Salam sejahtera semua
musim-musim raya dan rumah terbuka ni,
mesti ramai yang tak pasti apa menu
yang akan dihidangkan kepada para tetamu..
apa kata cuba menu agar-agar merah berlaici ni...
agar-agar ni sangat mudah dibuat
akak ambik idea dari rancangan masakan
5 rencah 5 rasa..
tapi akak ubahsuai ikut selera akak
bahan-bahan:
2 paket agar-agar 25 g
1 tin susu cair
1 tin laici
gula pasir
pewarna merah
sehelai daun pandan
cara nak buat..
bahan A
1. masak 1 paket agar-agar bersama 1000ml air sehingga semua agar-agar hancur
2. sementara itu blend laici(buah je) bersama 1 tin susu cair
3. masukkan gula pasir secukup rasa
4. masukkan laici yg telah dikisar tadi ke dalam agar-agar yang dimasak..
5. setelah mendidih, tuang ke dalam loyang dan sejukkan hingga keras.
bahan B
6. kemudian untuk agar-agar merah... masak 1 paket bersama 1400ml air hingga hancur..
7. masukkan daun pandan dan gula secukup rasa.
8. Agar-agar bahan A yang telah keras tadi dipotong-potong dan disusun di dalam bekas
9. Tuangkan agar-agar bahan B ke atas agar-agar bahan A dan biarkan sejuk
10. selepas tu boleh dipotong dan dihidangkan..
SELAMAT MENCUBA..