Friday, February 5, 2010

Menerima ciuman suami ......


........di bulan puasa...

"Dari 'Amr bin Abi Salamah r.a. bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah SAW: "Bolehkah orang yang sedang berpuasa mencium?"

Jawab
Rasulullah SAW: "Tanyakanlah kepadanya," (sambil beliau menunjuk kepada Ummu Salamah, isteri Rasulullah)."

Ummu Salamah menceritakan kepada 'Amr, bahawa Rasulullah pernah menciumnya.

Kata 'Amr, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang."

Jawab Rasulullah: "Ketahuilah, demi Allah! Sesungguhnya aku orang yang paling taqwa dan yang paling takut kepada Allah daripada kamu semuanya."
(HR. Muslim)

Apa yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW sebagaimana yang diceritakan dalam hadis di atas adalah sebagai alasan bahawa si isteri tidak berdosa menerima ciuman suaminya pada siang hari bulan Ramadhan.

Pada hadis yang lain pula diterangkan:

Dari Aisyah r.a katanya: Nabi
SAW: ingin menciumku. Lalu aku katakan kepada beliau : "Aku puasa!
Jawab Rasulullah: "Aku juga puasa. Lalu beliau menciumku."
"Hakim bin 'Aqqaal bertanya kepada
Aisyah r.a: "Apakah yang haram bagiku terhadap isteriku ketika puasa?"
Jawab Aisyah: "Farajnya!"

"Masruq bertanya pula kepada
Aisyah r.a: "Apakah yang halal bagi seorang lelaki puasa terhadap isterinya?"

Jawab 'Aisyah: "Segala-galanya, selain berjimak."

8 comments:

  1. ohoho...begitu...ni cium mulut ke cium pipi yg boleh ekk

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..time kaseh ats info d ats ye..

    ReplyDelete
  3. bulan puasa banyak tercium bau makanan je la....

    ReplyDelete
  4. meera,
    ciumlah di mana jua kerana setiap sentuhan itu adalah pahala... ohooo cuma yg telah sah suami isteri je tau... :)

    ReplyDelete
  5. fahmi,
    sama-sama. ada banyak lg wasiat yg ditingglkan. boleh scroll down kat side bar kanan tu ..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...