Saturday, March 31, 2012

Sangat meletihkan

Salam sejahtera semua

Hari ini sangat meletihkan..
Seawal pagi saya bangun dan bersiap-siap ke SMKKDSK..
hadir ceramah keibubapaan yang diberikan oleh Dr Robiah K. Hamzah.
Saya terlewat hampir 10 minit kerana silap info. Namun masa saya datang, dewan masih kosong 3/4..
Saya terus mengambil tempat duduk dan mendengar serta menghayati setiap patah kata yang dituturkan oleh Dr. Robiah.

Saya terlalu khusyuk sehingga terlupa mengambil gambar penceramah. Maklumlah.. penceramah tu motivator yang famous.. pernah menjadi "boss" rancangan ustazah pilihan.. Ceramah itu diakhiri dengan bacaan doa yang penuh syahdu dan semoga keinsafan dapat diperoleh tambahan pula diiringi dengan hujan  yang turun dengan lebatnya.

Selesai sesi ceramah, saya bergegas pula berjumpa guru kelas anak. Mungkin masih awal, cikgupun belum sampai, saya sempat snap foto kelasnya.
Suami menghantar pesanan ringkas,
"Kami nak pergi makan nasi beriani"
Selepas berbincang tentang pelajaran anak dan  mengucapkan terima kasih, saya bergegas meninggalkan SMKKDSK dan terus balik dan bersama suami dan anak-anak menjamu nasi biriani.



"Nak gunting rambut"
melayan pulak kerenah 2 teruna..
"Nak buat cermin mata baru"...
"Nak ambik lesen"
"nak shopping "
.. dan saya sangat letih...

Kamus dwibahasa

Salam sejahtera semua


Kamus ni saya selalu gunakan. Saya tak beli kamus ni.
Tapi kamus ni saya jumpa dalam kelas selepas selesai SPM.
dah lama.. saya lupa bila..
Saya tahu kamus ni pelajar saya tinggalkan.. sama ada secara sengaja atau tidak, hanya dia dan Allah yang tahu.
Saya ambil dengan niat, semoga ilmu yang saya dapat dari kamus ini, menambahkan pahala kepada pemilik asalnya.. InsyaAllah..

Thursday, March 29, 2012

Paip air bocor

Salam sejahtera semua
Apa dah jadi dengan rumah saya ni?
paip air extra?
bukan... paip air dah bocor..
hampir tenggelam satu rumah.
maka suami sayapun dengan usaha keras...
bekerja.. melaksanakan tugas-tugas ad hoc hehehe..

kesian dia... terpaksa turun naik, panjat memanjat..
syukur saya dianugerahkan suami mithali..


Wednesday, March 28, 2012

Ikan sardin gulai

Salam sejahtera semua..


sejak saya berkahwin, itulah pertama kali saya tau ikan sardin dalam tin ni boleh dibuat gulai..
Suami yang ajar macam mana nak masak. Terpulang nak letak cili api atau cili kering (blended).

Memang sedap terutama bila makan dengan nasi putih berasap!


Tuesday, March 27, 2012

Hujan

Salam sejahtera semua

sehari dua ni kerap juga hujan 
bila selalu sangat panas,
elok juga hujan..
sejuk sikit..

hujan atau panas,
semuanya rahmat dari Allah..


Gerammmnya!!!

Salam sejahtera semua

ermmm alahai..
rasa nak marahpun ye..
rasa sedihpun ye..

bila kerja yang kita lakukan,
dah siap,
dah double triple check
tapi masih salah...

saya nak beri latihan buat anak murid saya,
saya dah check dan terus print..
cukup untuk 22 org..
bila dah siap semua, baru saya perasan..
soalan no. 5 tu pilihan jawapannya salah taip...
urghhh!
 
terima saja..
dan mengaku kesilapan sendiri..

