Wednesday, February 4, 2009

Keutamaan Mempunyai Anak Perempuan

Imam Ghazali dalam perkara ini berpendapat; hendaknya orang jangan terlalu gembira kerana mempunyai anak lelaki, dan jangan pula terlalu susah kerana mempunyai anak perempuan, kerana dia belum tahu mana di antara mereka yang lebih baik. Banyak orang yang mempunyai harapan supaya mereka dapat anak lelaki, dan banyak juga yang mengharapkan supaya mereka mempunyai anak perempuan, untuk diketahui bahawa kebahagiaan itu biasanya terdapat pada banyaknya anak perempuan, dan pahala itupun lebih banyak terdapat pada anak-anak perempuan.

Dalam perkara ini Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya."
[HR. Bukhari dan Muslim]

"Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik kepada mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka."
[HR. Bukhari dan Muslim]

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga."
[HR. Tarmizi dan Abu Daud]

"Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan yang dipeliharanya, disayanginya dan dididiknya, tentulah ia mendapat syurga."

10 comments:

  1. anak aku ni 4 org...semuanya pompuan.

    ReplyDelete
  2. he..saya ada 2 lelaki 2 perempuan.
    nampaknya kesemuanya bergerak dengan potensi sendiri.

    yang kakak dah mula minta handphone
    yang adik kakak - asyik nak main games...
    adik lagi - sibuk dengan join tom2 bak...
    adik lagi - kecil lagi kut..

    menarik tgk budak2 ni...

    ReplyDelete
  3. OneZ, jinggo dan tc,
    alhamdulillah dan bersyukur kerna dikurniakan putera dan puteri. smoga kita "kuat" utk menjadikan mereka anak yang soleh dan solehah...

    ReplyDelete
  4. Salam..

    kedua-dua anak mempunyai kelebihan tersendiri..Anugerah Allah buat ibu dan bapa sekalian. Apa yang paling penting ibu dan bapa mencorakkan bagaimana..jika dididik dengan yahudi atau nasrani maka jadilah mereka begitu..kalau dididik dengan Islam, pohonlah soleh dan solehah jadi keutamaan. Itu akan membahagiakan kelak..

    ReplyDelete
  5. Hai Lin, akak bacakan blog tentang anak perempuan ni kepada anak-anak akak, diorang seronok mendengarnya....

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Lin,
    Didiklah mereka tanpa memilih kasih... xusahlah pilih jantina sangat... kedua2 pun kurniaan tuhan... ada kelebihan masing2...
    saya yang sudah hampir 8 tahun kahwin masih belum dikurniakan anak... :(
    anyway... saya beryukur...
    kepada semua yg mempunyai anak... didiklah mereka dgn sempurna...:)

    ReplyDelete
  7. Salam Ibnurrashidi,
    betul tu... kalau kita corakkan dia jd mat rempit, merempit la dia.


    salam kak kay,
    ada anak-anak perempuan yg rasa rendah diri dan tersisih dr keluarga sendiri... kesian kan?

    salam amirul,
    insyaAllah one day you'll be a daddy

    ReplyDelete
  8. MAS,
    itu pesan Rasulullah...
    thanks for coming.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...