Thursday, January 29, 2009

Slot Lagenda Anak Betong

Mentang-mentang cuti sekolah yang panjang, tengok tv le jawabnya. Slot Lagenda di Tv3 memang selalu aku layan. Tapi sebab banyak kerja sekolah, kadang-kadang tak sempat. Dulu aku suka layan Akukah Tanggang dan Cinta batu belah. Lepas habis slot Laila Majnun yg
agak kureng, aku layan yg ini pulak. Sentuhan JS Pictures memang best.

Kisah lagenda versi moden ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Hasan dan Salmah yang masih tidak mempunyai anak walaupun sudah lama berkahwin. Satu hari Hasan terjumpa seorang bayi ketika dia sedang memungut buluh dan membawanya pulang. Tanpa pengetahuannya ada orang yang merancang di sebalik kehadiran bayi tersebut.
Antara pelakon drama Anak Betong ialah Ezany, Fizz Fairuz, Sheila Rusly, Normah Damanhuri, Maya Matahari, Abon, Haiza, Linda Hashim, Bagio.

Sambil jalan-jalan kat gugel, aku terbaca satu artikel ni dan aku quote kata-kata Sheila
produksinya mendapat ilham menghasilkan drama bersiri itu menerusi filem Anak Buluh Betong arahan Seniman S Kadarisman terbitan Malay Film Production pada 1966. “Drama bersiri Anak Betong ini adalah versi moden. Drama ini bukannya adaptasi daripada cerita filem klasik berkenaan, sebaliknya lebih menjurus kepada isu kekeluargaan, kemanusiaan dan pandangan agama berkaitan dengan perbuatan syirik atau sihir yang tetap relevan dengan masyarakat hari ini. Sudah tentu cerita yang menyelitkan unsur keagamaan menjadi pilihan JS Pictures. "

“Saya juga mengangkat keistimewaan amalan Selawat Syifa kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selawat Syifa adalah penawar segala penyakit termasuk ilmu hitam jika menjadi amalan. Dulu saya sendiri tak tahu kebesaran dan keistimewaan Selawat Syifa, tetapi selepas diberitahu penulis skrip Anak Betong, Che Li, barulah saya dan keluarga mula mengamalkannya.
Dalam Anak Betong, Selawat Syifa menjadi penawar bagi ilmu hitam yang diamalkan Malika lakonan saya sendiri. Lokasi penggambarannya dijalankan di Warisan Homestay Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan sekitar Lembah Kelang. Sebanyak 20 episod Anak Betong baru selesai penggambarannya yang mengambil masa selama lebih dua bulan dan ia menjadi projek terakhir JS Pictures, tahun ini,” katanya.
So, sambil sambil menonton sambil berhibur, kita ambil mana-mana yg baik utk jdkan ikutan...

5 comments:

  1. citer jelita ngan marina tak ikut ke? aku citer nie tak miss skarang..

    ReplyDelete
  2. ctm,
    jelita ngan marina tu selalu terlepas..

    ReplyDelete
  3. alamak..dah terlepas..nasib baik kak lin dah summarise kat sini..

    ReplyDelete
  4. ermm tak tgk ar citer nih..tak sempat ar kak....kan best klu dpt tgk tv mcm dulu2 lagi...aku da tak de life!!!! arhhh keje sampai tua...

    ReplyDelete
  5. azreen,
    sesekali suka gak bersantai...


    neddy,
    keje,.. keje jugak. tapi perlu jugak bergedik santai...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...