Monday, March 26, 2012

Bukit Merah Laketown

Salam sejahtera semua..

anda semua mesti pernah datang sini kan?

saya selalu lalu je.. tapi tak pernah singgah..

sekadar singgah dan melihat-lihat...


doli ~ kuey teow goreng

Salam sejahtera semua...

saya selalu mendengar perkataan kuey teow doli ni kat mana-mana..
dalam tv, radio, surat khabar
dalam internet jangan cerita le..

saya n famili ke taiping..
terlanjur ke sana atas urusan "sesuatu"
kami nak mencuba..
"apa sangat specialnya???"

macam-macam menu ada..




menu yang kami pesan...
kuey teow goreng biasa dan kuey teow goreng special..
 

 lama juga menunggu.. hampir sejam sebab orang ramai
dan kuey teow ini dimasak satu persatu..

so, ini dia hasilnya...
udangnya siap dikopek..

sedap?
ok la...
perut sedang lapar..

sesiapa yang berminat,, silakan ye..

Friday, March 23, 2012

Rancang masa depan diri dan anak-anak

Salam sejahtera semua,

Alangkah baiknya kita yang bekerja ini melakukan amalan menabung yang baik. Tidak kira untuk diri sendiri atau untuk anak-anak.

Tapi jangan la menabung sendiri ... sebaik-baiknya cara menabung ialah dengan menyimpan melalui pelan takaful yang banyak di malaysia ni. Menabung untuk pendidikan dan kesihatan anak-anak sangat penting. kalau kita simpan sebanyak RM50 sebulan.. setahun dah RM600. sepuluh tahun RM6000. dua puluh tahun RM12000. tanpa sedar, kita dah bersedia menghadapi segala kemungkinan bila anak-anak nak melanjutkan pelajaran.

so, jangan berlengah lagi...hehehe
"sharing is caring"

Ermmmm... nyamannya..

Salam sejahtera semua..

ermmmm...
saya teruja..
sedapnya...

buih-buih nescafe tu dah hilang...

Thursday, March 22, 2012

Tabung

Salam sejahtera semua..











macam-macam bentuk tabung..
menarik dan
kreatif.

menabung amalan mulia. 
paling seronok menabung bila mengira
hasil tabungan..

SPM, antara A dan peluang menyambung belajar...

Salam sejahtera semua...

Alhamdulillah. Ucapan syukur kerana akhirnya pelajar calon SPM 2011 telah mendapat keputusan peperiksaan mereka semalam. Seminggu dua ni tak habis lagi orang nak bercerita tentang SPM result ni.. baik di laman sembang, laman sosial, blog, kat kedai kopi, kat surau.. di mana-mana saja...

"Anak XYZ dapat 7A.. pandai betul"
"Anak BMX dapat 2A saja.."
"Anak PQRS tak dapat apa.. dapat D je banyak.."

itu antara topik yang diperkatakan. Orang tak tanya dah apa yg A apa yg B,C atau D. Yg orang tau berapa banyak A yang dia dapat. Bila dapat banyak A, dialah yang diagung-agungkan, dipuji...

Tetapi hakikatnya, banyak A juga menjanjikan tempat di institusi pengajian tinggi. Ada juga yang banyak A lebih selesa menyambung pelajaran di Tingkatan 6.

Bagi yang "berada" , tiada A juga boleh belajar di IPTSwasta. Boleh ambik apa saja jurusan yang mereka suka.

Walau apa juga keputusan yang diperolehi, mengucapkan syukur kepada Allah, berterima kasih kepada ibubapa, guru-guru, rakan-rakan juga semua yang membantu adalah sangat digalakkan. Setiap usaha yang keras pasti ada ganjaran baik yang akan diterima. kepada yang kurang bernasib baik, cuba perbaiki diri.. mungkin hari esok pula milik anda!!!

Wednesday, March 21, 2012

Jom bayar cukai

Salam sejahtera semua..

Dah buat e-filing?
cukai untuk 2011?
sekarang LHDN dah makin canggih.. selain e-filing, dah ada jugak m_filing . sesiapa yang ada telefon tangan yang canggih, boleh gunakan...



Urusan e-BE dan  e-M(yang tiada punca perniagaan) akan berakhir pada 30 April 2012. Manakala yang ada bisnes tu (e-B, e-P, e-M) sehingga 30 Jun 2012. So ada masa lagi. Lagi cepat anda buat, lagi cepat dapat refund... kalau terlebih bayar la..

