26 februari bersamaan 12 Rabiulawal....
cuti Maulidur Rasul...
Friday, February 26, 2010
Thursday, February 25, 2010
vokasma
Sejak STESMA bertukar nama menjadi VOKASMA awal Januari 2010, aku juga secara peribadi telah menganjak paradigma hidupku dari seorang "pakar" (hahahaha) Matematik.. ke ??? ICT...
Biasalahkan.. walau pakar mana seseorang itu dalam bidangnya, bila beralih arah kepada sesuatu yg baru, pasti perlu bertatih dari bawah. maka selepas hampir sebulan menanti penuh debaran hadirnya "anak2" baru, aku meneruskan khidmatku mengajar subjek yang baru... walaupun aku sebenarnya telah hampir 18 tahun melupakan"nya"....
Alah bisa tegal biasa... aku tanamkan azam ke dalam diriku bahawa tiada sesuatu yg mustahil dalam hidup ini. Proses pembelajaran akan sentiasa berterusan.. Sesungguhnya orang yg berjaya itu sentiasa mahu belajar dan tidak malu untuk belajar. Terima kasih semua rakan2 yg sudi membantu terutama Intan, Alin, Sally, Awie, Nyana dan semua warga VOKASMA...
Semoga aku dapat terus berbakti seikhlas hati demi nusa bangsa...
** tq cg Shahabudin for the photo... boleh klik sini untuk blog MPAV.
Tuesday, February 23, 2010
UPSR.... bakal menjelang
Semalam 22/2/2010, Nurul, puteri kesayanganku telah menghadiri program motivasi yg dianjurkan sekolahnya. SK Kg Dato' Seri Kamaruddin, Seri Manjung.
Ini program motivasi yg kedua dihadirinya.
Program yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Azir Ismail tu
menyeronokkan
dan
diharap dapat memberikan kesan positif
tertarik dengan modul yang disediakan oleh cikgu tersebut,
terdapat kata-kata indah yang ingin dikongsi bersama...
Kejayaan dan kehebatan kita bukan diukur dengan rumah besar yang kita miliki,
kereta menjalar yang kita naiki,
atau pakaian berjenama yang kita pakai.
Kita akan berjaya kalau kita membawa makna kepada kehidupan orang lain.
Kita akan berjaya kalau kita mampu mengilhamkan orang lain menjadi individu-individu yang cemerlang,
malah lebih cemerlang daripada kita..
kereta menjalar yang kita naiki,
atau pakaian berjenama yang kita pakai.
Kita akan berjaya kalau kita membawa makna kepada kehidupan orang lain.
Kita akan berjaya kalau kita mampu mengilhamkan orang lain menjadi individu-individu yang cemerlang,
malah lebih cemerlang daripada kita..
Friday, February 19, 2010
Hari Jumaat yg penuh berkat
Sekolah aku memang pelik sikit. Kami mengadakan perhimpunan sekolah setiap hari Jumaat. kalau sekolah lain, rasanya majoriti adakan perhimpunan hari Isnin. ... dan setiap kali perhimpunan minggu ketiga, perhimpunan akan diadakan dalam Bahasa Inggeris.
Hari ini Jumaat minggu ketiga. bila kena berucap guna B.I, ramailah yg tolak menolak. Maka yg jadi mangsa, cg BI diwajibkn bertugas pd minggu ketiga ni... hehehe.. bukan apa, takut terbelit lidah dan jd mangsa ketawa pelajar...
dan setiap kali perhimpunan juga, pengawas bertugas diwajibkn membaca doa. Bila doa dlm BI, ntah apa butirnya yg diucapkan. ngok ngek ngok ngek... at last... guru kanan bahasa yg kebetulan memang cg BI terpaksa mengulang bacakan doa tersebut. satu persatu dan jelas tutur bahasanya. baru faham dan terasa hampir menitis airmata bila mendengarkan doa yg dipanjatkan di pagi Jumaat yg penuh berkat. Terima kasih rakanku Pn Kamariah Sulaiman yg berjaya mencuit hati ini di pagi hari. Pn Kamariah yg kukenali lebih 16 tahun yg lalu... kami masih di sini, smv seri manjung mencari rezeki.
apapun bahasa yang digunakan, jika dibaca penuh penghayatan... pasti menyentuh kalbu....walaupun terkadang tidak faham akan maknanya..
p/s thanks to Li Na @ vokasma_today
selepas bercuti
raya cina udah..
cuti tak lama.
4 hari saja.
rabu dah mula kerja walaupun anak2 ada yg masih bercuti.
balik rumah selepas bercuti..
basuh kain.
kemas rumah.
lipat kain.
gosok kain.
masak.
kerja sekolah.
semua segala perlu dibereskan.
n3 baru?
nanti dululah ye..
cuti tak lama.
4 hari saja.
rabu dah mula kerja walaupun anak2 ada yg masih bercuti.
balik rumah selepas bercuti..
basuh kain.
kemas rumah.
lipat kain.
gosok kain.
masak.
kerja sekolah.
semua segala perlu dibereskan.
n3 baru?
nanti dululah ye..
