Monday, March 23, 2009

Puas sudah bercuti


Memang seronok cuti sekolah kali ni. Bukan pergi bercuti ke mana-mana destinasipun. Tetapi sibuk dengan majlis kawin adik lelaki kesayangan. Mintak maaf bebanyak la tak jemput kawan-kawan blogger. Bukan tak sudi tapi ini cuma majlis kecil saja. Lagipun adik aku ni pemalu.. ngeh.. ngeh.... ngeh...

Walaupun majlis ni very the simple, tapi berpeluh sakan juga. Maklumlah aku dgn kakak la yg banyak menguruskannya. Abah dah tak ada. Mak pulak dah tua. Kami yang sihat segar bugar ni la yg kena main peranan.




Ramai jugak tetamu yang datang. Puas la dapat makan nasi minyak dan pekena cendol kacang.




Aneesha, Fateha, Zubaidi dan Mahani.
(Mahani ni adik selepas pgantin)

Time kenduri la nak jumpa dan kenal sedara mara. Mak, Ashikin (anak ucu Faridah) dan Mazian (kakak sulong)

Mak mesti puas hati sebab semua anak-anaknya dah selamat berumahtangga. Tahun depan tunggu cucu baru pulak. Suami aku sibuk dengan persatuan biras-biras Gopengnya. Maklum saja dah jadi pengerusi. CEOnya abang Eynol la... Ha lepas ni kita pegi makan angin pulak. Fizan, si bendahari bolehla mula kumpul duit. Setiausaha dah ada.

Memang puas bercuti kali ni. Tak fikir langsung tentang kerja. Pagi ni masuk kerja kena tukar tune pulak. Mudah-mudahan disihatkan badan untuk terus bekerja....

4 comments:

  1. Salam........

    Oh.patut laaa...sunyi jer....
    Upa2nya cbuk dik Kenduri Kahwin...

    Alhamdulilah Kak Lin....Semuanya dah seatle!!!!!

    Tahniah Buat Semua...
    Tentu BoNDA Bangga ngn Semua....

    ReplyDelete
  2. huwaaaa....tak ajak aku. aku seminggu dok gopeng tau tak.

    ReplyDelete
  3. lin
    cuti sakan la sebab keje dah siap kan fail dah hantar...
    tahniah dapat adik ipar baru

    ReplyDelete
  4. Salam Kak,
    Selamat kembali bertugas... cuti dah habis... :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...