Oh ya, kalau dah bayar zakat, jangan lupa buat potongan masa isi borang cukai nanti...

Ini harinya..

Salam sejahtera semua..


 InsyaAllah semua anak didik akan datang ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM 2011..
 Didoakan semoga semuanya beroleh kejayaan..

Tuesday, March 20, 2012

kenduri Kahwin

Salam sejahtera semua,

cuti.. apalagi.. kalau bukan kenduri kahwin. bukan saya yang kahwin tapi saudara mara sepupu sepapat..

pengantin ni,
anak sepupu saya..
pengantin lelaki, Shahreza
ayahnya Moostafa sepupu saya
ayah Moostafa dan emak saya adik beradik..

manakala
pengantin perempuan, Maisarah
emaknya Pidah sepupu saya juga
ayah Pidah dan ayah saya adik beradik..

uniknya pengantin ini mengeratkan hubungan kekeluargaan kami

Tahniah!
semoga jodoh berpanjangan ke syurga..

Kembali bersekolah

Salam sejahtera untuk semua..

Alhamdulillah.. cuti sekolah pertengahan penggal pertama telah berakhir pada 18/3 yang lalu.. dan hari ini dah masuk hari Selasa.

Kalau ditanya pada anak-anak, memang cuti ni tak puas sebab sekejap sangat. Tetapi sekurang-kurangnya boleh la menarik nafas lege sekejap...

Rutin harian akan berjalan seperti biasa.. pagi-pagi menghantar anak-anak sekolah, lepas tu diri sendiri pulak yang bergegas nak bekerja sehingga petang...

Di tempat kerja, walau waktu mengajar tu agak kurang, tapi kerja sampingan tetap diteruskan.
Hari ni ramai pulak "pelanggan" kat bilik aksess ni. Kata nak cari bahan. Buka internet, asyik mengadap fb je.. mungkin bahan banyak kat situ kot.. hehehe.. ada juga pelajar yang rajin datang.. hari-hari muka dia je.. tapi dia dtg memang cari bahan rujukan...

Friday, March 16, 2012

Ayam masak kicap sos tiram

Salam sejahtera semua,

kadang-kadang tak tahu apa yang nak dimasak. Anak-anak memang suka makan ayam. Ayam, ayam, ayam dan ayam.

Selain masak merah, buat pulak masak kicap bersos tiram. buat kuah pekat.. ermmmm...

Thursday, March 15, 2012

Cuti ke kedah

Salam sejahtera semua.

cuti sekolah bermula lagi. Hari Sabtu dan Ahad (10 & 11/3) sempat ke Alor Setar Kedah menghadiri kenduri kahwin anak perempuan kak Zuhuriah aka Ju'o..

Bila lagi nak merapatkan saudara. Arwah emak kak Ju'o dan arwah abah saya adik beradik. Alhamdulillah ramai saudara mara yang kami jumpa kat sana. Selamat pengantin baru juga buat anak buah dan suami.

 paluan kompang menyambut pengantin

 makan.makan.makan

pengantin baru..

Wednesday, March 14, 2012

Sup Kepala Ikan Merah

Salam sejahtera semua..


ramai yang kata tak elok makan kepala ikan. Tapi jika dah mengidam nak makan, nak buat camno?
saya sangat suka makan sup kepala ikan ni sejak kecil lagi. tak kiralah ikan apapun sebenarnya.. masak jenis apapun. tak kisahla...

cuti sekolah bermula, maka bermulalah rutin harian memasak setiap hari.. hehehe
sup ni simple saja. saya masak sup ni campur dengan sayur sekali.. kataorang, all in one..

senang je nak buat.
Bahan2:
  • kepala ikan merah
  • sup bunjut + rempah sup (3 sudu kecil)
  • bawang merah(5 ulas), bawang putih(2 ulas) dan halia(2inci)
  • daun sup/bwg
  • asam keping, garam secukup rasa
Cara masak:
  1. tumiskan bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau tumisan.
  2. masukkan sup bunjut dan rempah sup. kacau dan masukkan air. (agak-agak dalam  5 cawan)
  3. masukkan kepala ikan, sebahagian daun sup/bwg dan biarkan mendidih.
  4. akhir sekali masukkan garam, asam keping dan lebihan daun sup/bwg yang dihiris.
**saya masukkan sekali kobis panjang...

