Hari ni cuti sempena pertabalan SPBYDP Agong yang ke 14. Maka seawal pagi saya memasak untuk sarapan. Simple je.. nasi goreng, cendawan goreng, burger goreng dan sandwich sardin.
Sambil-sambil tengok tv.. kami makan sampai kenyang..
Bila petang, baru terasa lapar balik. Kami satu famili ke TESCO Manjung. Tujuan utama, ke medan selera.. makan dulu baru nak bershopping sikit. Baru je selesai makan, airpun tak sempat minum, terasa meja macam ditolak.
"eh! kenapa pulak meja ni.. siapa yang tolak?"
tetiba nampak banyak benda yang bergoyang.. alamak.. gempa bumi... terus teringat aceh! tsunami!
kami cepat-cepat ambil keputusan untuk keluar terus dari bangunan tu. tp sempat pulak pegi basuh tangan dulu... tapi gempa tu sekejap je.. bila reda, teringat.. air tak minum lagi.. eh! boleh pulak kami balik ke meja kami tadi dan minum.. hahaha
itu jam 4.40ptg. Di rumah 6.30 ptg bergegar lagi.. tengok tv memang ada laporan tentang gegaran 8.2 SR.
Doa terus semoga semua terhindar bahaya..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.