Wednesday, February 29, 2012

Follower saya yang ke 545

Salam sejahtera semua

rajin sungguh blogger-bloger berblogwalking datang blog saya.
Sayapun suka juga tetapi agak kekurangan masa.
Walaubagaimanapun, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah.

Saya nak kongsi tentang follower saya yang ke 545.

 sweet mummy
juliaakmal
Tegas tapi Penyayang , suka yang simple2,
 Suri kepada suami tercinta , 
ibu kepada 3 permata hati. 
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.........

 jom singgah ke blog nya..

Tarikh 29 Februari.. istimewa ke?

Salam sejahtera semua,
tarikh 29 Februari hanya akan muncul empat tahun sekali dalam kalendar Masihi..

Menurut wikipedia,
 29 Februari adalah hari ekstra yang ditambahkan pada akhir bulan Februari pada setiap tahun kabisat, yang merupakan hari ke-60 pada tahun kabisat dalam kalendar Gregorian.

Tanggal ini hanya ada pada tahun yang angkanya habis dibagi 4 seperti 1992, 1996,2004, 2008, 2012, serta pada tahun abad yang angkanya habis dibagi 400 seperti 1600 dan 2000.Tahun1800 dan 1900 bukan tahun kabisat karena walaupun angkanya habis dibagi 4 namun merupakan tahun abad yang tidak habis dibagi 400.

Orang-orang yang berulang tahun pada tanggal 29 Februari dapat merayakannya pada 28 Februari atau 1 March.

Saya secara peribadi ada seorang adik yang lahir pada 29 Februari tetapi bila mengenangkan tarikh itu muncul empat tahun sekali, terpaksalah letak tarikh 1 March sebagai tarikh lahirnya..
Istimewakah mereka? 

 happy birthday kepada semua yang menyambutnya hari ini..

Demam

Salam sejahtera semua,

penutup bulan Februari ni ramai sangat yang demam. bermula dengan Ikhwan , Nurul, Izham dan hari ni suami pulak.  Mungkin faktor cuaca memainkan peranan.. panas hujan bersilih ganti.. Air sejuk ais sedap diminum.. Mulalah sakit tekak dan batuk serta bersin silih berganti.

Alahai.. bila dah demam... makan tak lalu.. Sebagai ibu dan  isteri, banyak la kena ambil alih peranan..
jangan pulak lepas ni emaknya pulak yang demam... kalau emaknya demam, harus dapur pun belum tentu berasap!
hehehe..

Tuesday, February 28, 2012

Jom kita tengok gaji kita berapa ringgit?

Salam sejahtera semua..
hari ni dah 28/2/2012
esok 29/2/2012 - tarikh di tahun lompat
selepas tu dah masuk bulan march.

hari khamis lepas dah dibayar gaji bulan februari..
dah dapat gaji.. tapi tak pernah semak kot?
oppsss.. maaf ye..
kalau bukan bekerja "gomen" mintak maaf ye.

hanya pekerja "kakitangan awam" je tau!

boleh klik kat gambar di bawah




atau klik kat sini tau!

jangan lupa print untuk simpanan sendiri
atau
copy je fail dlm komputer memasing..
lepas tu jangan lupa isi borang cukai ye..

Monday, February 27, 2012

LARIAN KV 2012

Salam sejahtera semua

pada Khamis,23/2/2012 yang lalu, kolej vokasional seri manjung sempat lagi mengadakan larian KV untuk tahun ini..




Tentang Wanita

Salam sejahtera semua

TENTANG WANITA.

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Friday, February 24, 2012

Gambar pernikahan Lisa Surihani dan Yusry

Salam sejahtera semua 



Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Lisa Surihani Mohamed,26, sah menjadi milik penyanyi KRU, Yusry Abdul Halim,39.
Tahniah diucapkan!
Mereka dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed  dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa di Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya selepas Solat Isyak semalam.

 Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, Lisa juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sebagai balasan, Lisa menghadiahkan sembilan dulang hantaran.

 Majlis persandingan  Lisa Surihani Dan Yusry  akan diadakan pada satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.

banyak lagi gambar di ohbulan!

Jom mengaji

Salam sejahtera semua

jom baca

alangkah baiknya
setiap hari membaca al-Quran..
banyak pahala dan syafaat yang boleh kita dapat.



Wednesday, February 22, 2012

Lisa Surihani mandi bunga ~ sedia untuk menikah

Salam sejahtera semua..

