Masih dalam mood bercuti. Maaf kawan-kawan sebab tak sempat berkunjung ke rumah masing-masing. Sempat jenguk dua tiga rumah je...
Balik sat ke Manjung ... suami pergi kursus kat Penang... saja tak ndak ikut sebab pastinya membosankan sebab orang sibuk berkursus takkan nak kacau kan....????
Sehari dua ni, isu lulus Bahasa Inggeris sebagai syarat untuk dapat sijil SPM berdentum dentam... Personally, aku memang setuju sangat.. sepatutnya apa saja subjek yang diambil, biarlah lulus semuanya. (tahun depan wajib ambik 10 subjek saje).
Memang ada pro dan kontra bila isu ni dibincangkan. Tetapi jika dilihat dari sudut pelajar itu sendiri, dah belajar BI sejak tadika lagi... bila form 5 bermakna dah belajor BI 12 tahun, takkan tak paham-paham jugak...dapat sekurang-kurangnya lulus 8E pun jadilah...
Sebagai seorang pendidik yang faham akan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, percaya setiap insan bergelar pelajar mempunyai potensi diri untuk dibangun dan dikembangkan malah berpotensi untuk berjaya.
Ayat simple... Semua pelajar boleh lulus.... jika mereka berusaha...
.... dan penting sekali.. guru berperanan melahirkan pelajar yang boleh lulus BI dengan baik..
Tidak dinafikan, pelajar di luar bandar dan di pendalaman, pasti agak terkejut dan tidak yakin jika syarat ini diwajibkan... disinilah peranan guru, ibu bapa dan masyarakat.... dan aku yakin juga takkan hilang Bahasa Melayu selagi bahasa itu dikekalkan sebagai bahasa rasmi kita.
Mungkin ada yang berkata, cakap aja senang.... tapi aku yakin.. MALAYSIA BOLEH!!!
***masa SPM dulu subjek BI lagi bagus dari BM. Tapi masih Melayu...
tahniah kerana pandangan amat2 positif mengenai isu yg rata2 ditafsir secara negetif....
ReplyDeletekerana - diyakini semuanya boleh kalau ada kemahuan + komitmen + disiplin mengiringi...
selamat bercuti
Kak Lin..
ReplyDeleteDi mana ada kemahuan, di situ ada jalan...hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih... Saya dulu pun tak pandai BI tapi dapat jugak pi oversea..hehehe
ku da lepas..hehee..
ReplyDeletenaseb budak skrg laa..
yg sure byk +ve dr -ve kot..
beter blajo BI same wif BM coz nnt takleh tergagap2 nk speaking BI cam teman ni haa..huhu..
tp jgn abaikn BM plak udah..
hmm..
tahniah kak lin atas respon +ve..
cheewahh!!!
memang +ve pon,
ReplyDeletesoh depa blajaq bg semangat sket...
saya pun setuju 100%.. tu je kunci tuk permasalahan yg dah berabad usianya... org melayu lemah bahasa english.. idea bernas yg patut didokong oleh semua pihak
ReplyDeletesalam kak lin..
ReplyDeletebetul.. bebudak ni kalau rajin sebenarnya boleh aje buat elok masa periksa.
mcm anak lily, bila dah sukaaaa sesangat maths, kimia, fizik tu dia pulun.
tapi bm dia malas dan tak suka.. hobinya pulak baca doraemon, shin chan (syafiqlah ni)
tu sebab bm dia tunggang langgang!
tengok keputusan dia baru ni.. sumer boleh dapat A...
alih-alih bm 56 peratus.. aduiii, mak dia rasa nak hantuk kepala! cakap dgm dia.. syafiq jangan citer kat org mak novelis ya.. malu besar mak!
Segala yg terbaik untuk pembangunan anak2 ke arah pontensi yg lebih cemerlang dalam segala bidang adalah patut disokong, cuma jgnlah terlalu membebankan.
ReplyDeleteBM tetap bahasa ibunda yg harus dijaga sopannya, but BI buat kita boleh melanmgkah lebih jauh ke hadapan
If we are fluent in English will be an advantage...but Bahasa Melayu takkan hilang di dunia....
ReplyDeleteYakin BOLEH!!