Friday, February 24, 2012

Gambar pernikahan Lisa Surihani dan Yusry

Salam sejahtera semua 



Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Lisa Surihani Mohamed,26, sah menjadi milik penyanyi KRU, Yusry Abdul Halim,39.
Tahniah diucapkan!
Mereka dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed  dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Tuan Haji Halim Mat Isa di Putrajaya Ballroom, Hotel Marriot Putrajaya selepas Solat Isyak semalam.

 Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan. Selain itu, Lisa juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan sebagai balasan, Lisa menghadiahkan sembilan dulang hantaran.

 Majlis persandingan  Lisa Surihani Dan Yusry  akan diadakan pada satu majlis resepsi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.

banyak lagi gambar di ohbulan!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...