Ramai dah sedia maklum bahawa Lisa Surihani akan adakan Majlis Bersiram, Berinai juga Khatam Al-Quran sebelum Majlis Perkahwinannya..





Pelakon Lisa Surihani  akan bernikah dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada Khamis 23/2/2012 (esok).
Selamat pengantin baru diucapkan. Semoga jodoh mereka kekal dunia akhirat..
secara peribadi saya lihat pasangan ini secocok sangat...

Tuesday, February 21, 2012

21.02.2012

Salam sejahtera..

21022012
nombor yang menarik
Tarikh palindrome..
Palindrome?
Palindrome ialah nombor yang boleh dibaca dari depan sama,dari belakang pun sama.

macam katak
eja dari depan pun sama eja dari belakang..

apa-apa aja..
 
 

Monday, February 20, 2012

Latiff Ibrahim meninggal dunia

salam sejahtera semua

setiap yang hidup pasti merasai mati. Innalillahhiwainnailaihirajiun.

Allahyarham Latiff Ibrahim meninggalkan kita semua pada jam 6 petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Al-fatihah.


Penyanyi yang juga pelakon ini kali terakhir muncul bersama filem 4 Madu di sekitar tahun 2010 & berusia 62 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir beliau. Allahyarham adalah adik kepada pelakon Sofea Ibrahim dan abang kepada penyanyi Katijah ibrahim. Takziah buat keluarga Latiff Ibrahim. Al-fatihah.

Dah kemas, tapi ...

Salam sejahtera semua

tak habis-habis lagi mengemas.. mengemas untuk 5S...
buhsan la...

sudahnya  mengajar ke mana, pelajar ke mana....
cikgu asyik sapu, sisih, susun, seragam, sentiasa amal..
core-business yg sepatutnya... dah jadi nombor corot...


meja kerja ni nampak dah cantik.. tapi tak memenuhi kriteria 5S...
adoyyya...
dah kemas.. tapi.... ermmm

Saturday, February 18, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SMKKDSK

Salam sejahtera semua..
terasa lelahnya dah dua minggu berturut bekerja hari sabtu..

hari ini.. seawal pagi hadir ke smk kg dato' seri kamaruddin untuk mesyuarat agung PIBG. Bukan sekadar menjadi ibu kepada anak yang bersekolah di situ.. tetapi sebagai AJK (penaja) PIBG, haruslah hadir tanpa gagal..


selepas mendaftarkan diri dan mengambil tempat duduk yang sepatutnya, saya terus khusyuk meniti agenda demi agenda.. sehinggalah tiba waktu kudapan.. hehehe.. maklumlah perut dah mula berkeroncong. Selesai melapik perut, mesyuarat diteruskan sehinggalah agenda membubar ahli lama dan melantik ahli yang baru...


 

 


"AJK lama sila berada di luar dewan" begitu kata-kata mantan nydp penaja pibg.
saya dan Zuraidah terus meninggalkan kerusi kami dan saya terus mencari bilik air bagi melunaskan hajat...
detik berlalu sehinggalah selesai melantik ajk baru dan saya sudah tidak pedulikan nama yang tertera di papan putih..
"alhamdulillah.. tahun depan boleh berehat" saya berkira-kira dalam hati.. maklum saja sejak sekolah saya sudah dinaiktaraf menjadi kolej, tugas juga bertambah dan jam bekerja sudah menjadi 8 to 5... bagaimana nak agih masa untuk tugas lain pulak..

saya masih lagi menunggu sehingga semua agenda yang dirancang selesai. dari hadiah cabutan bertuah (saya tak bertuah kali ni.. hehehe) sehinggalah sesi bergambar. bila saya hendak melangkah balik..
"eh! kak lin, nama kak lin ada la AJK tahun ni,,,", zuraidah menunjukkan ke arah papan putih yang tertera nama saya..
"alamak!... ye ke? tadi akak tak ada dalam dewan.. camno nama boleh naik?"
"tak apalah, kalau betul mesti dorang bagi surat dtg mesy dan okaylah... akak terima demi kebajikan sekolah anak..."
saya terus menuju kereta untuk balik ke rumah. sambil menjeling jam di dashboard... 1:45 pm..

