Tuesday, January 29, 2013

RTC Gopeng

Salam sejahtera semua

mungkin dah ramai yang tahu tentang RTC Gopeng. 
juga ramai yang dah berkunjung ke sana agaknya..
disebabkan rumah mak kat area gopeng,
memang dekat sangat le..

dulu RTC ni dipanggil TEMAN

macam-macam ada..

 kat agro mall tu dijual macam macam produk hasil tempatan
kat dalam tu jugak ada pasaraya mydin dan restoran kfc

pengguna lebuhraya PLUS boleh singgah di rnr RTC
ada disediakan kemudahan surau, tandas, tempat makan,
bank, tempat anak2 bermain..
 
 

jom le singgah reramai ye..

Friday, January 25, 2013

Selepas 3 minggu kembali bekerja

Salam sejahtera semua

Hari ini dah jumaat. bersamaan 25 January @ 13 Rabiulawal..
Hampir 3 minggu memulakan tugas..
alhamdulillah..
Rutin harian macam biasa
mengajar pelajar yang cuma 50% nak belajar
selebihnya sekadar hadir, dengar dan tidak serius..
Telah berulangkali menasihat namun persis masuk telinga  kanan, keluar telinga kiri..
bagai mencurah air di daun keladi..

Namun, tahun ni secara peribadi..
lega juga apabila diberi buku perancangan..
mudah untuk mengurus anak buah dan juga anak didik.
bila usia semakin meningkat, pengalaman semakin bertambah ..
semoga kehidupan seterusnya mendapat lebih berkat dari Ilahi
tiada siapa yang boleh merubah diri sendiri kecuali diri sendiri..
setiap yang dilakukan, pasti ada pro dan kontra
semoga Allah akan terus cekalkan diri ini untuk menghadapi segalanya..
bersabar adalah kunci yang paling penting...


 

 
 sejak sepenuhnya bergelar kolej, visi misi juga bertukar..
InsyaAllah jika kita sentiasa berusaha, berdoa dan berserah kepada Allah..
Dia akan memberikan kita kejayaan..



Tuesday, January 8, 2013

Bersabar menempuh dugaan

Salam sejahtera semua...
Minggu ni baru bermula persekolahan sesi penggal pertama 2013.
Agak bertenang kerana 3 hari pertama saya masih bercuti. Tetapi minggu ni memang agak sibuk memulakan sesi bekerja.. kelam kabut...
diselangseli dengan cubaan dan dugaan yang Allah turunkan..
sebagai hambaNya.. wajib redho dengan qada' dan qadha Ilahi..
Bersabar, bertenang, berdoa...
Semoga semuanya selamat...

Saturday, January 5, 2013

Happy birthday my precious hubby..

Salam sejahtera semua..

Macam biasa setiap 5 hb January setiap tahun..
Celebrate birthday suami..
Tahun ni macam biasa.. bukan celebrate beria..
Tambahan hari ni hujan hampir sepanjang hari..
Birthday "boy" pun tak kesah..
Saya sekadar masakkan dia nasi jagung..
apa-apapun saya doakan suami saya ni dirahmati Allah sentiasa walau apa jua yang dilakukannya..
Aminnn..

Salam 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Lama sungguh rasanya tidak menge"pos" sebarang entry di sini..
Rasa kekok la pulak..

Memang saya sangat malas sepanjang cuti sekolah.. Bukan saya tidak jengah blog kesayangan ni.. Saya belek-belek jugak..
Kesian pulak pada sahabat yang sudi mencatat sesuatu di chatterbox tu..
Anyhow.. thanks... many many thanks!
Untuk tahun 2013 ni, saya cuba sebaik mungkin untuk pos sebanyak yang mungkin.. Yang penting saya mesti "rajin" hehehe...

Kepada yang sudi bertandang ke blog saya, terima kasih. Saya cuba BW ke blog kawan-kawan ye..
Ok..
Jumpa lagi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...