Wednesday, February 25, 2015

Spegeti dan saya

Salam sejahtera
Malas sangat nak update blog.
Tadi balik dari kolej.. ajak en. Suami pegi beli lace baju yang nak di alter. Warna yang dikehendaki tak match pulak... beli juga yang hampir sama warna.

Balik tu terus keluarkn popia segera yg mak bagi masa balik kg tu... then naik bilik mandi and lepas tu terus ke dapur goreng popia n masak air..
Sementara tu siapkan bahan untuk spageti. Tak tau la... dua tiga hari ni tekak asyik nak makan spegeti je. Tak kesah la kan.
Eh!kenapa banyak sangat tu? Hahaha

Siap je goreng popia... bancuh kopi.. senduk spegeti dan sosnya... ngapppp! Ermmmm sedap.
Jemput makan semua..



Sunday, February 15, 2015

Hari minggu dan pizza

Salam sejahtera semua

"Mak .  Jom outing..."
"Nak beli apa?"
"Naķ cari petticoat dan track bottom"

At last semua keluar. Pegi makan2.. terus lùpa cari track bottom..
Ramainya manusia kat AEON Manjung.
Maklum aja nak raya.. Cina...

Ok ok.. juz nk tulis sikit2 je.. nk tengok tv sat...

Jumpa lg..

Saturday, February 14, 2015

Basuh kulit telur.

Salam sejahtera semua

Agak lama tidak bersiaran.
Memang rindu.
Namun hari ni tetap mencuri sedikit masa.

Sebenarnya saya baru lepas masak hidangan tengah hari.
Nampak telur ayam masih dalam plastik selepas dibeli en. suami di kedai tadi. Sebelum berhenti bekerja... saya ambil telur2 tu letak dalam sinki dan mula membasuh kulitnya..

"Tak boleh bayangkan dengan adanya $×£! ayam kat kulit telur ni... aku pegang dan dengan tangan tadi pegang hirisan bawang dan tumis... oh! Jijiknya!"

Basuh bersih2. Lap. Masukkan dalam peti ais. Nanti nak guna.... senang...



Saturday, February 7, 2015

Penyakit lama kembali

Januari telah melabuhkan tirainya... lama....
Februari juga begitu... telah berlalu seminggu...
Kesibukan yang melanda diri menhalang diri mengungkapkan sesuatu di blog kesayangan ini..

"Demi masa.. sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian kecuali yg berpesan utk kebenaran dan berpesan untuk kesabaran."

Ayat dari alQuran yang sangat memberi kesan buat diri ini.  Sebagai manusia.  semuanya dianugerahkan masa 24 jam sehari
Pasti ada masa walau sedikit utk menulis sesuatu. Tapi kalau penyakit "M" melanda.. sunyi lah blog ni.

insya Allah... mood menulis ni macam angin juga.  Ada ketika macam ribut.  Ada masanya langsung tiada..

jumpa lagi dengan entri menarik!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...