salam sejahtera...
membaca tajuk entri macam tersangatla jiwangnya..bukan jiwang karat.. tapi sedang gigih menghabiskan novel terkini..
Sinopsis
Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.
Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.
Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.
Bukan sekadar cerita cinta jiwang pasangan kekasih, tapi penuh dengan mesej yang meyakinkan pembaca bahawa segalanya berkemungkinan dalam hidup ini...
selamat membaca!