terasa lelahnya dah dua minggu berturut bekerja hari sabtu..
hari ini.. seawal pagi hadir ke smk kg dato' seri kamaruddin untuk mesyuarat agung PIBG. Bukan sekadar menjadi ibu kepada anak yang bersekolah di situ.. tetapi sebagai AJK (penaja) PIBG, haruslah hadir tanpa gagal..
selepas mendaftarkan diri dan mengambil tempat duduk yang sepatutnya, saya terus khusyuk meniti agenda demi agenda.. sehinggalah tiba waktu kudapan.. hehehe.. maklumlah perut dah mula berkeroncong. Selesai melapik perut, mesyuarat diteruskan sehinggalah agenda membubar ahli lama dan melantik ahli yang baru...
"AJK lama sila berada di luar dewan" begitu kata-kata mantan nydp penaja pibg.
saya dan Zuraidah terus meninggalkan kerusi kami dan saya terus mencari bilik air bagi melunaskan hajat...
detik berlalu sehinggalah selesai melantik ajk baru dan saya sudah tidak pedulikan nama yang tertera di papan putih..
"alhamdulillah.. tahun depan boleh berehat" saya berkira-kira dalam hati.. maklum saja sejak sekolah saya sudah dinaiktaraf menjadi kolej, tugas juga bertambah dan jam bekerja sudah menjadi 8 to 5... bagaimana nak agih masa untuk tugas lain pulak..saya masih lagi menunggu sehingga semua agenda yang dirancang selesai. dari hadiah cabutan bertuah (saya tak bertuah kali ni.. hehehe) sehinggalah sesi bergambar. bila saya hendak melangkah balik..
"eh! kak lin, nama kak lin ada la AJK tahun ni,,,", zuraidah menunjukkan ke arah papan putih yang tertera nama saya..
"alamak!... ye ke? tadi akak tak ada dalam dewan.. camno nama boleh naik?"
"tak apalah, kalau betul mesti dorang bagi surat dtg mesy dan okaylah... akak terima demi kebajikan sekolah anak..."
saya terus menuju kereta untuk balik ke rumah. sambil menjeling jam di dashboard... 1:45 pm..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.