Friday, May 4, 2012

Gunakan saya dengan baik!

Salam sejahtera semua

Saya di sekolah bukan sekadar mengajar pelajar mata pelajaran Matematik dan Sivik, 
tetapi saya juga ditugaskan untuk "menjaga" urusan di bilik akses yang menempatkan beberapa PC dengan tujuan supaya mudah untuk pelajar mengakses apa-apa maklumat menggunakan kemudahan internet.
Setiap kali menggunakan apa juga peralatan di pusat akses ini, saya mengharapkan dan sering mengingatkan supaya pelajar mengikut peraturan yang ditetapkan dan sentiasa mengamalkan 5S. Selepas menggunakan semua peralatan, susun dan letakkan semula peralatan ditempat asalnya...





 dengan amalkan 5S, saya siapkan "parking" masing-masing
supaya ianya kelihatan lebih teratur dan kita tahu
kalau sesuatu benda tu hilang atau beralih tempat

saya juga mengharapkan pengguna pc ini
menggunakannya dengan baik

malangnya, saya kesal dengan sikap segelintir pengguna
yang terambil pen untuk mencatat kehadiran
dan tidak memulangkannya kembali
saya terpaksa memastikan setiap kali bilangan pen ini cukup 10!
walau dengan apa cara sekalipun... :(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...