Tuesday, March 13, 2012

17 tahun menyulam cinta

Salam sejahtera semua

Semalam... 12/3/2012, genap usia perkahwinan saya 17 tahun. Saya jarang sangat meraikan hari istimewa seperti ini. Hari Lahirpun saya jarang sambut. Tapi beli juga kek sebagai kenangan sebab nak buat sendiri tak pandai...  malassss  le tu..



perasan tak buah atas kek tu semuanya masam... sebab kek tu tersangat la manisnya..

hari istimewa tu saya cuma masak lauk kegemaran saya iaitu sup ikan merah. ayam masak kicap kegemaran suami dan sedikit ulam-ulaman. dah cukup berselera kami makan. lagipun semalam satu hari hujan dan langit mendung je..

Saya sibuk menyiapkan jahitan saya yang tertangguh. manakala suami sibuk dengan menyudahkan pasang paip air yang dah bocor tu.. alahai.. nak buat camno.. itulah rezeki di hari ulangtahun perkahwinan.

Saya sangat bersyukur dengan rahmat yang Allah berikan kepada saya. punya suami dan anak-anak yang dilimpahi rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga. Semoga niat dan hajat saya yang belum termakbul tu akan di makbulkan Allah secepat mungkin... InsyaAllah.. Amin..


Bila waktu itu telah singkat!

Salam sejahtera semua,
Sejak bermulanya tahun 2012 dua bulan lepas, maka rutin harian saya telah banyak berubah.
Setiap hari bekerja 7:30 - 2:35 (sehari dua 10:00 - 5:40ptg), telah berubah sama sekali.

sekarang bila rutin harian bermula jam 8:00 pagi dan berakhir jam 5:00 petang, masa saya untuk "hobi tercinta" saya telah agak berkurang..  Jika dulu waktu balik bekerja membawa ke waktu asar, saya boleh memotong paling kurang tiga pasang baju.. sekarang? adoyyyyaiiii... sedih juga saya dibuatnya. Kat tempat kerja ni bukan la banyak sangat kerja.. kalau ada, saya suka siapkan cepat-cepat. Bila kerja dah siap, maka sayapun macam tak tau nak buat apa. Ada juga keingainan untuk "menulangbelut", tapi ada pulak yang "berkata-kata"..

sudahnya saya banyak melayari internet... oppsss.. bukan hanya berfb ye... saya suka mencari bahan yang memudahkan saya untuk mengajar. terutama matematik dan sivik. sekurang-kurangnya ada juga idea apa nak ajar murid walaupun saya dah mengajar hampir 20 tahun. tapi kata orang, ilmu kalau semakin kita cari, semakin kita tak tahu...

mungkin waktu melayan "hobi" semakin singkat, namun banyak pulak kat tempat lain... so, win-win situation le agaknya.. heheh

Friday, March 9, 2012

Bunga-bunga syurga - slot zehra tv3

Salam sejahtera..


slot zehra baru selepas dingin lavenda

Sinopsis Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra TV3
Kisah bermula dengan perjuangan seorang pemuda yang menyelamatkan tiga anak yatim piatu setelah dianiayai saudara mereka yang kejam. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12.
Mereka bakal mewarisi harta jutaan ringgit, namun bapa saudara mereka, Azmin dan isterinya, Baidah sanggup mengkhianati amanah tersebut apabila mengambil sebahagian daripada harta anak yatim ini.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak Baidah dan menyebabkannya lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka. Ini membuatkan Azmin mula insaf dan kembali ke jalan ALLAH SWT.
Kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia, memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq.
Kecewa dengan perbuatan ibunya, Aiman bertindak membawa anak yatim ini keluar dari rumah itu.
Atas bantuan Haji Halim (Datuk Eizlan Yusof), Aiman berjaya meneruskan misinya. Namun Haji Halim pula mahu bermenantukan Aiman untuk anak gadisnya, Shaffiyah (Wawa Zainal).
Apabila melihat gambar Shaffiyah. Aiman terkejut kerana gadis itu adalah Sofea, perempuan simpanan bapanya, Azmin.
Apakah yang berlaku?
Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra TV3
Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim dan Datuk Eizlan Yusof
Saksikan Bunga-Bunga Syurga, di slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam bermula malam ini, 9/3/2012.

