Thursday, March 25, 2010

tugas guru.....ada yg aku tidak faham..

dua tiga hari ni aku agak sibuk dengan tugas di sekolah. bukan merungut atau apa saja.. tapi sekadar meluahkan rasa yang sedikit pelik dan tidak fahamku dengan perangai segelintir rakan setugas...


bila diberi tugas selain mengajar, aku tentunya "Yang menurut perintah"
tugas sebagai sup memang agak mencabar kerana tugas ini melibatkan penglibatan semua guru dan sebahagian staf di sekolah..

walau tugasku yg disenaraikan menurut spk ms-iso macam mudah dan senang saja, namun dengan adanya segelintir guru yg sering menyusahkan orang lain, tugas sup ini menjadi rumit.

setiap kali ada ujian, gurulah yg akan menyediakan soalan. gurulah yg akan menyediakan jsu, skema jawapan, menyemak jawapan pelajar, menganalisis markah, menganalisis headcount... pelbagai macam.. dan pastinya tugas guru itu menjadi biasa ... menjadi suatu rutin jika guru berpengalaman 2, 3, 4 tahun malah yg berbelas tahun. namun dalam situasi begini, ada juga guru yg tidak punctual.... tidak pasti mengapa 'guru' tersebut berbuat demikian..

pelbagai kemungkinan yg berlegar di ruang otak kepala...
- guru terlalu banyak masa mengajar... 30 waktu seminggu?
- guru terlalu sibuk memeriksa buku latihan pelajar?
- guru terlalu banyak mesyuarat?
- guru sibuk dengan aktiviti kokurikulum?
- guru sibuk dengan menghadiri kursus?
- guru sibuk dengan bisnes, saham, MLM?
- guru sibuk tuisyen?
- guru sibuk ber fb?
- guru sibuk menjahit?

atau
- guru sudah bosan?
- guru suka buat kerja last minute?

apa sebenarnya?

4 comments:

  1. akak yg bergelar guru pun tk faham..apalagi kiteorng ni yg sememangnya bukan guru..apa2 pun tahniah la buat guru2 mcm akak ni.berat tu tanggungjawab..:)

    ReplyDelete
  2. Lady ell,
    kerja mesti ikhlas dik.. barulah gaji tu berkat. akakpun masih cuba memahami cg2 spt itu...

    ReplyDelete
  3. yg pastinya...

    selama lamanya kita dipanggil cikgu. dan selama lamanya ilmu yang dicurah bertebaran di seluruh dunia.

    ReplyDelete
  4. Kita cikgu-cikgi ni memang multi-purpose...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...