Tuesday, February 14, 2012

Sarung bantal baru...

salam sejahtera semua..

minggu lepas, sempena cuti maulidur rasul dan bersambung pulak dengan cuti thaipusam... saya sempat balik ke kampung saya di gopeng.

alhamdulillah.. hampir semua ahli keluarga saya balik dan dapat berkumpul.. bukan senang nak kumpul ramai-ramai ni tau. masa rayapun tak tentu lagi semua dapat balik..

saya seronok bercampur gembira sebab dapat dua sarung bantal baru.. hasil jahitan ibu tercinta..
sampai di rumah, saya terus sarungkan .. bantal saya dan suami... hehehe

saya suka n saya sayang mak saya..

cantikkan?!

Monday, February 13, 2012

Rezeki jangan ditolak

Salam sejahtera semua

 rezeki jangan ditolak. orang memberi kita merasa...
terima kasih anak didik yang prihatin.

Aku, kolej dan 5S

Salam sejahtera semua...

mesti ramai dah tahu apa tu 5S..
alaaaa... yang sisih, sapu, susun, seragam dan sentiasa amal tu..

hari sabtu 11 feb 2012 sabtupun sekolah?  yang lalu.. kerana menyahut saranan semua pihak.. kamipun bergotong royong.. ... tiada istilah sayang dalam 5S.. buang semua barang yg out of date! hehehe




konsep 5S ni kita memang dah buat .. tapi mungkin tidak sepenuhnya.. cuma kita perlukan penambahbaikan...

Wednesday, February 8, 2012

Novel Fauziah Ashari ~ Kan Kukejar Cinta Kamu

Salam sejahtera..

cuti hujung minggu yang lama..
sempat lagi ke kedai buku
sambil makan angin dengan adik dan kakak




nampak novel ni terus beli
RM 28.90  dapat RM21.00
mungkin tengah promosi kot
dengan halaman 795
aduhai.. lamanya nak habiskan..

penulis novel ombak rindu...
juga penulis novel ini..
ok, ini sinopsisnya...
Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...

--------------------------

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

-------------------------

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

----------------------------
“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

selamat membaca...

Thursday, February 2, 2012

Novel aisya sofea - uda dan dara

Salam sejahtera semua




saya sedang dalam proses membaca novel ini
masih di peringkat awal..

sinopsisnya:
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Wednesday, February 1, 2012

Projek kenali saya

Salam sejahtera semua..

saya jarang bercerita tentang anak murid saya di sini.. Entah kenapa.. dulu masa mula-mula berblog, ghairah juga. Tapi mungkin selepas "ditegur" tentang keikhlasan dan ketulusan saya.. maka saya seakan-akan "merajuk"... terus saya "malas" nak bercerita lagi...

tapi kali ni, saya ingin sekali berkongsi kisah hidup bersama anak didik saya... sebab sekarang saya dah mengajar subjek yang bukan opsyen saya.. saya suka mencuba sesuatu yang baru. Mengajar subjek sivik, suatu cabaran bagi saya. Walau ada yang akan berkata:
"setakat sivik.. bukan ada exampun.. ajarlah add math ke.."

untuk pengetahuan semua, saya dah berbelas tahun mengajar matematik. add maths pun biasa..
cuma dua tahun kebelakangan ini saya mengajar mp komputer... dan tahun ni saya kembali mengajar matematik dan sivik.

sebentar tadi saya ada kelas dengan pelajar 5pk.. sebenarnya saya nak mereka buat pembentangan tentang pembelajaran sepanjang hayat. tetapi kerana ada masalah teknikal, rancangan saya tu terpaksa dibatalkan. Saya cadangkan kepada mereka supaya ceritakan tentang diri masing-masing dan bayangkan hal diri mereka lima tahun akan datang... macam-macam gelagat...

 pelajar saya ada 25 orang

 elmika sedang beraksi.. susah betul nak tunjuk muka

 najmi syamimi nak jadi polis





 baron nk jd businessman



semoga mereka semua berjaya kelak..

Keputusan Peperiksaan SPM 2011

salam sejahtera semua

Keputusan peperiksaan SPM 2011 akan diumumkan pada 22 Mac 2012 bersamaan hari khamis. 
Sejumlah 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,533 pusat seluruh negara.

Sama-sama kita tunggu dengan perasaan penuh debar..

Semoga anak didik saya beroleh kejayaan yang cemerlang..

[Gambar] pra perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai

... dah merata-rata gambar pra perkahwinan pasangan sensasi ni di internet.. betul atau tidak tu.. wallahualam...

saya suka juga tengok drama yang dilakonkan oleh pelakon ni...terutama drama chinta...

ok.. kalau nak tengok foto menarik.. jom ke blog bulan purnama..

tahniah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...