendernya ."
Amber berdiri,

"Well…I knew every inch of Damien. Di mana tahi lalatnya..di mana parutnya. I yang putuskan hubungan dengan dia. Bukan dia yang tinggalkan I. You’re just lucky…you dapat dia because I dumped him… "
Amber melangkah pergi dengan bersahaja,

" Amber darling…"
Aku memanggilnya, dia menoleh.

" Damien darling beritahu saya dia tinggalkan awak sebab awak ada satu tahi lalat yang besar di sebelah kiri punggung awak…sebesar ibu jari, dah la hitam , berbulu pula. Dia geli. " Aku mereka!
Amber berlalu pergi dengan pantas. Jahatnya mulut aku! Habislah Hilman kena sembur dengan Amber!
Ha ha ha ha ha

-------------------------
Sinopsis :

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Judul : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM35
Sabah / Sarawak :RM38

Memang saya bercuti sakan

Salam sejahtera semua

cuti sekolah dua minggu..
memang saya puas bercuti
bercuti sakan..

saya sangat puas hati
sambil melancong
sambil baca buku cerita
sambil shopping...
sesuatu yang saya sangat sukaaaa!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...