Salam sejahtera semua
Hari ini sangat meletihkan..
Seawal pagi saya bangun dan bersiap-siap ke SMKKDSK..
hadir ceramah keibubapaan yang diberikan oleh Dr Robiah K. Hamzah.
Saya terlewat hampir 10 minit kerana silap info. Namun masa saya datang, dewan masih kosong 3/4..
Saya terus mengambil tempat duduk dan mendengar serta menghayati setiap patah kata yang dituturkan oleh Dr. Robiah.
Saya terlalu khusyuk sehingga terlupa mengambil gambar penceramah. Maklumlah.. penceramah tu motivator yang famous.. pernah menjadi "boss" rancangan ustazah pilihan.. Ceramah itu diakhiri dengan bacaan doa yang penuh syahdu dan semoga keinsafan dapat diperoleh tambahan pula diiringi dengan hujan yang turun dengan lebatnya.
Selesai sesi ceramah, saya bergegas pula berjumpa guru kelas anak. Mungkin masih awal, cikgupun belum sampai, saya sempat snap foto kelasnya.
Suami menghantar pesanan ringkas,
"Kami nak pergi makan nasi beriani"
Selepas berbincang tentang pelajaran anak dan mengucapkan terima kasih, saya bergegas meninggalkan SMKKDSK dan terus balik dan bersama suami dan anak-anak menjamu nasi biriani.
"Nak gunting rambut"
melayan pulak kerenah 2 teruna..
"Nak buat cermin mata baru"...
"Nak ambik lesen"
"nak shopping "
.. dan saya sangat letih...
memang meletihkan tetapi seronok banget kann...
ReplyDeleteBiasalah tu kak.. Tak mengapa, Kak Hazlin boleh berehat secukupnya di hujung minggu.
ReplyDelete