Salam sejahtera semua
Hari ini dah jumaat. bersamaan 25 January @ 13 Rabiulawal..
Hampir 3 minggu memulakan tugas..
alhamdulillah..
Rutin harian macam biasa
mengajar pelajar yang cuma 50% nak belajar
selebihnya sekadar hadir, dengar dan tidak serius..
Telah berulangkali menasihat namun persis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..
bagai mencurah air di daun keladi..
Namun, tahun ni secara peribadi..
lega juga apabila diberi buku perancangan..
mudah untuk mengurus anak buah dan juga anak didik.
bila usia semakin meningkat, pengalaman semakin bertambah ..
semoga kehidupan seterusnya mendapat lebih berkat dari Ilahi
tiada siapa yang boleh merubah diri sendiri kecuali diri sendiri..
setiap yang dilakukan, pasti ada pro dan kontra
semoga Allah akan terus cekalkan diri ini untuk menghadapi segalanya..
bersabar adalah kunci yang paling penting...
sejak sepenuhnya bergelar kolej, visi misi juga bertukar..
InsyaAllah jika kita sentiasa berusaha, berdoa dan berserah kepada Allah..
Dia akan memberikan kita kejayaan..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.