Saturday, February 13, 2010
Ayam Rendang
Cuti-cuti.... yang panjang..
ala.. 4 hari je..
apa lagi yg nak dibuat..
masak.. masak.. n masak..
teringat dah dekat raya... raya cina..
akupun terasa macam nak makan rendang ayam...
so, apa lg...
beli ayam 2 ekor..
sekuali besar..
bubuh ubi kentang
sbb anak2 suka makan
enak dimakan bersama nasi atau roti
yummy.
ala.. 4 hari je..
apa lagi yg nak dibuat..
masak.. masak.. n masak..
teringat dah dekat raya... raya cina..
akupun terasa macam nak makan rendang ayam...
so, apa lg...
beli ayam 2 ekor..
sekuali besar..
bubuh ubi kentang
sbb anak2 suka makan
enak dimakan bersama nasi atau roti
yummy.
Wednesday, February 10, 2010
limau... limau..
situasi satu
abang!!!!!!!!!!! cina tu datang bawak limau...
eish.. bior betoi.. aku saje saje ayat cina tu...
ayat apa?
dah bayar duit pagar, takkan tarak angpow ke limau ke?
ha... bukan sekotak... tiga kotak sekali...
lu anak tiga.. saya kasi tiga kotak..
yang iye nya dia buleh makan busat sebab dia dapat duit kita..
rezeki dia..
:)))))))))))))))))))))))))))
situasi dua
hello cikgu.... saya ada bawa limau.. 3 kotak.. saya letak di bilik guru
haiyyya... saya ada mesyuarat. lu kasi letak di bilik guru buat apa? saya tarak duduk sana. kasi hantar itu bilik ict..
ok... ok.... saya hantar...
tq... tq....
ish... banyoknyer....kata-kata dalam hati....
situasi tiga
Assalamualaikum cikgu.... ni ada limau utk cikgu2 semua
Waalaikumsalam... ok.. siapa yg bagi...????
Teacher Li Na...
terima kasih banyak.....Wah! kacangpun ada... jangan cirit birit sudah....
Moralnya::::: kenyang makan limau..yg free punya...
Monday, February 8, 2010
pasang awning
pada mulanya tak nak pasang awning... konon nak buat balkoni canggih manggih... tp... segan la pulak... at last pasang awning je... pilih sekeping yg jernih... ingatkan sekeping tu cukup "menerangkan".... alamak.. rupanya sekeping tu ciput je...
nak suruh tambah sekeping lagi, dah siap baru perasan.. malas nak kacau kerja org....
maka haripun sengaja hujan setiap petang... nak test market kot?
heheheh...
Saturday, February 6, 2010
erti cuti hujung minggu....
selepas lima hari bekerja, sabtu ahad adalah hari yg memang ditunggu-tunggu. cuti.... memang cuti... tapi di rumah tetap bekerja ...
dapur kena berasap jugak....
bilik anak bujang kalau dibiarkan.... memaksa mulutku pot pet pot pet.....
nak buang membuang... pastikan bersih dan selesa.... jgn jd mcm public toilet...
dapur kena berasap jugak....
bilik anak bujang kalau dibiarkan.... memaksa mulutku pot pet pot pet.....
nak buang membuang... pastikan bersih dan selesa.... jgn jd mcm public toilet...
Friday, February 5, 2010
Menerima ciuman suami ......
........di bulan puasa...
"Dari 'Amr bin Abi Salamah r.a. bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah SAW: "Bolehkah orang yang sedang berpuasa mencium?"
Jawab Rasulullah SAW: "Tanyakanlah kepadanya," (sambil beliau menunjuk kepada Ummu Salamah, isteri Rasulullah)."
Ummu Salamah menceritakan kepada 'Amr, bahawa Rasulullah pernah menciumnya.
Kata 'Amr, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang."
Jawab Rasulullah: "Ketahuilah, demi Allah! Sesungguhnya aku orang yang paling taqwa dan yang paling takut kepada Allah daripada kamu semuanya."
(HR. Muslim)
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diceritakan dalam hadis di atas adalah sebagai alasan bahawa si isteri tidak berdosa menerima ciuman suaminya pada siang hari bulan Ramadhan.
Pada hadis yang lain pula diterangkan:
Dari Aisyah r.a katanya: Nabi SAW: ingin menciumku. Lalu aku katakan kepada beliau : "Aku puasa!
Jawab Rasulullah: "Aku juga puasa. Lalu beliau menciumku."
"Hakim bin 'Aqqaal bertanya kepada Aisyah r.a: "Apakah yang haram bagiku terhadap isteriku ketika puasa?"
Jawab Aisyah: "Farajnya!"
"Masruq bertanya pula kepada Aisyah r.a: "Apakah yang halal bagi seorang lelaki puasa terhadap isterinya?"
Jawab 'Aisyah: "Segala-galanya, selain berjimak."
Wednesday, February 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nabi Muhammad SAW
yg sentiasa bersalawat kepada Baginda.