Wednesday, December 30, 2009

n3 ke 350 .... selesai sudah...


Alhamdulillah selesai sudah tugasan terakhir untuk tahun 2009 ini. Sepanjang tahun tidak henti dengan tugas. Tugas kerjaya, tugas peribadi dan tugas keluarga... terima kasih kepada suami tersayang, anak-anak, mak, papa, kakak, adik, abang, rakan-rakan setugas dan rakan-rakan maya serta semua yg mengenali...

Syukur jua kepada Allah kerana melimpahkan rahmatnya memberikan aku kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan semua tugas. Walaupun kekadang aku merungut dan bertanya kepada diri sendiri... "mengapa aku yg dipilih untuk melakukan tugas itu, ini, begitu, begini????...."

Semalam selesai sudah tugas memeriksa kertas spm dengan jayanya walaupun aku sesekali merasa terpinggir kerana aku dikelilingi kumpulan yang 90% bangsa c&%#@*&.... namun aku cekalkan hatiku kerana aku mengambil sikap positif - budaya kerja mereka yg tip top... aku belajar bekerja dengan tekun dan teliti sehinggakan kp ku mengatakan aku layak diberi A+
(alamak.. puji diri sendiri pulak...).

Sesungguhnya segala yang baik itu aku jdkan teladan dan yg negatif tu.. jadikan sempadan. Melalui hari-hari terakhir 2009 sebelum menjelma tahun baru 2010, aku menanam azam untuk menjadi seorang hamba dan insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dikesempatan ini, aku ingin sekali memohon maaf kepada semua andai ada perbuatan dan kata-kata yang lahir dari hatiku yang mengguris perasaan dan merobek jiwa. Sesungguhnya setiap insan itu pasti ada kelemahan masing-masing dan tidak terkecuali diriku ini.


p/s : ini bukan n3 terakhir untuk 2009.... hahahaha..

6 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...