Tuesday, March 30, 2010

Penapis air ionHEALTH


Sekarang
semua nak mudahkan hidup..
semua nak sihat, muda, bertenaga..
macam-macam cara
ke arah itu...


akupun tak ketinggalan

asyik merungut penat masak air
nak cari penapis air
ada murah
ada mahal
ada hutang
ada bayar cash..

maka aku rembat satu
jenama?
pastinya Revell
kenapa tak jenama lain?
hehehe...
syyyyhhhh



klik untuk tumbesaran.


klik jugak untuk tumbesaran

so banyak kelebihannya guna ionHEALTH filter ni..
nak cuba ke?


email je
ke
hazlinnazri@yahoo.com


Nasi Briyani KFC...

klik kat gambor utk tumbesaran... hehehe


Bukan tujan promosi... teringin tengok alarm clock dia... so cute.. dulu ada radio.. dh rosak tak boleh pakai..
kfc rajin bagi hadiah utk kegunaan family.. elok gak tu..

so sesapa yg teringin, mengidam tahap gaban pd nasi briyani kfc, cepat2 g kfc....

*** nasi ayam kfcpun tak pernah jamah...

Thursday, March 25, 2010

tugas guru.....ada yg aku tidak faham..

dua tiga hari ni aku agak sibuk dengan tugas di sekolah. bukan merungut atau apa saja.. tapi sekadar meluahkan rasa yang sedikit pelik dan tidak fahamku dengan perangai segelintir rakan setugas...


bila diberi tugas selain mengajar, aku tentunya "Yang menurut perintah"
tugas sebagai sup memang agak mencabar kerana tugas ini melibatkan penglibatan semua guru dan sebahagian staf di sekolah..

walau tugasku yg disenaraikan menurut spk ms-iso macam mudah dan senang saja, namun dengan adanya segelintir guru yg sering menyusahkan orang lain, tugas sup ini menjadi rumit.

setiap kali ada ujian, gurulah yg akan menyediakan soalan. gurulah yg akan menyediakan jsu, skema jawapan, menyemak jawapan pelajar, menganalisis markah, menganalisis headcount... pelbagai macam.. dan pastinya tugas guru itu menjadi biasa ... menjadi suatu rutin jika guru berpengalaman 2, 3, 4 tahun malah yg berbelas tahun. namun dalam situasi begini, ada juga guru yg tidak punctual.... tidak pasti mengapa 'guru' tersebut berbuat demikian..

pelbagai kemungkinan yg berlegar di ruang otak kepala...
- guru terlalu banyak masa mengajar... 30 waktu seminggu?
- guru terlalu sibuk memeriksa buku latihan pelajar?
- guru terlalu banyak mesyuarat?
- guru sibuk dengan aktiviti kokurikulum?
- guru sibuk dengan menghadiri kursus?
- guru sibuk dengan bisnes, saham, MLM?
- guru sibuk tuisyen?
- guru sibuk ber fb?
- guru sibuk menjahit?

atau
- guru sudah bosan?
- guru suka buat kerja last minute?

apa sebenarnya?

Wednesday, March 24, 2010

kepada semua geng GengBlogger.com




Maklumat terkini daripada pihak admin GengBlogger...Web GengBlogger sedang dipindahkan ke server lain dan proses pemindahan mengambil masa sehari atau kurang sehari.....so, harap korang semua boleh bersabar.....kesulitan amat dikesali oleh pihak admin.....

patutla bila nak browse punyalah susah..

tq azrulhisham.. for the info.

Tuesday, March 23, 2010

Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal

Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.


Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

Kredit utk - Bernama

Monday, March 22, 2010

Back to school


hari ni Isnin.
ada kelas petang..
so, datang sekolah lambat la... jam 9.00

hantar am dan nurul ke sekolah.
"mak pening kepala"
aduhai... anak manja perempuan... dah buat hal...

"jom am.. nanti lambat ke assembly"

lepas hantar am ke tangga kelasnya... aku terus ke pasar beli ikan keli utk masak tgh..

singgah pulak di gerai kak ton beli nasi lemak...

"nasi lemak singgit, empat. kueh habis?"
"hari ni tak ramai yg hantar kueh.... semalam masing-masing hantar anak balik sekolah asrama"

sampai rumah, having breakfast... terus masak for lunch...
9:30
"ikhwan, mak pegi.. nanti masak nasi 3.. jgn lembik!"

sampai sekolah terus on lappy, siapkan jadual jaga exam hari ni jugak...
alamak.. dah 12:00 ?
tak siap lg...
ramainya cikgu........

alamak dah 2pm.. kelas dah start....
bla.. bla.. bla...
"teacher, ni camner?"
"teacher, why this computer cannot format?"
"cikgu, help! screen komputer ni gelap!!!!"



ok. 5:20pm

"Thank you teacher!"

drive my little kancil macam duduk dalam tong api.. panasnya.. terbayangkn ABC means "Air Batu Campur" kat restoran khalipah.... tp nanti sakit tekak pulak... cancell.....

