Wednesday, April 4, 2012

Resepi ikan sardin gulai : permintaan Needy :)




Salam sejahtera semua..

Hari Rabu yang lalu saya post entry pasal ikan sardin gulai ni.. dan ada pulak yang berminat nakkan resepi. Saya post entry hari tu tanpa resepi sebab bagi saya nak masak gulai ni senang je.. hehe

Maka, Saya tujukan entry ni khas untuk adik Needy.. Needy ni dah lama saya kenal. Rasanya sejak saya berblog 4 tahun lepas. Tapi semenjak dua menjak ni dah lama tak blog walking ke blog dia atau mana-mana rakan  blog yang lain sebab masing-masing sibuk.. tambahan pulak facebook dan twitter dah ada..

ok Needy, si cantik manis..
ini dia resepinya.. sgt simple je..
Bahan:
  1. setin ikan sardin 
  2. santan dari sebiji kelapa
  3. 5 biji cili kering-dikisar
  4. 2 ulas bawang merah-dikisar
  5. 2 biji ubi kentang  - dikupas kulit dipotong empat
  6. secarik daun kunyit
  7. sebiji tomato dibelah empat
  8. garam secukup rasa
Cara nak masak..
  1. Masukkan santan, cili, bawang, daun kunyit dan ubi kentang  dalam periuk dan masak sehingga mendidih dengan api yang perlahan. 
  2. Kacau selalu ye dik.. nanti santan tu pecah minyak pulak.
  3. Agak-agak kentang dah empuk, masukkan sardin dlm periuk tu ... semuanya dengan kuah sos sardin tu. 
  4. jangan lupa tomato. 
  5. Setelah mendidih, masukkan garam dan... boleh dimakan hehehe..

2 comments:

  1. Wahhhh bestnyerr... akak buat entry khas utk neddy. siap bagi resepi lagi. ptg ni kalau sempat nk try buat la. TQ kak lin. Luv.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...