Thursday, October 14, 2010

Aku, Bajet 2011 dan PTK 2010...



Salam sejahtera semua...

diam tak diam hari ni dah khamis...
esok jumaat.. akan dibacakan bajet 2011 tepat jam 4 petang. Sama ada kakitgn kerajaan akan dapat bonus atau sekadar dapat wang ehsan, sama-sama kita tunggu esok... jangan pulak ada yang tertidur sebab letih dan mengantuk mendengar pelbagai agenda bajet negara... akhirnya terlena tatkala Tok Jib kata "ada bonus.. sebulan gaji..."... hehehehe... kita tungguuuuuuu...

Bila sebut pasal bajet.. ramai yg dok fokuskan bonus..

"kak lin seronok le kalau dapat sebulan gaji... gaji kak lin tinggi..."

"bonus kak lin tak habis makan setahun"

"boleh la kak lin beli gelang besar lagi!"

macam-macam spekulasi..
tersenyum sendiri...
bila dapat "duit" extra, memang syiokksss.. sebenarnya bukan banyak sangat. tapi, alhamdulillah la kan.. siapa lagi yang nak bagi.. cumanya.... gunakan duit tu sebaik mungkin.
kalau dapat duit selain dari gaji ni aku suka gunakan duit tu untuk beli "benda benda" yang nampak... hehehe.. beli gelang ke, beli pinggan mangkuk ke, .. sekurang-kurangnya "benda" yang tahan lebih dari setahun.. bukan apa.. nanti bila dikenang-kenang, boleh senyum sendiri...

"ha.. ini mak beli 3 tahun dulu masa dapat duit marking paper spm "

apa juga rezeki yang kita dapat, bersyukurlah.. ingat orang yang lebih susah dari kita.. kita boleh berkongsi rezeki lebih itu dengan yg memerlukan..


PTK 2010???
ni satu lagi punca rezeki..
sabtu ni examnya... petang pulak kali ni. Sabtu jam 4.00.
aku ke sekolah petang tadi.. kerusi meja dah disusun rapi.. hanya menunggu hari saja lagi..
study?

" tak payah study kak lin, dapat aras 4 juga..."

"study dapat 3, tak study dapat 4"


..... dan aku yakin, jika Allah dah tetapkan itu rezeki kita, ia tetap akan jadi milik kita.. cuma sebagai seorang muslimah, aku percaya usaha, doa dan tawakkal.. insyaAllah berjaya..

so best of luck untuk semua yang akan menduduki exam ni nanti...

5 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...