Tuesday, June 16, 2009


Tajuk : Cuma Dia

Pengarang : Norzailina Nordin
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-435-7
Mukasurat : 512 Halaman

Harga seunit: RM 19.90

BERTEMU Iqbal merupakan perkara terindah dalam hidup Dalila. Lelaki itu terlalu sempurna di mata dan hatinya. Iqbal kacak, berkarisma dan mempunyai aura yang memikat. Tetapi ada sesuatu yang mencetus rasa curiga Dalila.

Siapa Iqbal sebenarnya? Jejaka itu terlalu perahsia. Entah kenapa, Iqbal ke luar negara hilang tanpa khabar berita. Dalila tenggelam punca. Langkah jejaka itu tidak dapat dijejak. Sendirian dia mengekang kesedihan yang bertandang.

Dipertemukan dengan Hilman oleh si ayah ibarat air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Agenda tersirat seorang ayah dapat ditelah. Rupa-rupanya, Hilman adalah anak kekasih lamanya. Namun, Dalila akur jika itu sudah suratan. Apatah lagi Hilman berperibadi mulia.

Lima hari sebelum sah menjadi suri hidup Hilman, Iqbal tiba-tiba muncul di depan mata! Dalila ingin meraung sekuat hati. Tapi dia tidak mampu mengubah keadaan. Dia serba salah.





Novel ni baru separuh ku baca. Sekadar memenuhi masa terluang. Lagipun dah memang minat membaca...

4 comments:

  1. untie, rajen pulak membaca ek.. siap ada review lagik..

    selamat mengajar kembali ya!
    have a nice day!

    ReplyDelete
  2. luth,
    untie memang suka membaca. kalau suratkhabar tu.. untie baca sampai lebam...

    bila dah start mngajar ni, mula balik perjuangan yg belum selesai..

    ReplyDelete
  3. Kak Lin..

    Saya dah stop baca novel buat sementara waktu.. Banyak buku ilmiah yang bersusun tak baca lagi.. Baca novel, cepat aje habisnya, tapi kalau baca buku ilmiah, merangkak..hehehe

    ReplyDelete
  4. saya tak berapa suka novel sbb kalau baca mesti terbawa2 dgn emosi.. tambahan anak kecik susahla yong...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...