Salam sejahtera semua
Hari ini, Isnin..dah masuk 1 haribulan Oktober tahun 2012 Masehi
Hari ni juga bersamaan 15 Zulkaedah 1433 Hujrah..
Begitu cepat masa berlalu..
Hari ni rasa nak posting tentang puding oreo..
Memang dah lama nak buat puding
Agar-agar dalam almari tu dah lama beli
sebelum raya lagi
tapi asyik tak sempat je nak buat..
Sebelum kita kongsi resepi,
kita tunjuk gambar dulu..
inilah rupanya pudingnya..
Gelap betul sebab saya terlebuh tambah serbuk coklat
nasib baik tak pahit.
Resepi asalnya saya lihat dalam blog.. lupa pulak nak link.
Saya sekadar tengok apa bahan-bahannya tanpa lihat sukatan.
so, beginilah jadinya..
Saya share resepi..
simple je tau..
- 1 paket agar-agar
- 1400 ml air (ikut kesuaian banyaknya agar-agar)
- daun pandan
(3 bahan di atas ~ didihkan sehingga agar-agar cair sepenuhnya)
- 10 keping biskut oreo (buang krimnya)
- 2 sudu besar serbuk koko
- 2 sudu besar susu pekat ~ kalau nak guna susu perisa coklatpun ok
- 1/2 cawan gula (secukup rasa)
- 1/2 cawan air suam
(5 bahan-bahan di atas ~ blend, jadi pes coklat
dan tuang dalam periuk agar-agar yang dah dicairkan tadi)
selepas mendidih, masukkan dalam acuan..
sejukkan dan boleh dimakan..
yummy..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.