JANGAN JADIKAN AL QUR'AN SEBAGAI BANTAL
RASULULLAH SAW Bersabda:
"Wahai ahli-ahli Al Qur'an, janganlah gunakan Al Qur'an sebagai bantal, tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam, bukalah kitab suci itu, bacalah ia dengan suara yang baik dan fikirkanlah kandungan-kandungannya, dengan demikian kamu akan memperoleh kejayaan. Janganlah kamu gunakannya untuk mendapatkan ganjaran darinya di dunia ini, kerana ianya mempunyai ganjaran yang paling besar di akhirat nanti."
[HR. Baihaqi]
**********
tak tergamak rasanya nak membantalkan Al Qur'an. InsyaAllah barang siapa yang membaca Al Qur'an, ada syafaatnya menanti di akhirat. Pastinya sebagai seorang Islam, kita akan merasai nikmat selepas membaca Al Qur'an. Percayalah, kalau rasa susah hati, ambil wuduk dan bacalah Al Qur'an, InsyaAllah.. hati akan tenang...
Betul tu cikgu....
ReplyDeleteSalam Syabar,
ReplyDeletebila usia meningkat, terasa sedikit saja amalan ku...
Salam Kak,
ReplyDeleteTima kasih daun keladi... :)
salam cikgu,
ReplyDeleteterima kasih kongsi bersama...memang betul tu,bila susah hati ambil wuduk dan bacalah Al Quran...hati akan tenang...itulah yg saya amalkan...tapi itulah kita, bila susah hati je baru nak ingat Al Quran....
Salam Amirul,
ReplyDeletesama-sama.
Salam Ima,
ReplyDeletesemoga kita rajin untuk membaca Al Qur'an