Saturday, May 31, 2014

Kasut

Salam sejahtera semua,


Oh! saya memang suka beli kasut. Walau kasut tu harganya sekadar 3 ringgit... kalau saya suka saya beli. Tapi kasut yang paling mahal saya beli hannya berharga RM200 sahaja.. haha

Tapi saya memang ganas pakai kasut. Sebab tu saya tidak menyimpan kasut tu lama... Saya beli, pakai sampai rosak dan saya buang... then saya beli lagi...

Sebab tu almari kasut saya tidak pernah penuh...

Ubat mujarab untuk sakit lutut

Salam sejahtera semua..

Pada tahun 2011 saya telah mengalami sakit lutut yang kronik. Sakit itu berulang-ulang hingga ke tahun 2013.. Pada mula sakit, memang saya menggelabah sebab sakit lutut tu menjalar-jalar ke sebahagian sendi badan seperti pergelangan tangan, kaki dan bahu. Saya ke klinik dan hospital. Ubat-ubat memang tak boleh nak katalah.. Bukan setakat ubat je saya sapu dan telan, kata-kata "nista" dari seorng doktor (lelaki) yang paling pahit untuk ditelan. Geramnya saya, hanya Allah yang tahu. Tambahan pulak doktor L itu seorang berbangsa I... oh.. sabarlah wahai hati... [tapi biar lah saya simpan saja kata nista doktor itu]

Kerjaya saya sebagai seorang pendidik, pastinya memerlukan saya memanjat tangga setiap hari ke bilik mengajar. Paling perit apabila hendak turun tangga.. Macam nak tercabut lutut. Kalau nak solat, memang saya hanya sembahyang duduk. Puas berubat "moden", saya cuba cara tradisional dengan mak ngah saya. Alhamdulillah.. sedikit sembuh walau sesekali bila ter"langgar  pantang", lutut kembali bengkak dan sakit..

Alhamdulillah, Allah memberi saya ruang untuk mengecap nikmat sihat. Selain tidak putus berdoa kepada Allah, [saya mengamalkan bacaan doa syifaq, sapukan kapur sirih yang diperah asam limau di sekeliling lutut], saya telah mengambil supplement JOINT HEALTH TABLET :shaklee..




Saya hanya mengamalkan sebiji pagi dan sebiji malam. Tanpa putus sehingga sebotol setengah sahaja.. Alhamdulillah saya sihat.  Sesekali terasa sakit, saya ambil sebiji saja sehari. Syukur, saya dah boleh sembahyang berdiri dan dah boleh berlari/bersukan/berjogging dan dah boleh berhigh heels.. hehe..
Yakinlah... tiada penyakit tanpa ubat/penawar... kecuali mati..

Thank you Allah.. :)

Raja Dr Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak ke-35

Salam sejahtera semua,




Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat pada Rabu, 28 Mei 2014.

Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah,  pada jam 3.14 petang keesokkan harinya, 29 Mei 2014 sebelum Almarhum ayahandanya Sultan Azlan dimakamkan.


Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin.


Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah: "Bismillahirrahmanirrahim... adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah."

Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat.

Sultan Dr Nazrin Shah kemudian meletakkan tangan kanan baginda atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman.

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Bedilan itu bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana, merendah diri dan berjiwa rakyat.

Sultan Nazrin Shah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, telah melanjutkan pelajaran menengah di St John Institution.
Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University.

Sultan Nazrin Shah yang berkahwin dengan Tuanku Zara dan mempunyai seorang putera, Raja Azlan Muzaffar Shah, empat tahun, dan seorang puteri, Raja Nazira Safya, dua tahun, dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34 pada 16 Februari 1984. 

Semoga Sultan Nazrin akan memerintah negeri Perak dengan adil sebagaimana almarhum ayahanda baginda, amin...

Friday, May 30, 2014

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan

Salam sejahtera semua




Kuala Kangsar  -  Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan bersebelahan Masjid Ubudiah di sini kira-kira 6.25 petang tadi.
Almarhum mula diusung menggunakan Siraja Diraja selepas meriam ditembak dari Istana Iskandariah kira-kira jam 4 petang.
Meriam ditembak sebanyak 86 das dan mengiringi jenazah hingga ke Makam Diraja.
Jenazah tiba di perkarangan Masjid Ubudiah kira-kira jam 4.25 petang diiringi pasukan istiadat angkatan tentera dan alunan nafiri sebelum disembahyangkan.
Turut mengiringi, Sultan Perak yang baru ditabalkan Sultan Nazrin Shah dan anggota kerabat diraja serta pembesar negeri.
Jenazah tiba untuk dimakamkan selepas disembahyangkan kira-kira jam 5.10 petang.
Talkin dibacakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat

Salam sejahtera semua,






IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi. 28/5/2014 bersamaan 28 Rejab 1435H

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi.

Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...