Tuesday, October 28, 2008

Guna kad kredit dengan bijak




Walaupun kad kredit banyak gunanya, namun ia seringkali menjadi punca kepada masalah kewangan sewaktu membayarnya. Ramai rakyat Malaysia suka membayar nilai minima yang mana akan menyebabkan hutang kad kredit itu bertambah. Oleh kerana transaksi kad kredit ini tidak melibatkan wang tunai, ia akan mendorong orang ramai untuk berbelanja ‘lebih’ berbanding transaksi wang tunai sehingga ‘tiada kawalan’.

Transaksi tanpa menggunakan wang tunai ini mungkin membuatkan pengguna kad kredit tidak terasa yang wang itu sedang ‘terbang melayang’ dari saku pendapatan mereka.
Hakikat ini memang sudah cukup membimbangkan, namun padahnya adalah apabila mereka tidak dapat membayar bil sepenuhnya. Dan selagi ada baki tertunggak di dalam bil, maka selagi itulah syarikat kad kredit senang hati. Mereka boleh mengenakan ‘bunga’ faedah yang amat tinggi kepada penghutang kad kredit ini. Keadaan inilah yang menjadi idaman kerana ia amat menguntungkan mereka; sekiranya mereka mengenakan faedah sebanyak 2% setahun.

Cara yang paling selamat untuk tidak berbelanja lebih dengan menggunakan kad kredit adalah dengan menggunakan satu sahaja kad kredit dan 1 kad debit. Cuba motivasikan diri supaya hanya menggunakan kad kredit hanya ketika kecemasan sahaja.


Selalulah guna kad debit. Kalau nak guna wang tunai, tentu menyusahkan kalau membawa wang yang banyak dalam saku, kan? Jadi, apabila kita menggunakan kad debit, ia bergantung kepada jumlah dalam akaun kad debit kita untuk berbelanja. Seboleh - bolehnya, jangan jadikan menggunakan kad sebagai amalan. Gunalah wang tunai bagi urusan belian yang kecil. Selalu tanamkan sifat jangan berbelanja lebih.


Bagi mereka masih berfikiran waras, anda boleh menggunakan kad kredit dan kad debit dengan baik. Anda hanya perlu ‘belajar’ menggunakannya dengan bijak dan berhemat. Ia bererti :

>>membeli seolah - olah kita menggunakan wang tunai.
>>membayar bil sepenuhnya sebelum tarikh matang, dan
>>mengelak menggunakan kemudahan pendahuluan wang tunai.


Sebenarnya, seseorang itu memerlukan satu kad kredit sahaja. Dan yang paling penting, cajnya jauh lebih murah. Ini adalah kerana anda berkemungkinan berbelanja lebih apabila memiliki lebih dari satu kad kredit. Oleh sebab anda sudahpun membayar yuran keahlian tahunan dan belanja - belanja sampingan yang lain, anda berasa wajar untuk berbelanja semata - mata kerana mahu menggunakan kad tambahan itu. Ini bermakna lebih banyak wang yang akan mengalir keluar.

2 comments:

  1. salam kak.. salam ziarah.. ade masa, jalan2 la blog mar pulak yer..

    ReplyDelete
  2. ungu violet,
    terima kasih sudi ziarah. boleh akak panggil Mar ye... ada masa akak ziarah.:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...