Wednesday, March 25, 2009

Back to school

Selepas seminggu bercuti, maka rutin harian bermula kembali. Rindu jugak dengan sekolah, tempat ku mencari rezeki. Rindu dengan kengkawan. Rupanya macam-macam benda yg berlaku kat sekolah ni. Pemandangan yang bertambah ceria. Cikgu-cikgupun bertambah sibuk. Maklum saja... masing-masing dengan matlamat menuju ke arah kecemerlangan.

Apapun yang berlaku, kuatkan semangat untuk melalui hari-hari seterusnya. Pastinya penat, letih dan rasa masa tak cukup 24 jam. Bukan senang jadi guru sekarang ni. Macam-macam cabaran. Akak ni dah la dah tuo, badan ni cepat sangat penat, namun semangat bekerja tak pernah luntur... hehehe...




Nasib baik minggu ni bebudak ada ujian, so sempatlah nak menanda buku ke, observe cikgu ke... siapkan kerja yg belum siap..
Kadang-kadang idea tu banyak mencurah-curah nak memajukan diri, keluarga, sekolah... tapi terbatas jugak nak melaksanakannya....
So, kita cuba buat mana yang termampu...

10 comments:

  1. tu dia betapa besarnya tugas seorg guru..mendidik dan mengajar, lebih2 lg pada zaman moden ini tentunya penuh dgn cabaran dan dugaan..moga akak terus tabah dlm menjlnani tugas sbgai seorg pendidik...

    ReplyDelete
  2. nak sambung cuti pun apa salahnya....isi je borang

    ReplyDelete
  3. ekonomi da berkembang teknologi da majuu..
    heheee..
    mentaliti pon up jugak ler..
    hihikk..

    ReplyDelete
  4. Sokong... buat apapun setakat yang termampu dan cuba buat yang TERBAIK

    ReplyDelete
  5. salam..
    semoga sukses selalu...
    take care...

    ReplyDelete
  6. Teramat setuju....kekadang sampai tak cukup tangan yea. Kata hati nak sambung buat kat rumah, tapi bila kat rumah ada tanggungjawab lagi nak selesaikan..family comes first.....hehehhe

    ReplyDelete
  7. Salam Kak,
    Yes! Buatlah mana yg termampu dan terpenting dahulu... drpd xbuat langgsung... :)

    ReplyDelete
  8. Selamat Bertugas Cikgu.......

    Betui aaaaaaarrrrr.....
    Kalau masih tak cukup cuti...*TENYEH* jer borang cuti tuh heheeeheh....

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Hazlin,

    Terima kasih kerana singgah ke blog saya.

    Iye lah, blog ni sama lay outnya..Kak hazlin pun guru jugak ye..saya pun la.

    Selamat beristirehat sepanjang hari minggu ni.

    ReplyDelete
  10. Salam Ida,
    hari ni walaupun Sabtu, kami masih kena pergi sekolah. ada hari profesional.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...