Monday, June 25, 2012

Menggunting kain untuk baju kurung pesak ...

Salam sejahtera semua

Saya memang suka menjahit baju. 
Walaupun hanya pandai menjahit baju kurung pesak,
pandai menjahit mesti seiring dengan mood untuk menjahit
(bermula dari memilih fabrik, menggunting, mencantum dan mengkelim...)

semalam memang mood menjahit saya datang tiba-tiba
sempat saya menggunting 5 pasang kain
untuk baju raya?
untuk baju kerja?
hehehe

yang kelakarnya masa saya menggunting tu..
anak dara saya siap sound saya
"mak! dasar baju mak tu guna kertas surat khabar je ke?"
"okay sangatla tu"
"kenapa mak tak gunakan kertas minyak?"
"kertas minyak kan dah bagi kat nurul, projek KH?"
:)

guna dasar baju ni sangat mudah
dan cepat
sebelum tu saya biasa lukis atas kain,
tapi
lambat..
lagipun ukuran badan saya sama je..
tak berubah..


5 comments:

  1. Salam.. Rajin Kak Hazlin.. Nur memang tak pandai menjahit.. Setakat jahit jelujur dan sembat sikit2 tu pandai la... :)

    ReplyDelete
  2. Nur.. setakat jahit utk pakai sendiri.. ok la.. nak ambil tempahan.. tak berani

    ReplyDelete
  3. Nur.. setakat jahit utk pakai sendiri.. ok la.. nak ambil tempahan.. tak berani

    ReplyDelete
  4. da beli mesin jahit tepi ke kak lin?

    ReplyDelete
  5. belum lagi.. entah bila nak dapat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...