saya jarang bercerita tentang anak murid saya di sini.. Entah kenapa.. dulu masa mula-mula berblog, ghairah juga. Tapi mungkin selepas "ditegur" tentang keikhlasan dan ketulusan saya.. maka saya seakan-akan "merajuk"... terus saya "malas" nak bercerita lagi...
tapi kali ni, saya ingin sekali berkongsi kisah hidup bersama anak didik saya... sebab sekarang saya dah mengajar subjek yang bukan opsyen saya.. saya suka mencuba sesuatu yang baru. Mengajar subjek sivik, suatu cabaran bagi saya. Walau ada yang akan berkata:
"setakat sivik.. bukan ada exampun.. ajarlah add math ke.."
untuk pengetahuan semua, saya dah berbelas tahun mengajar matematik. add maths pun biasa..
cuma dua tahun kebelakangan ini saya mengajar mp komputer... dan tahun ni saya kembali mengajar matematik dan sivik.
sebentar tadi saya ada kelas dengan pelajar 5pk.. sebenarnya saya nak mereka buat pembentangan tentang pembelajaran sepanjang hayat. tetapi kerana ada masalah teknikal, rancangan saya tu terpaksa dibatalkan. Saya cadangkan kepada mereka supaya ceritakan tentang diri masing-masing dan bayangkan hal diri mereka lima tahun akan datang... macam-macam gelagat...
pelajar saya ada 25 orang
elmika sedang beraksi.. susah betul nak tunjuk muka
najmi syamimi nak jadi polis
baron nk jd businessman
semoga mereka semua berjaya kelak..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.