"Mak, cikgu am dah bagi kertas ujian hari tu... "
"ok, mak tengok.. ermm alhamdulillah.. semua A kecuali science B, 78"

okay la tu.. baru std one.. tp science tu mesti lemah, baik ewan, nurul.. now, am... tak tau nak ajar camno.. susah sgt kot?

sambil-sambil tengok penghujung "SIONG".... teringat jadual exam tak siap lg... on lappy dulu update blog...


Thursday, March 11, 2010

tahniah! 100% lulus milik bersama...



Antara pelajar cemerlang...







tahniah kepada semua warga STESMA/VOKASMA kerana berjaya mengekalkan kejayaan 100% lulus SPM 2009 dengan GPS 4.7. Baik dari sasaran BPTV 4.9..

visi dan misi tercapai

semoga usaha murni ini berbaloi..


Zaim bersama Pn Siti Arfah, Pengetua Cemerlang SMVSM



tahniah kepada pelajar terbaik... Muhammad Hanihazaim b Abd halim
8A 2B..
Walau bonda tersayang pergi menghadap Ilahi tatkala Zaim gigih berjuang untuk SPM..
pastinya arwah bonda tersenyum melihat anak yang membanggakan keluarga..

Wednesday, March 10, 2010

kalau dah rezeki..

Hari ni sukan sekolah..

seperti biasa cikgu-cikgu ada tugas masing-masing

aku yg dah tua ni dapatla kerja-kerja yg mudah2.. tp penting.. hehehe.. time keeper!

thanks cg shabudin for the photo.. sengetpun senget la...


hari ni kami pakai sedondon... hijau... dan kalu boleh serba berdiri nak ijo....



kredit utk Li Na ....
ni bukan baju tahun lepas tau sbb aku siap beli baju baru... tp alamak...
samalah pulak dgn Boss...
... tak kesah la tu...


tahun ni acara untuk cikgu cikgi ialah...


cabutan bertuah...

dan


seperti biasa...




rezeki sentiasa berpihak padaku...

alhamdulillah...

Monday, March 8, 2010

sukan sukan sukan

walau cuaca panas... sana sini acara sukan berlangsung...

hari Jumaat 5/3/2010 sekolah aku ada larian VOKASMA



hari Sabtu 6/3/2010 sekolah anak aku ada sukan tahunan



hari ini 8/3/2010 sekolah aku ada acara badminton daerah dan raptai sukan tahunan



esok 9/3/2010 sekolah aku ada raptai sukan lagi

lusa 10/3/2010 sekolah aku ada SUKAN TAHUNAN KE 12...

minggu depan.. ada lagi lagi lagi.....

tp minggu depan cuti sekolah...

opppsss... lepas cuti lah tu...

Friday, March 5, 2010

panas.. panas.. panas..

rata-rata semua mengeluh panas..

berpeluh-peluh..

pasang air cond 16 pun tak jalan!

minum air bergelen-gelen

peritnya!

jom g mandi sungai

bila la nak ujan..

.....
.....

bersabarlah.. sekadar cuaca panas di dunia..
insyaAllah akan diturunkanNya hujan...
maka bersyukurlah..

Thursday, March 4, 2010

ku tak mengerti

hidup ini hanya pinjaman...

hidup di dunia hanya sementara

hidup sementara menuju akhirat yg kekal abadi..

carilah bekalan sebanyak mungkin.. moga kita hidup bahagia di sana..

sesungguhnya ku tak mengerti

mengapa manusia seringkali terlupa.... seringkali mengabaikan.. seringkali menurut nafsu amarah... seringkali lalai..

ku tak mengerti...

Monday, March 1, 2010

terkejut..

telah datang 1 March 2010.. Hadirnya sinar Isnin 15 Rabiulawal, memberi erti telah 59 hari berlalu untuk tahun 2010 ini.

Ke sekolah agak lewat dari biasa kerana jadual waktu menuntut untuk kelas petang...

agak terkejut hari ini...

"Hai Kak Lin!..." sapa 'dia' dengan lerekan senyuman..

Dalam ting tong meninggi hari, aku balas teguran 'dia'...

....

Terima kasih Allah kerana maha mendengar...

Asyik

2:54am..

mata masih cerah
bila nak tdo?

.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...