Selamat Hari Wanita

Salam sejahtera..

selamat hari wanita diucapkan kepada semua wanita seluruh dunia.






alhamdulillah dilahirkan sebagai wanita..

Thursday, March 8, 2012

SBPA dibatalkan.. SSM diteruskan

Salam sejahtera semua

Baru sebentar tadi DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembatalan SBPA (Sistem Baru Perkhidmatan Awam) dan diteruskan SSM (Sistem Saraan Malaysia)

Semua(kumpulan 1-54) dinaikkan gaji sebanyak  13% dan semua elaun dikekalkan..

*terima saja..

Rezeki di pagi hari

Salam sejahtera semua..
 
Hari ini saya tersasul tulis status fb saya.
"alhamdulillah rezeki pagi jumaat. tq my dear student.. :) — at kolej vokasional seri manjung."
hari ni kan baru hari khamis..  hahahha
saya terlalu teruja sebab minggu depan nak cuti sekolah hehehe. 
 terima kasih sekali lagi buat anak didik saya, baron kerana sediakan saya sarapan selepas saya berpenat lelah mendidik dan mengajar beliau dan rakan-rakan. Alhamdulillah.. Baron ni anak piatu (ibunya telah meninggal dunia dan tinggal dengan nenek). Neneknya memang rajin berkongsi "rasa" bersama guru yang mengajar cucunya..
InsyaAllah, saya pun akan cuba  mengikut amalan yang baik ini...

Wednesday, March 7, 2012

sibuk..

Salam sejahtera semua

sibuk sangat saya minggu ini. macam-macam hal.. macam tak menang tangan..
minggu depan dah nak bercuti.. bila datang cuti, memang saya benar-benar bercuti..

minggu ni anak murid saya exam. saya kesian tengok mereka sebab time exam sempat lagi mereka merehatkan minda dan badan. sekolah 8-5 mungkin tak sesuai bagi pelajar vokasional. saya doakan mereka semua berjaya..


Saturday, March 3, 2012

Awas! Bila hati dah sayang

Salam sejahtera semua..

ini buku terbaru..


sinopsisnya:
Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?

Judul : Awas! Bila Hati Dah Sayang
Penulis : Tinta Biru
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26

Sekolah ganti

Salam sejahtera semua..

hari ini bersekolah di hari sabtu sebab menggantikan cuti tahun baru cina yang lalu.. masa cuti tak ingat! bila kena ganti cuti.. bising merungut pulak.. hehehe

tapi ok jugak pegi sekolah..
boleh siapkan kerja sekolah yang tertangguh..
mungkin hal ehwal rumahtangga yang akan tertangguh pulak
apa-apapun redhalah...

time cuti dulu sempat ke zoo taiping..

Thursday, March 1, 2012

Tahniah Mawi Ekin! Jom tengok gambar baby girl..

Salam sejahtera.


alhamdulillah...
CAHAYA MALAIKA
nama diberi.
semoga
abi dan ummi
bahagia dengan kurniaan ini.

Menu tengahari saya yang simple

Salam sejahtera semua

 saya dah jemu sangat-sangat makan di kafeteria kolej ni. Bila saya tengok lauk yang ada kat situ, terus hilang selera.
"Alangkah bagus kalau saya sempat masak pagi tadi...."
mana nak sempat kalau bangunpun dah subuh gajah...
sekurang-kurangnya saya menanak nasi dan cukup sekadar buat ikan masak kicap!

tetapi kalau datang sang rajin, sudah tentu saya boleh sediakan ayam masak kurma atau sambal tumis udang petai...
"ermmmm... nasi putih dengan ikan masinpun sedap!"


** sekadar tumis sawi dan ayam masak kurma..

bULAN mAC

Salam sejahtera semua



dah masuk bulan mac.
semoga kita boleh bertambah baik dari bulan feb.
insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...