Salam sejahtera..
Catatan Iftar untuk 6 ramadhan.
OndeOnde aka buah melaka.
Tak susahpun buatnya.
2 cawan tepung pulut
1 cawan air [masukkn 1/2 camca kecil pewarna hijau]
1 biji kelapa parut [gaulkn dengan garam]
Gula kabung di potong kiub kecil
1. Didihkan air [saya masukkn hirisan daun pandan dan beberapa titik minyak zaitun] ~ ini kes malas nak buat air pandan. Minyak zaitun tu utk elak melekat.
2. Gaulkan tepung dan air. Bulat2kan doh tepung dn sumbatkan gula melaka.
3. Masukkan gentelan doh dlm air yg mendidih.
4. Bila timbul... tanda dah masak.
5. Tapiskan dan gaulkan ke dalam kelapa parut.
Siap!
Inilah hasilnya..
Wednesday, June 15, 2016
Friday, June 10, 2016
Tahlil dan majlis berbuka puasa
Salam sejahtera semua.
Petang semalam ramadhan ke 4 dah selesai majlis tahlil di masjid ar Rahman. Alhamdulillah.. sampai hajat mak nak bersedekah. Bila nama2 arwah dibacakan.. sebak hati.. satu2 di sebut.. nenek dan opah.. atok n nenek.. abah.. ibu mertua serta afiqah amira.. anak along.
Sedikit sebanyak rasa rindu terubat.. mudah2an tahlil doa yang samasama dibaca.. menjadi bekalan buat semua yg dh pergi bertamu di kampung nan abadi.
Kami yang hidup.. perlu teruskn hidup. Semoga Ramadan memberikan yang terbaik buat kami..
Jumpa lagi...

Wednesday, June 8, 2016
Bubur jagung
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah. Hari ke 3 ramadhan.
Pagipagi jari mak terkena kaca pasu. Banyak juga darahnya. Selepas mencuci jari darah.. letakkan plaster.. aku dn suami bergerak balik ke seri manjung. Singgah sebentar di Seri Iskandar, melawat nurul dan belikan sedikit keperluannya.... beli jagung kat pej pertanian titi gantung sebab mak teringin nak makan bubur jagung.
Selesai urusan di Seri Manjung, bergegas balik ke gopeng... hari semakin gelap.. hujan rintik semakin kasar... singgah pulak di bazar ramadhan batu gajah. Sampai rumah mak.. dah sakit kepala... solat dn siapkan juadah berbuka. Sandwich dn bubur jagung.
Nasib baik ada adik..ana.. bantu masak. Okay lah... kami diizinkn Allah berbuka puasa bersama di ramadhan ke3.tp malam ni tak ke masjid sbb kepala berdenyut.
Mudah2an esok hilangla sakit kepala tu... tu semua ujian Allah.
Jumpa lagi..

Tuesday, June 7, 2016
Coretan tarawih 1 ramadhan 1437hijrah
Salam sejahtera dan ramadhan kareem..
Alhamdulillah.. selesai berpuasa 1 ramadhan hari ini. Bersyukur dapat memulakan ramadhan bersama bonda tercinta di kampung. Kebetulan cuti sekolah masih berbaki seminggu dan berpeluang berpuasa dan bertarawih di kampung. Sepanjang hidup selama 48 tahun, jarang sekali dapat solat tarawih berjemaah... di masjid di kg gunung mesah hilir gopeng. Tak jauh manapun... sebelah rumah je masjidnya. Masa belajar di mrsm kuantan dulu.. sebulan ramadhan berada di asrama. Maka dewan sekolah lah dijadiikan tempat solat. Sehinggalah berkahwin dan beranak pinak. Tuntutan menjaga anak kecil di rumah... menjadikan saya lebih selesa bersolat tarawih di rumah saja.
Tetapi sejak anak2 menginjak dewasa, peluang untuk berjemaah di masjid dan surau jarang untuk ditolak. Alhamdulillah saya dapat menunaikan dua malam pertama ramadhan. Terkejut dengan bacaan imam yang agak laju.. malam pertama saya sempat habiskan 12 rakaat sahaja. Tiba2 perut sakit memulas.. hehe.. saya bergegas balik ke rumah dan saya sudahkan rakaat seterusnya di rumah saja. Saya terkenang masa zaman belajar dulu... memang solatnya 20 rakaat. Bacaan imam memang sederhana.. tak laju dan selesa makmum mengikutnya. Lagipun masa tu muda lagi dan selepas tarawih.. kami sempat bertadarus sehingga tengah malam.
Malam ini dah faham dengan lenggok bacaan imam maka saya lebih selesa. Dapat menyudahkan solat 20 rakaat dan 3 witir. Agak sejuk kerana hujan petang tadi.. tp jemaah tak ramai seperti semalam.
Mungkin lain imam lain style nya.. apa2pun semoga kita semua dapat meningkatkan amalan baik di bulan ramadhan ini. Berusaha untuk merebut ganjaran pahala yang banyak dan dalam masa yang sama cuba untuk terus istiqomah sampai bila2.
Selamat berpuasa buat semua umat islam di serata dunia.

Monday, June 6, 2016
Dah Jadi Siswi UiTM
Salam sejahtera...
Alhamdulillah berkat doa semua.. anak ke dua; Nurul dapat melanjutkan pelajarannya di UiTM Seri Iskandar. Minat pada bakeri dah bertukar ke senilukis dan senireka seramik. Apa juga bidang... bersyukur dan berusaha yang terbaik.
Pendaftaran minggu orientasi bermula 25.5.2016 yang juga hari lahir Nurul. Pastinya akan menjadi sejarah ... 25.5.2014 abangnya mendaftar di Kolej Mara Kuala Nerang.
Semoga kehidupan menjadi lebih bermakna... belajar hidup berdikari, lebih berusaha.. lebih berkeyakinan dan sentiasa bersedia menghadapi semua dugaan dan cabaran dengan iringan doa dari emak, ayah dan semua keluarga.
Inn shaa Allah.. setiap yang berusaha.. berdoa dan bertawakkal akan diberikan ganjaran. Aamiin.

Saturday, June 4, 2016
Menjelang Ramadhan 1438H
Salam sejahtera..
Lusa.. 6jun2016 bermulanya 1 ramadhan 1437H.
Semoga semua umat islam di dunia dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dan dapat beribadat sebaik mungkin.
Saya masih lagi bercuti... untungnya dapat memulakan ramadhan dalam cuti sekolah. Ikhwan dan izham akan bersama2 menyambut ramadhan bersama opĂ hnya.. cuma Nurul yg belajar di UiTM berpuasa bersama kawan2.. ni kali pertama Nurul berjauhan dengan kami. Alaaa bukan jauhpun... kat seri iskandar je..
30 hari hanya tempoh masa yang sekejap saja. Mari kita samasama merebut pahala 10 hari awal, pertengahan dan penghujung. Inn shaa Allah..

Subscribe to:
Posts (Atom)