Friday, October 28, 2011

jom belajar buat origami dustpan

salam sejahtera semua..

dah lebih seminggu cuti sempena raya deepavali..
masa cuti ialah hari untuk mengemas rumah, menyapu lantai..
bila dah menyapu,
nak mengaut sampah ke tong sampah..
ntah ke mana pulak si penyodok sampah.. hehehe

apa lagi gugel kat u tube..
ok jom tengok..


Thursday, October 27, 2011

Dinner kueh pau

Salam sejahtera semua..

bila dah malas..
malam ni kita dinner
teh tarik
dengan 
kueh pau je..

ok??


terima kasih..

Salam sejahtera semua..

terima kasih 
kepada semua yang sudi hadir menyinggah di blog ni..


kalau datang blog ni tengok entry masih yang lama
akak minta maaf bebanyak..

terkadang idea tersangkut
terkadang tetiba kerja menyesak
terkadang kemalasan melanda...

tapi..
akak sayang anda semua
especially
my followers!!!



Sunday, October 23, 2011

cuti seminggu

salam sejahtera semua..
mulai hari ni.. Ahad sekolahku bercuti selama seminggu..
kerana pelajarnya tinggal di asrama.. 
kesempatan cuti, balik kampung yang lama
semoga semua pelajar dapat manafaatkannya dengan aktiviti berfaedah..

bagi diriku..
walaupun cuti..
anak-anak tak cuti..
mereka cuti sempena deepavali hanya 2 hari sahaja..
selainnya bersekolah seperti biasa...
untuk itu boleh la jadi full time housewife..

..dan dua tiga hari ni asyik hujan je kat manjung..
maka.. perut selalu je lapar
petang semalam suami begitu rajin bancuh teh tarik..
aku pulak dengan malasnya nak cari toaster..
bakar je roti atas kuali...

inilah hasilnya..
wakakaka...
hanguspun hangusla..
sapu sekaya..
habis juga...
:)

cawan






dah breakfast?
jom minum..


Saturday, October 22, 2011

Sivaji the boss

Salam sejahtera semua..

hari ini sabtu
baru je balik dari sekolah
sekolah ganti untuk cuti sempena deepavali nanti..

lepas balik dari sekolah,
on tv.. tv3
ada cerita
sivaji the boss

orang kata cerita ni best..
so tengok jugak le

sinopsisnya
The film revolves around a well-established software system architect, Sivaji, who returns home to India after finishing work in the United States. On his return, he dreams of giving back to society with free medical treatment and education. However his plans face a roadblock in the form of the highly affluent and influential businessman, Adiseshan. When corruption also arises, Sivaji is left with no option but to fight the system in his own way.
kredit untuk en google..

lama jugak nak menghabiskan cerita ni..
penuh ranjau duri
penuh konflik
penuh nyanyian, tukar2 baju dan aksi
hehehe
layan je la...


Monday, October 17, 2011

Musim peperiksaan...

Salam sejahtera semua....
Mulai minggu ini bermula peperiksaan akhir tahun...
Nurul dan izham masing-masing akan menghadapinya..
ikhwan baru je habis pmr.. datang sekolah sekadar memenuhkan masa ...

bila tiba musim peperiksaan... anak-anak sibuk mengulangkaji..
sebagai ibu, pasti nak yang terbaik buat anak-anak..
mendoakan mereka semoga dipermudahkan semasa menjawab soalan.

di sekolahku juga tidak terkecuali... sebagai ajk peperiksaan sekolah.. kenalah lakukan tugas rutin..

all the best buat yang ambik periksa..

Marina Water Park Teluk Batik

Salam sejahtera semua.
Marina Water Park ni terletak di  Teluk Batik.. sebab kami tinggal di manjung, selalu jugak ke sana.



 nak masuk kena bayar dulu....


 ni kolam air masin... 

 
 sebelah ni kolam air tawar


 nak menginap kat sini pun boleh...

seronok mandi manda....

kalau nak buat family day.. sesuai jugak..

Sunday, October 16, 2011

kuih cara manis.. pink!

Salam sejahtera semua

mesti ramai yang pelik kan???
kenapa warna pink?
kuih cara versi pink ni sama je resepinya macam kuih cara manis yang lain..
cuma bezanya yang biasa kita lihat ialah warna hijau..

pink ni sebab kat rumah cuma ada pewarna merah...
so inilah hasilnya..
anak-anak suka..
:)

Cerita baru saya

Salam Sejahtera semua
minta maaf la kerana baru je dapat nak update warkah kesayangan ni.. kesibukan melanda dan kemalasan juga... kadang-kadang kering juga idea nak tulis apa kat sini.. ada le beberapa peristiwa berlaku, tapi segan juga nak tulis segala macam hal peribadi walau tahu bukan ramaipun yang datang menjengah kat sini.. tapi bila blog walking... macam-macam cerita orang post kat blog.. tak kesahpun... gaduh dengan suamipun nak tulis.. huhuhu.. hak masing-masing kan???

seminggu dua ni memang sibuk dengan persiapan untuk peperiksaan akhir tahun ting. 4.. poning kepalo den bila membuat jadual pengawasan guru-guru... ramai pulak yang nak pergi kursus, nak ambik crk.. mc... maklum le setakat jaga exam.. bukan mengajar.. boleh ambik mudah ke? tu belum lagi bab nak menganalisis markah exam yang lain.. nama je ada sistem canggih... konon on line.. tapi bila tiba bab analisis, nak juga on paper!...

bagi menghilangkan stress... sekurang-kurangnya melegakan tekanan kat kepala otak ni... haaa... sambil-sambil bawak anak buat cermin mata, aku sempat rembat (bukan curi.. beli) novel...


novel AD + IZ karya eury athena ni best sangat... cerita nya tak terlalu berat.. enjoy bila baca.. mengisahkan addriana mayesa yg bekerja di butik pakaian terjebak kahwin kontrak dgn Tengku farriel izumi - rakan sekolah menengahnya...
bila baca novel ni.. senyum sorang sorang sebab banyak part yang lucu dan sesekali mendatangkan sebak pada part yg sedih...

so... ini cerita terbaru saya ye...

Wednesday, October 5, 2011

Cuci kereta

salam sejahtera

setiap hari memandu kereta..

bila lalu kat traffic light..
"kenapa kereta orang tu cantik berkilat?.. tapi kereta kita... kotor"

bila kat parking kereta..
"alamak! kereta orang sebelah cantik, cun, bersih, berkilat!"

tp kereta kita???

kan bagus kalau ada yang tolong cuci kereta hari-hari!!!


Sebelum selepas

Salam sejahtera semua




dah hampir siap projek perumahan depan ni...
tapi tak tau bila boleh siap sepenuhnya...



Tuesday, October 4, 2011

PMR 2011 bermula

Salam sejahtera semua..


bermula 4 Oktoberr 2011
berakhir 11 Oktober 2011

semoga 

anakanda
Muhammad Ikhwan b Haris

mudah menghadapi
peperiksaan ini..
InsyaAllah 
kejayaan pasti digenggam..
Aminn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...