Saturday, October 27, 2012

Ayam pangang ajaib

Salam sejahtera semua


haaaa..
inilah rupanya ayam yang saya panggang menggunakan pemanggang ajaib yang saya beli minggu lepas. Enak dan menyelerakan.
Lebih penting lagi, ianya menu yang berkhasiat...

Jom sihat!

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam Sejahtera Semua



Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pengunjung blog ini..
Alhamdulillah.. 
Allah masih memberi kita peluang merayakan hari yang penuh bermakna dan penuh pengorbanan buat semua umat Islam di alam ini.

Kepada yang balik ke kampung,
berhati-hati selalu..

Hayati peristiwa dan hikmahnya aidil adha kepada kita semua..

Thursday, October 25, 2012

Enaknya mee maggi

Salam sejahtera semua

sesekali pegi makan kat kedai mamak...
bukan mencari roti canai, 
tapi mencari mee maggi.
ok jugak tu..

Wednesday, October 24, 2012

Pemanggang ajaib

Salam sejahtera semua





Saya dah ada pemanggang ajaib ni..
Beli masa Karnival Jom Jelajah KV kat sekolah saya minggu lepas
Seronok rasanya..
dapat harga murah..

dan saya dah pun menggunakannya..
panggang ayam..
best!

 

Tuesday, October 23, 2012

Lama tak makan ni..

Salam sejahtera semua

Ermmm..
sejak dah berumahtangga dan beranak pinak
aka
"dah berumur"
dah jarang makan benda-benda cenggini..
tapi hari tu
ada program sukaneka di sekolah
dan menang acara memancing botol..
menang tempat ke dua
dapat la hadiah...
biasalakan...
dapat la hadiah jajan ni...
sedap pulak.. maklum lama tak makan..
yummy!

Monday, October 22, 2012

sEminggu berLalu

 Salam sejahtera semua

Masa sangat cepat berlalu
Tanpa sedar hari telah masuk hujung bulan oktober
Tidak lama menjelma november
diselangi disember..
Fajar Januari 2013 bakal menyusul..

Apakah seminggu tanpa idea, tanpa rasa?
Entah..
yang pasti kesibukan yang tidak pasti
menjadikan seminggu berlalu tanpa mencoretkan sesuatu di sini...


Monday, October 15, 2012

Kembar tidak seiras

Salam sejahtera semua


Sepupu saya Badrul Zaman serta isterinya Yushaznizal 
selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 10/8/2012 jam 9:06 malam.
Setelah 3 tahun usia perkahwinan, alhamdulillah Allah mengurniakan mereka zuriat yang amat bermakna.. Bukan seorang, malah kembar dua.
Masing-masing bersyukur lebih-lebih lagi atuk dan opahnya(mak saudara saya).
Teruja dengan kehadiran mereka sehingga leka.. dah berusia dua bulan baru saya sempat nak tulis entry tentang mereka.

Kembar ni tak seiras ye.. jadi mudahla nak bezakan..

Qaseh Nurqeisha
lahir dahulu 
Qeisha nama gelaran

 
Qaseh Nurqaireen..
lahir kemudian
Qaseh nama gelaran


semoga keduanya menjadi anak yang solehah..

Friday, October 12, 2012

12-10-12

Salam sejahtera semua

cantikkan no tu..
tersusun elok
12-10-12
kena pulak harinya Jumaat

oh ya ,
happy birthday bagi yang lahir hari ini..

Lontong dan kopi O ais

Salam Sejahtera semua

ermmm...
sedapnya lontong bersama kopi O ais..
memang menambat selera
lebih-lebih lagi lontong tu dimakan bersulam rendang daging
aduhai...

biasanya menu lontong tu dimakan masa hari raya
tetapi sekarang memang bila-bila masa pun kita boleh dapat...
kalau kita buat sendiri,
lagi best melotoppps..

Thursday, October 11, 2012

Makan makan di Kuala Kangsar

Salam Sejahtera Semua





kami (family saya, along dan adik) serta emak
jalan-jalan di Kuala Kangsar
sesekali berkumpul
menghilangkan dahaga dan sekadar nak merasa
orang kata cendol dan laksa Kuala Kangsar..
Biasa-biasa je..
Kalau buat sendiri,
lagi sedap..

Wednesday, October 10, 2012

10-10-2012.. sekadar angka

Salam sejahtera semua

Macam tak ada idea menarik...
memang tak ada pun
sekadar angka, apalah sangat
tapi mesti bermakna kepada yang merasakan ianya ada makna..

kalau yang lahir 10-10-10..
kalau yang nikah 10-10-10
kalau yang bertunang 10-10-10
kalau yang menggengam ijazah 10-10-10

pasti ada beribu erti pada hari ini 10-10-12...

Tuesday, October 9, 2012

Majlis Graduasi dan Anugerah di KV Seri Manjung

Salam sejahtera semua

Entry tertangguh saya..
Majlis telah berlangsung pada 29 September 2012yang lalu.
Majlis meriah yang didahului dengan majlis aqiqah pada petang Jumaat, 
disambung dengan jamuan sup aqiqah pada malamnya.





Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Ideris Hj Abdul Rahim,
Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik
BPTV.
Antara yang hadir temasuk Timbalan PPD Manjung , En Suhaimi Ramli..


Thursday, October 4, 2012

Telah disunting

Salam sejahtera semua

Hari ini hati saya sedikit terusik..
Sedih...
Bukan ke sepatutnya kalau telah disunting, kita patut happy?

Bukan.. bukan

Kereta kancil saya telah disunting oleh seseorang yang nak membelinya..
Huhuhu..
kereta yang banyak sangat berjasa untuk saya dan keluarga..
Telah sembilan tahun kami bersamanya ...

Saya doakan dia akan selamat sejahtera bersama pemilik barunya nanti.




Wednesday, October 3, 2012

Jadual SPM 2012

Salam sejahtera semua

Jom kita tenung-tenung jadual waktu SPM 2012..
Sekadar tahu dan boleh buat perancangan kepada cikgu yang nak bercuti
atau ibubapa yang nak pastikan bila nak ambik cuti..

Yelah kan...
ada ibubapa yang anak mereka menduduki peperiksaan SPM tahun ni.

boleh klik :


selamat berjaya semua calon spm 2012.


Tuesday, October 2, 2012

Follower saya yang ke 570

Salam sejahtera semua

Terima kasih kepada



Sharifah
kerana sudi menjadi follower saya yang ke 570..

Kepada semua,
sudi-sudikan singgah ke 
hehe

SPM 2012 ~ sebulan sahaja lagi

Salam sejahtera semua

Saya sangat teruja bila masuk bulan oktober ni.
debaran di dada semakin kencang.
apatah lagi apabila mengingatkan peperiksaan SPM 2012 makin hampir..

Agak sukar meneka siapa pelajar saya yang akan berjaya cemerlang..
atau nak luluspun, masih berteka teki.

Kenapa ye?

Kerana
saya baru mengambil alih satu kelas pada tahun ini
dan 
dua kelas masa bulan jun.
ohhh.. saya rasa sangat stress..
agak sukar mengenali mereka secara keseluruhan..
Namun, saya tetap berazam.. setiap hari..
berdoa.. setiap saat
supaya
anak didik saya dapat
study smart dan capai kecemerlangan..


Monday, October 1, 2012

Geram..

Salam sejahtera semua

Hari ini baru berkesempatan nak menjengah isu bajet 2013.
Surf facebook (page) PM dan terus link ke blog PM.
Sambil membaca, sambil menelek page di di facebook.
tiba-tiba mata tertumpu kepada satu komen
"asyik-asyik kakitangan kerajaan yang dapat bonus. Setiap tahun dapat bonus. Setiap tahun dapat macam-macam keistimewaan. Kakitangan swasta yang miskin. Padahal kakitangan kerajaan tu asyik makan rasuah. 90% kajian menyatakan kakitangan kerajaan makan rasuah."

Amboi!!!!!....
Sedap aja tangan budak tu menaip perkataan yang tiada bukti sahih...

Memang dia boleh menulis apa sahaja..
Tapi agak-agak lah..
Suka-suka hati aja dia nak taip apa tanpa mengambil kira perasaan orang lain.

Hakikatnya saya sendiri yang berkhidmat sebagai guru hampir 20 tahun,
tak pernah makan rasuah..
siapa nak bagi rasuah pada cikgu?

.... dan saya soal budak tu balik..
kalau kakitangan kerajaan makan rasuah,
siapa pulak yang bagi makan?

terus dia delete posting dia...
hrmmm...





Puding oreo

Salam sejahtera semua

Hari ini, Isnin..dah masuk 1 haribulan Oktober tahun 2012 Masehi
Hari ni juga bersamaan 15 Zulkaedah 1433 Hujrah..

Begitu cepat masa berlalu..

Hari ni rasa nak posting tentang puding oreo..
Memang dah lama nak buat puding
Agar-agar dalam almari tu dah lama beli
sebelum raya lagi
tapi asyik tak sempat je nak buat..

Sebelum kita kongsi resepi,
kita tunjuk gambar dulu..

inilah rupanya pudingnya..
Gelap betul sebab saya terlebuh tambah serbuk coklat
nasib baik tak pahit.

Resepi asalnya saya lihat dalam blog.. lupa pulak nak link.
Saya sekadar tengok apa bahan-bahannya tanpa lihat sukatan.
so, beginilah jadinya..

Saya share resepi..
simple je tau..
  • 1 paket agar-agar
  • 1400 ml air (ikut kesuaian banyaknya agar-agar)
  • daun pandan
(3 bahan di atas ~ didihkan sehingga agar-agar cair sepenuhnya)
  • 10 keping biskut oreo (buang krimnya)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar susu pekat ~ kalau nak guna susu perisa coklatpun ok
  • 1/2 cawan gula (secukup rasa)
  • 1/2 cawan air suam
 (5 bahan-bahan di atas ~ blend, jadi pes coklat 
dan tuang dalam periuk agar-agar yang dah dicairkan tadi)

selepas mendidih, masukkan dalam acuan..
sejukkan dan boleh dimakan..
yummy..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...